Authors: Nischal Ranjinath Muniandy, Ahmad Abi Shifa Mohd Hassan, Dara Waheda Mohd Rufin and Dr Stewart Nixon
State government budgets determine how public resources are raised and spent to deliver essential services and development priorities across Malaysia. As discussions on fiscal federalism, state capacity and the division of federal and state responsibilities continue, citizens need timely and accessible information to understand state priorities, scrutinise public spending and participate meaningfully in budget decisions.
The Malaysia Open Budget Index (MyOBI) 2026 assesses the availability of budget information, legislative oversight and public participation across all 13 state governments. Developed by IDEAS, the latest edition introduces the most substantial revision to the methodology since MyOBI began in 2019, providing a more comprehensive assessment of state budget governance.
The assessment was conducted with a nationwide network of volunteer research partners using a standardised methodology. The findings underwent independent peer review and were shared with the relevant state governments. Feedback was received from the Sarawak state government and the Terengganu Strategic and Integrity Institute (TSIS).
Key findings
- No state publishes a complete set of essential budget documents in a timely manner. Detailed documents such as Supply Bills, Enacted Budgets and Year End Reports remain particularly difficult to access.
- Terengganu and Selangor continue to lead in public availability, reflecting their relatively stronger and more consistent disclosure of key state budget information.
- Despite this, overall performance remains uneven, with only four states achieving Substantial Disclosure and five still recording Insufficient Disclosure.
- Nine states improved their public availability when assessed against the 2024 MyOBI benchmark. Pahang, Johor and Terengganu improved under both the previous and expanded methodologies.
- Terengganu, Selangor and Pulau Pinang lead the legislative oversight rankings, followed closely by Johor and Perak. Perak recorded the most significant improvement, rising from joint-lowest in 2024 to join the leading group in 2026
- Opportunities for public participation in state budget processes remain very limited. While every state uses channels such as livestreams and social media to share information, few provide formal opportunities for citizens and civil society to contribute during budget formulation and implementation.
MyOBI 2026 recommends the timely online publication and archiving of detailed budget documents, stronger reporting of budget implementation and policy outcomes, greater transparency by DUN select committees, and improved public access to Hansards, Standing Orders and questions and answers presented during DUN sittings. State governments should also establish formal pre-budget engagement mechanisms, beginning with accessible consultation portals, surveys and public polls.
Read the full report for a comprehensive comparison of state budget governance across Malaysia and practical recommendations to improve transparency, strengthen legislative oversight and enable meaningful public participation.
Visit Pantau Wang Kita website to find more about this index.
Laporan Dasar IDEAS No. 96 - Indeks Belanjawan Terbuka Malaysia (MyOBI) 2026
Belanjawan kerajaan negeri menentukan cara sumber awam dijana dan dibelanjakan bagi menyampaikan perkhidmatan penting serta memenuhi keutamaan pembangunan di seluruh Malaysia. Memandangkan perbincangan berterusan mengenai federalisme fiskal, keupayaan negeri dan pembahagian tanggungjawab antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri, rakyat memerlukan maklumat yang tepat pada masanya dan mudah diakses untuk memahami keutamaan negeri, meneliti perbelanjaan awam serta mengambil bahagian dalam pembuatan keputusan berkaitan belanjawan secara bermakna.
Indeks Belanjawan Terbuka Malaysia (MyOBI) 2026 menilai kebolehcapaian maklumat belanjawan, pemantauan legislatif dan penyertaan awam di semua 13 kerajaan negeri. Dibangunkan oleh IDEAS, edisi terbaharu ini memperkenalkan semakan paling ketara terhadap metodologi MyOBI sejak ia diperkenalkan pada tahun 2019, sekali gus menyediakan penilaian yang lebih menyeluruh terhadap tadbir urus belanjawan negeri.
Penilaian ini dilaksanakan dengan sokongan rangkaian penyelidik sukarelawan di seluruh negara menggunakan metodologi yang diseragamkan. Dapatan kajian kemudiannya melalui proses pewasitan setara yang bebas dan dikongsikan dengan pihak kerajaan negeri. Maklum balas telah diterima daripada kerajaan negeri Sarawak serta Terengganu Strategic and Integrity Institute(TSIS).
Dapatan utama:
- Tiada satu negeri pun yang menerbitkan set lengkap dokumen belanjawan penting tepat pada masanya. Dokumen terperinci seperti RUU Perbekalan, Enakmen Perbekalan dan Laporan Akhir Tahun masih sukar diakses.
- Terengganu dan Selangor terus mendahului dari segi kebolehcapaian awam, mencerminkan pendedahan maklumat penting berkaitan belanjawan kedua-dua negeri yang secara relatifnya lebih baik dan tekal.
- Walaupun demikian, prestasi keseluruhan masih tidak sekata, dengan hanya empat negeri mencapai Tahap Dedahan Tinggi, manakala lima negeri masih berada di Tahap Dedahan Tidak Memuaskan.
- Sembilan negeri menunjukkan peningkatan dari segi kebolehcapaian awam apabila dinilai berdasarkan penanda aras MyOBI 2024. Pahang, Johor dan Terengganu menunjukkan peningkatan berdasarkan kedua-dua metodologi terdahulu dan metodologi terkini yang telah ditambah baik.
- Terengganu, Selangor dan Pulau Pinang mendahului carta pemantauan legislatif, diikuti rapat oleh Johor dan Perak. Perak mencatatkan peningkatan paling ketara, daripada berkongsi kedudukan tercorot pada tahun 2024 kepada menyertai kelompok negeri teratas pada tahun 2026.
- Ruang penglibatan awam dalam proses belanjawan negeri masih sangat terhad. Walaupun setiap negeri menggunakan saluran seperti siaran langsung dan media sosial untuk berkongsi maklumat, hanya segelintir yang menyediakan ruang rasmi kepada rakyat dan masyarakat sivil untuk menyumbang pandangan semasa proses perangkaan dan pelaksanaan belanjawan.
MyOBI 2026 mengesyorkan agar dokumen belanjawan terperinci diterbitkan dalam talian tepat pada masanya dan diarkibkan, pelaporan mengenai pelaksanaan belanjawan dan hasil dasar yang lebih baik, penambahbaikan ketelusan Jawatankuasa Pilihan DUN, serta akses orang awam yang lebih baik terhadap penyata Hansard, Peraturan Majlis Mesyurat serta soalan dan jawapan yang dikemukakan semasa persidangan DUN. Kerajaan negeri juga disarankan untuk mewujudkan mekanisme libat urus rasmi prabelanjawan, bagi penglibatan awam sebelum belanjawan, bermula dengan portal perundingan, soal selidik dan tinjauan pendapat awam yang mudah diakses.
Baca laporan penuh MyOBI 2026 untuk mendapatkan perbandingan menyeluruh mengenai tadbir urus belanjawan negeri di seluruh Malaysia serta cadangan praktikal untuk meningkatkan ketelusan, memperkukuh pemantauan legislatif dan mewujudkan ruang penyertaan awam yang bermakna.