Author: Sri Murniati Yusuf
Fiscal transfers play a critical role in supporting state governments and enabling the delivery of public services across Malaysia. As discussions surrounding fiscal federalism, state capacity, and the division of responsibilities between federal and state governments continue to evolve, ensuring that transfers are governed by clear rules, predictable disbursement formulas, and transparent reporting mechanisms becomes increasingly important. Despite their significance, questions remain regarding how federal-state transfers are governed, allocated, and disclosed.
This paper examines the governance of fiscal transfers in Malaysia across three key dimensions: whether transfers are rules-based, predictable, and transparent. By analysing the legal foundations, allocation mechanisms, disbursement patterns, and reporting practices of federal-state transfers, the study finds that:
- Malaysia’s fiscal transfer system is not fully rules-based, highly unpredictable for state governments, and only partially transparent.
- While some transfers are supported by clear constitutional provisions, others lack a clear legal basis, publicly available guidelines, or transparent allocation formulas.
- In certain cases, transfers are not disbursed according to their stated formulas, creating uncertainty and raising concerns about consistency and fairness.
- Transfer allocations vary significantly from year to year, with substantial differences between projected and actual disbursements. In 2023, Sabah received nearly 50% more than its projected transfers, while Terengganu received only 45% of its estimated amount, undermining fiscal planning and budgeting at the state level.
- The fragmented recording of transfers across multiple federal and state budget documents makes transfer information difficult to access, limiting transparency, public scrutiny, and accountability.
- The absence of harmonised reporting standards makes it difficult to compare and reconcile federal and state figures, obscuring the full extent of federal support provided to states.
Read the report for a comprehensive assessment of Malaysia’s fiscal transfer system and recommendations to strengthen the legal framework, improve predictability, enhance transparency, and support more effective intergovernmental fiscal relations.
Penulis: Sri Murniati Yusuf
Pemindahan fiskal memainkan peranan penting dalam menyokong kerajaan negeri dan membolehkan penyampaian perkhidmatan awam di seluruh Malaysia. Ketika perbincangan mengenai federalisme fiskal, kapasiti kerajaan negeri dan pembahagian tanggungjawab antara kerajaan Persekutuan dan negeri terus berkembang, adalah semakin penting untuk memastikan pemindahan fiskal ditadbir berdasarkan peraturan yang jelas, formula penyaluran yang boleh diramal serta mekanisme pelaporan yang telus. Walaupun pemindahan fiskal mempunyai peranan yang signifikan, masih terdapat persoalan mengenai bagaimana pemindahan antara Persekutuan dan negeri ditadbir, diperuntukkan dan didedahkan kepada umum.
Kertas ini meneliti tadbir urus pemindahan fiskal di Malaysia berdasarkan tiga dimensi utama: sama ada pemindahan fiskal tersebut berasaskan peraturan, boleh diramal dan telus. Melalui analisis terhadap asas perundangan, mekanisme peruntukan, corak penyaluran dan amalan pelaporan pemindahan fiskal antara Persekutuan dan negeri, kajian ini mendapati bahawa:
- Sistem pemindahan fiskal Malaysia masih belum sepenuhnya berasaskan peraturan, mempunyai tahap kebolehramalan yang rendah bagi kerajaan negeri, dan hanya sebahagiannya telus.
- Walaupun sesetengah pemindahan fiskal disokong oleh peruntukan Perlembagaan yang jelas, terdapat juga pemindahan fiskal yang tidak mempunyai asas perundangan yang kukuh, garis panduan yang tersedia kepada umum atau formula peruntukan yang telus.
- Dalam sesetengah keadaan, pemindahan fiskal tidak disalurkan mengikut formula yang dinyatakan, sekali gus mewujudkan ketidakpastian dan menimbulkan persoalan mengenai ketekalan serta keadilan.
- Peruntukan pemindahan fiskal berubah dengan ketara dari tahun ke tahun, dengan perbezaan yang besar antara jumlah yang diunjurkan dan jumlah sebenar yang disalurkan. Pada tahun 2023, Sabah menerima hampir 50% lebih tinggi daripada jumlah pemindahan yang diunjurkan, manakala Terengganu hanya menerima 45% daripada jumlah yang dianggarkan. Keadaan ini menjejaskan perancangan fiskal dan penyediaan belanjawan di peringkat negeri.
- Rekod pemindahan fiskal yang berselerak merentasi pelbagai dokumen belanjawan Persekutuan dan negeri menjadikan maklumat berkaitan pemindahan fiskal sukar dicapai, sekaligus mengehadkan ketelusan, penelitian awam dan kebertanggungjawaban.
- Ketiadaan piawaian pelaporan yang diselaraskan menyukarkan perbandingan dan penyelarasan angka yang dilaporkan oleh kerajaan Persekutuan dan negeri, sekali gus mengaburkan gambaran sebenar mengenai tahap sokongan fiskal yang diberikan oleh Persekutuan kepada negeri.
Baca laporan ini untuk mendapatkan penilaian yang menyeluruh mengenai sistem pemindahan fiskal Malaysia serta cadangan untuk memperkukuh kerangka perundangan, meningkatkan kebolehramalan, menambah baik ketelusan dan menyokong hubungan fiskal antara kerajaan yang lebih berkesan.
