Policy Ideas No. 97 – Towards an Economically Competitive, Inclusive, and Green Malaysia: Policymaking to Create Sustainable Jobs and Industry

Policy Ideas No. 97 – Towards an Economically Competitive, Inclusive, and Green Malaysia: Policymaking to Create Sustainable Jobs and Industry

Authors: Dr Stewart Nixon, Afiqah Zulkifli, Jazreen Harith Jefri, Sharmila Suntherasegarun, Nimitraa Youganesparan and Durrah Sharifah Ahmad Azlan

Malaysia’s development policymakers face a more dynamic and complex landscape than in the past. Economic competitiveness, energy security, climate risks, environmental protection, technological change, labour-market adjustment, and inequality increasingly interact. Policies designed around a single objective can therefore create unintended costs elsewhere: a decarbonisation measure that raises costs too abruptly may weaken firm competitiveness and public support, while an investment strategy that focuses only on headline capital value may deliver limited domestic capability, quality employment, or environmental benefit.

The green transition presents an opportunity to pursue a more balanced development model. Rather than treating climate ambition, growth, and inclusion as competing priorities, Malaysia can use a synthesised Competitiveness–Green–Inclusion (CGI) approach to build cleaner industries, strengthen domestic capabilities, create sustainable and higher-quality jobs, and ensure that workers, MSMEs, communities, and less-developed regions are able to participate in and benefit from the transition.

This report seeks to equip policymakers with a practical framework and implementation-oriented tools to pursue this development model. It supports more systematic assessment of trade-offs, clearer policy design, stronger coordination across institutions, and better monitoring of whether green-development policies are delivering competitive, inclusive, and environmentally sustainable outcomes.

This policy report addresses this gap by providing a synthesised framework and implementation-oriented tools that policymakers can use to consider difficult trade-offs. It offers quantitative metrics and qualitative approaches to assessing integrated competitiveness, inclusion, and environmental considerations to support the generation of green jobs and industry while attending to climate change mitigation and adaptation imperatives.

Key innovations

  • A CGI Health Scorecard and Checklist: An ex-ante screening mechanism to assess whether existing and proposed policies contain clear design provisions for competitiveness, inclusion, and greenness.
  • Integrated Indicators: Introduces the Competitiveness, Inclusion, and Decarbonisation Index (CIDI) to track synthesised inclusive green competitiveness outcomes.
  • Analytical Trade-off Tools: Identifies and explains potential uses for decision-making tools including Multi-Criteria Decision Analysis (MCDA), Extended Cost-Benefit Analysis (ECBA), CGE modelling, lifecycle assessment, and spatial vulnerability mapping to quantify trade-offs and test assumptions.
  • A Policy Instrument Toolkit: Explores what makes sound green industry policy and provides guidance on how fiscal incentives, standards, public procurement, R&D support, skills/transition measures, and carbon pricing can be sequenced and conditioned.
  • Procedural and Stakeholder Mapping: Practical approaches to help clarify institutional responsibilities, eliminate internal agency silos, and align the incentives of GLCs, private firms, workers, and civil society.

Read the full report for a comprehensive framework, practical tools, and operational recommendations to support structural transformation, quality jobs, and a competitive, inclusive, and decarbonising Malaysian economy.

Laporan Dasar Ideas No. 97 - Malaysia Ke Arah Ekonomi Berdaya Saing, Terangkum dan Hijau: Penggubalan Dasar untuk Mewujudkan Pekerjaan dan Industri Mampan

Penulis: Dr Stewart Nixon, Afiqah Zulkifli, Jazreen Harith Jefri, Sharmila Suntherasegarun, Nimitraa Youganesparan dan Durrah Sharifah Ahmad Azlan

Penggubal dasar pembangunan Malaysia kini berdepan dengan landskap yang lebih dinamik dan kompleks berbanding sebelum ini. Daya saing ekonomi, keselamatan tenaga, risiko iklim, perlindungan alam sekitar, perubahan teknologi, penyesuaian pasaran buruh dan ketidaksamaan semakin saling berkait. Oleh itu, dasar yang dirangka berdasarkan satu objektif sahaja boleh menimbulkan kesan tidak dijangka di bahagian lain: langkah nyahkarbon yang meningkatkan kos secara terlalu mendadak boleh menjejaskan daya saing syarikat dan sokongan awam, manakala strategi pelaburan yang hanya memberi tumpuan kepada nilai modal yang diumumkan mungkin menghasilkan keupayaan domestik, pekerjaan berkualiti atau manfaat alam sekitar yang terhad.

Peralihan hijau memberikan peluang untuk menerapkan satu model pembangunan yang lebih seimbang. Berbanding menganggapi aspirasi iklim, pertumbuhan dan keterangkuman sebagai keutamaan yang bersaing, Malaysia boleh menggunakan pendekatan Daya Saing–Hijau–Keterangkuman (Competitiveness–Green–Inclusion, CGI) yang disatukan untuk membangunkan industri yang lebih bersih, memperkukuh keupayaan domestik, mewujudkan peluang pekerjaan yang mampan dan lebih berkualiti tinggi, serta memastikan pekerja, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), komuniti dan wilayah yang kurang membangun dapat mengambil bahagian dan memperoleh manfaat daripada peralihan ini.

Laporan ini bertujuan untuk melengkapkan penggubal dasar dengan satu kerangka kerja praktikal dan instrumen berorientasikan pelaksanaan bagi menerapkan model pembangunan ini. Ia menyokong penilaian pertimbangan kompromi (trade-off) yang lebih sistematik, reka bentuk dasar yang lebih jelas, penyelarasan rentas institusi yang lebih kukuh, serta pemantauan yang lebih baik untuk menilai sama ada dasar pembangunan hijau memberikan hasil yang berdaya saing, terangkum dan mampan dari segi alam sekitar.

Laporan dasar ini menangani jurang tersebut dengan menyediakan gabungan kerangka kerja yang dan instrumen berorientasikan pelaksanaan yang boleh digunakan oleh penggubal dasar untuk mempertimbangkan kompromi yang sukar. Ia menawarkan metrik kuantitatif dan pendekatan kualitatif untuk menilai pertimbangan daya saing, keterangkuman dan alam sekitar yang bersepadu bagi menyokong pewujudan peluang pekerjaan dan industri hijau, di samping menangani keperluan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim.

Inovasi utama

  • Kad Skor dan Senarai Semak Kesihatan CGI: Mekanisme saringan jangkaan awal (ex ante) untuk menilai sama ada dasar sedia ada dan dasar yang dicadangkan mengandungi peruntukan reka bentuk yang jelas berkaitan daya saing, keterangkuman dan aspek hijau.
  • Petunjuk Bersepadu: Memperkenalkan Indeks Daya Saing, Keterangkuman dan Nyahkarbon (Competitiveness, Inclusion and Decarbonisation Index, CIDI) untuk menjejaki penyatuan hasil daya saing hijau terangkum.
  • Instrumen Analisis Pertimbangan Kompromi: Mengenal pasti dan menerangkan potensi penggunaan instrumen sokongan pembuatan keputusan, termasuk Analisis Keputusan Pelbagai Kriteria (Multi-Criteria Decision Analysis, MCDA), Analisis Kos-Faedah Lanjutan (Extended Cost-Benefit Analysis, ECBA), pemodelan Keseimbangan Am Boleh Kira (Computable General Equilibrium, CGE), penilaian kitar hayat dan pemetaan kerentanan ruang, untuk mengukur pertimbangan kompromi dan menguji andaian awal.
  • Set Instrumen Dasar: Meneliti ciri dasar industri hijau yang baik dan menyediakan panduan tentang bagaimana insentif fiskal, piawaian, perolehan awam, sokongan penyelidikan dan pembangunan (R&D), langkah berkaitan kemahiran dan peralihan, serta penetapan harga karbon boleh disusun secara berperingkat dan dibentuk.
  • Pemetaan Prosedur dan Pemegang Taruh: Pendekatan praktikal untuk membantu memperjelas tanggungjawab institusi, menghapuskan pengasingan dalaman antara agensi, serta menyelaraskan insentif syarikat berkaitan kerajaan (GLC), firma swasta, pekerja dan masyarakat sivil.

Baca laporan penuh untuk mendapatkan kerangka kerja, instrumen praktikal dan cadangan operasi yang menyeluruh bagi menyokong transformasi struktur, peluang pekerjaan berkualiti serta ekonomi Malaysia yang berdaya saing, terangkum dan nyahkarbon.

Share this post

Related Publications

Search