Authors: Muhammad Nur Syazwan Zainal Abidin, Sabrina Firdaus Aloysius and Mohammad Imamul Ariffin
The costs of running a political party and a campaign for a parliamentary seat appear increasingly prohibitive. Financial resources continue to play a significant role in shaping political advantage, creating participation barriers to entry and entrenching incumbency. While the individual cost of politics and anecdotal information on political parties’ operations are identified, the scale of expenditure, sources of funding, allocation of resources and governance of political finance remain largely unexplored.
This paper examines how political parties in Malaysia manage their financing, both in terms of revenue sources and expenditures, allocation of resources by parties and explores how these arrangements shape political competition and inclusivity. Drawing on an interview-based exploration of the costs of running a political party, the study found that:
- Political parties face substantial operating costs, especially for longstanding (or ‘established’) parties.
- Parties rely on diverse and often informal funding sources, including a large contribution from individual and corporate donations.
- Established political parties tend to operate with a centralised national funding structure that channels resources to states and branches. While new entrant parties depend on more localised fundraising, which dilutes central financial governing authority.
- Rising costs bestow increasingly significant advantages on incumbents and those who are financially backed. Incumbents have larger and more diverse funding sources, including greater leverage on state-linked resources.
- Parties increasingly reward people who possess or can secure financial resources, reducing candidate quality and creating a further participation barrier for underrepresented groups.
Read the report for insights into the costs of running political parties in Malaysia and multi-level reform recommendations to address current regulatory gaps.
Laporan Dasar IDEAS No. 92: Kos Parti Politik Membebankan? Meneroka Perbelanjaan Politik dan Kesan terhadap Demokrasi
Penulis: Muhammad Nur Syazwan Zainal Abidin, Sabrina Firdaus Aloysius dan Mohammad Imamul Ariffin
Kos mengendalikan sebuah parti politik dan kempen bagi kerusi Parlimen dilihat semakin membebankan. Sumber kewangan terus memainkan peranan penting dalam membentuk kelebihan politik, mewujudkan halangan penyertaan serta mengukuhkan kedudukan penyandang. Walaupun kos individu dalam politik dan maklumat anekdot mengenai operasi parti politik telah dikenal pasti, skala perbelanjaan, sumber pembiayaan, pengagihan sumber serta tadbir urus kewangan politik masih kurang diterokai.
Kertas ini meneliti cara parti politik di Malaysia mengurus pembiayaan mereka, dari segi sumber hasil dan perbelanjaan, pengagihan sumber oleh parti, serta bagaimana susunan ini membentuk persaingan politik dan tahap keterangkuman. Berdasarkan kajian berasaskan temu bual mengenai kos mengendalikan parti politik, dapatan kajian menunjukkan bahawa:
- Parti politik berdepan kos operasi yang besar, khususnya bagi parti yang telah lama bertapak
- Parti bergantung kepada pelbagai sumber pembiayaan, yang sering kali tidak formal, termasuk sumbangan besar daripada individu dan korporat.
- Parti politik yang telah lama bertapak cenderung beroperasi dengan struktur pembiayaan nasional yang berpusat, yang menyalurkan sumber kepada negeri dan cawangan. Sebaliknya, parti baharu lebih bergantung kepada pengumpulan dana setempat, yang melemahkan kawalan kewangan di peringkat pusat.
- Peningkatan kos memberikan kelebihan yang semakin besar kepada penyandang dan pihak yang mempunyai sokongan kewangan. Penyandang mempunyai sumber pembiayaan yang lebih besar dan pelbagai, termasuk capaian yang lebih luas kepada sumber berkaitan kerajaan.
- Parti semakin memberi ganjaran kepada individu yang memiliki atau mampu mendapatkan sumber kewangan, sekali gus menjejaskan kualiti calon dan mewujudkan halangan penyertaan tambahan kepada kumpulan yang kurang diwakili.
Baca laporan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kos mengendalikan parti politik di Malaysia serta cadangan reformasi pelbagai peringkat bagi menangani jurang peraturan sedia ada.
