Authors: Dr Stewart Nixon and Malte Küper
Malaysia and Germany, as constructive and reliable participants in globally interdependent energy markets, face an increasingly hostile, volatile, and uncertain environment surrounding energy choices. Major disruptions to tanker traffic in the Strait of Hormuz, continuing energy consequences of Russia’s invasion of Ukraine, and the destabilising forces of the United States (US)—whose military and economic coercion is reshaping commodity markets—and China’s rising green manufacturing and critical minerals dominance all contribute to this environment. Malaysia and Germany face the prospect of repeated energy shocks and/or being ensnared in a new form of energy technology and product dependency.
In this complicating environment policymakers risk being caught on a perpetual crisis footing. Intense political pressure to address the symptoms of the latest crisis can distract from efforts to understand the evolving risk environment, invest in measures to boost resilience, and develop the mechanisms and processes to better target responses to future shocks. As a result, each successive shock risks causing more economic, political, and social damage than necessary.
To support a shift in focus, the paper contributes to understanding recent events and how policymakers should respond by:
- Taking stock of recent changes in US energy geostrategy and exploring their significance in the wider energy and geopolitical contexts.
- Using the case studies of Malaysia and Germany to investigate different interpretations of and responses to these shifts.
- Highlighting key lessons and identifying areas where Malaysia and Germany can cooperate further.
The paper identifies several key areas in which to concentrate additional policy and relationship effort.
- Develop clearer national strategies surrounding energy risk, resilience, and reward trade-offs, engaging both preparedness and response actions and developing deeper market intelligence and strategic foresight.
- Broaden and deepen bilateral and plurilateral cooperation in pursuit of mutually beneficial and binding agreements that facilitate joint preparedness and collective shock response efforts.
- Recognise that absorption-centric shock responses with untargeted subsidies are unsustainably expensive and blunt incentives that encourage more resilient choices.
- Appreciate and guard against two distinct dependencies: traditional fossil fuel dependencies involving continuous cross-border energy flows and emerging renewable energy dependencies involving the growth or replacement of technology and products that support mostly domestic energy production.
- Accelerating renewable energy installation is the most effective way to reduce the risk of disruptions like the prevailing West Asia crisis, with diversification a distant second and sovereign production less helpful.
Laporan Dasar Ideas No. 97 - Malaysia Ke Arah Ekonomi Berdaya Saing, Terangkum dan Hijau: Penggubalan Dasar untuk Mewujudkan Pekerjaan dan Industri Mampan
Penulis: Dr Stewart Nixon, Afiqah Zulkifli, Jazreen Harith Jefri, Sharmila Suntherasegarun, Nimitraa Youganesparan dan Durrah Sharifah Ahmad Azlan
Penggubal dasar pembangunan Malaysia kini berdepan dengan landskap yang lebih dinamik dan kompleks berbanding sebelum ini. Daya saing ekonomi, keselamatan tenaga, risiko iklim, perlindungan alam sekitar, perubahan teknologi, penyesuaian pasaran buruh dan ketidaksamaan semakin saling berkait. Oleh itu, dasar yang dirangka berdasarkan satu objektif sahaja boleh menimbulkan kesan tidak dijangka di bahagian lain: langkah nyahkarbon yang meningkatkan kos secara terlalu mendadak boleh menjejaskan daya saing syarikat dan sokongan awam, manakala strategi pelaburan yang hanya memberi tumpuan kepada nilai modal yang diumumkan mungkin menghasilkan keupayaan domestik, pekerjaan berkualiti atau manfaat alam sekitar yang terhad.
Peralihan hijau memberikan peluang untuk menerapkan satu model pembangunan yang lebih seimbang. Berbanding menganggapi aspirasi iklim, pertumbuhan dan keterangkuman sebagai keutamaan yang bersaing, Malaysia boleh menggunakan pendekatan Daya Saing–Hijau–Keterangkuman (Competitiveness–Green–Inclusion, CGI) yang disatukan untuk membangunkan industri yang lebih bersih, memperkukuh keupayaan domestik, mewujudkan peluang pekerjaan yang mampan dan lebih berkualiti tinggi, serta memastikan pekerja, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), komuniti dan wilayah yang kurang membangun dapat mengambil bahagian dan memperoleh manfaat daripada peralihan ini.
Laporan ini bertujuan untuk melengkapkan penggubal dasar dengan satu kerangka kerja praktikal dan instrumen berorientasikan pelaksanaan bagi menerapkan model pembangunan ini. Ia menyokong penilaian pertimbangan kompromi (trade-off) yang lebih sistematik, reka bentuk dasar yang lebih jelas, penyelarasan rentas institusi yang lebih kukuh, serta pemantauan yang lebih baik untuk menilai sama ada dasar pembangunan hijau memberikan hasil yang berdaya saing, terangkum dan mampan dari segi alam sekitar.
Laporan dasar ini menangani jurang tersebut dengan menyediakan gabungan kerangka kerja yang dan instrumen berorientasikan pelaksanaan yang boleh digunakan oleh penggubal dasar untuk mempertimbangkan kompromi yang sukar. Ia menawarkan metrik kuantitatif dan pendekatan kualitatif untuk menilai pertimbangan daya saing, keterangkuman dan alam sekitar yang bersepadu bagi menyokong pewujudan peluang pekerjaan dan industri hijau, di samping menangani keperluan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim.
Inovasi utama
- Kad Skor dan Senarai Semak Kesihatan CGI: Mekanisme saringan jangkaan awal (ex ante) untuk menilai sama ada dasar sedia ada dan dasar yang dicadangkan mengandungi peruntukan reka bentuk yang jelas berkaitan daya saing, keterangkuman dan aspek hijau.
- Petunjuk Bersepadu: Memperkenalkan Indeks Daya Saing, Keterangkuman dan Nyahkarbon (Competitiveness, Inclusion and Decarbonisation Index, CIDI) untuk menjejaki penyatuan hasil daya saing hijau terangkum.
- Instrumen Analisis Pertimbangan Kompromi: Mengenal pasti dan menerangkan potensi penggunaan instrumen sokongan pembuatan keputusan, termasuk Analisis Keputusan Pelbagai Kriteria (Multi-Criteria Decision Analysis, MCDA), Analisis Kos-Faedah Lanjutan (Extended Cost-Benefit Analysis, ECBA), pemodelan Keseimbangan Am Boleh Kira (Computable General Equilibrium, CGE), penilaian kitar hayat dan pemetaan kerentanan ruang, untuk mengukur pertimbangan kompromi dan menguji andaian awal.
- Set Instrumen Dasar: Meneliti ciri dasar industri hijau yang baik dan menyediakan panduan tentang bagaimana insentif fiskal, piawaian, perolehan awam, sokongan penyelidikan dan pembangunan (R&D), langkah berkaitan kemahiran dan peralihan, serta penetapan harga karbon boleh disusun secara berperingkat dan dibentuk.
- Pemetaan Prosedur dan Pemegang Taruh: Pendekatan praktikal untuk membantu memperjelas tanggungjawab institusi, menghapuskan pengasingan dalaman antara agensi, serta menyelaraskan insentif syarikat berkaitan kerajaan (GLC), firma swasta, pekerja dan masyarakat sivil.
Baca laporan penuh untuk mendapatkan kerangka kerja, instrumen praktikal dan cadangan operasi yang menyeluruh bagi menyokong transformasi struktur, peluang pekerjaan berkualiti serta ekonomi Malaysia yang berdaya saing, terangkum dan nyahkarbon.
