Policy Ideas No. 95 –Youth Voices, Future Choices: Comparing Agriculture Aspirations, Perceptions, and Career Preferences Across Education Pathways in Malaysia

Policy Ideas No. 95 –Youth Voices, Future Choices: Comparing Agriculture Aspirations, Perceptions, and Career Preferences Across Education Pathways in Malaysia

Authors: Priya Kaur Sachdev, Prof. Dr. M. Niaz Asadullah, Dr. Stewart Nixon, and Naveen Mahasen Weerasinghe

Malaysia’s agriculture sector faces a growing workforce challenge. Despite ongoing efforts to modernise the sector, it continues to struggle to attract young people into agriculture careers. As Malaysia seeks to build a more productive, technology-driven, and resilient agriculture sector, understanding how young people develop career aspirations has become increasingly important. Since these aspirations are often formed during secondary school, education pathways may play a critical role in shaping the future supply of agriculture talent.

This paper examines how education pathways influence agriculture career aspirations, perceptions, and preferences among Malaysian youth. Drawing on a nationally representative survey of more than 14,300 students from public secondary schools (Sekolah menengah Kebangsaan, SMK) and vocational colleges (Kolej Vokasional, KV), the study compares students in TVET and non-TVET pathways to understand how educational experiences shape young people’s interest in agriculture and the factors influencing their career decisions.

Key findings include:

The report highlights four key findings: 

  • TVET increases interest in agriculture, but not agri-tech.TVET students are significantly more likely than non-TVET students to pursue agricultural careers, but are no more likely to aspire to agri-tech occupations, suggesting TVET continues to channel students towards traditional rather than technology-driven agriculture careers.
  • Early exposure matters.Studying agriculture-related subjects is one of the strongest predictors of interest in agricultural careers across both TVET and non-TVET students, highlighting the importance of curriculum exposure in shaping career aspirations.
  • Skills, not just salaries, influence career choices. While higher salaries are the strongest incentive for pursuing agricultural careers, TVET students place greater value on training and skills development opportunities.
  • Young people are looking beyond traditional agriculture. The majority of students, including those from agricultural households, aspire to work outside their parents’ economic sectors, underscoring the need to position agriculture as a modern, innovative, and attractive career for a new generation.

As Malaysia seeks to build a future-ready agriculture workforce, the findings suggest that career aspirations are shaped well before young people enter the labour market. Education pathways therefore represent an important opportunity to strengthen interest in agriculture and better align human capital development with the country’s long-term agricultural transformation goals. 

Suara Belia, Pilihan Masa Depan: Perbandingan Aspirasi, Persepsi dan Pilihan Kerjaya dalam Sektor Pertanian Merentas Laluan Pendidikan di Malaysia

Ditulis oleh: Priya Kaur Sachdev, Prof Dr M. Niaz Asadullah, Dr Stewart Nixon, dan Naveen Mahasen Weerasinghe

Sektor pertanian Malaysia berdepan dengan cabaran yang semakin ketara dalam menarik tenaga kerja baharu. Walaupun pelbagai usaha sedang dilaksanakan untuk memodenkan sektor ini, ia masih bergelut untuk menarik minat golongan muda menceburi kerjaya dalam bidang pertanian. Ketika Malaysia berusaha membangunkan sektor pertanian yang lebih produktif, dipacu teknologi dan berdaya tahan, adalah semakin penting untuk memahami bagaimana golongan muda membentuk aspirasi kerjaya mereka. Memandangkan aspirasi ini lazimnya mula terbentuk ketika sekolah menengah, laluan pendidikan berpotensi memainkan peranan penting dalam menentukan bekalan bakat sektor pertanian pada masa hadapan.

Kertas laporan ini meneliti bagaimana laluan pendidikan mempengaruhi aspirasi kerjaya, persepsi dan pilihan golongan muda Malaysia terhadap sektor pertanian. Berdasarkan tinjauan yang melibatkan lebih daripada 14,300 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Kolej Vokasional (KV), kajian ini membandingkan pelajar dalam laluan TVET dan bukan TVET bagi memahami bagaimana pengalaman pendidikan membentuk minat golongan muda terhadap sektor pertanian serta faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan kerjaya mereka.

Laporan ini mengenal pasti empat dapatan utama:

  • TVET meningkatkan minat terhadap pertanian, tetapi bukan agroteknologi.Pelajar TVET didapati lebih cenderung berbanding pelajar bukan TVET untuk memilih kerjaya dalam sektor pertanian. Namun, mereka tidak menunjukkan kecenderungan yang lebih tinggi untuk menceburi pekerjaan dalam bidang agroteknologi, menunjukkan bahawa TVET masih cenderung mengarahkan pelajar kepada kerjaya pertanian tradisional berbanding kerjaya pertanian berasaskan teknologi.
  • Pendedahan awal memainkan peranan penting. Mempelajari mata pelajaran berkaitan pertanian merupakan antara faktor paling kuat yang mendorong minat terhadap kerjaya dalam sektor pertanian, sama ada dalam kalangan pelajar TVET mahupun bukan TVET. Dapatan ini menekankan kepentingan pendedahan melalui kurikulum dalam membentuk aspirasi kerjaya.
  • Kemahiran, bukan sekadar gaji, mempengaruhi pilihan kerjaya.Gaji yang lebih tinggi merupakan insentif utama untuk memilih kerjaya dalam sektor pertanian, namun pelajar TVET didapati lebih menghargai peluang latihan dan pembangunan kemahiran.
  • Golongan muda melihat peluang di luar pertanian tradisional. Majoriti pelajar, termasuk mereka yang berasal daripada keluarga yang terlibat dalam sektor pertanian, bercita-cita untuk bekerja dalam sektor ekonomi yang berbeza daripada ibu bapa mereka. Dapatan ini menegaskan keperluan untuk menampilkan sektor pertanian sebagai kerjaya moden, inovatif dan menarik kepada generasi baharu.

Ketika Malaysia berusaha membangunkan tenaga kerja pertanian yang bersedia menghadapi cabaran masa hadapan, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa aspirasi kerjaya mula dibentuk lebih awal sebelum golongan muda memasuki alam pekerjaan. Oleh itu, laluan pendidikan merupakan peluang yang penting untuk meningkatkan minat terhadap sektor pertanian, di samping memastikan pembangunan modal insan lebih sejajar dengan matlamat jangka panjang transformasi sektor pertanian negara.

Share this post

Related Publications

Search