Authors: Wo Chang Xi
Electoral turbulence and political uncertainty remain recurring risks for ruling governments, with Malaysia experiencing four federal government transitions within six years since 2018. In this context, caretaker government conventions have become increasingly important as a source of regulatory guidance to maintain stability during periods of political transition.
While the Federal Constitution implies the existence of caretaker governments, there is a lack of clear operational guidance that creates challenges for administrative continuity during mid-term transitions and limits on caretaker governments.
This paper examines the conceptual foundations of caretaker conventions and assesses Malaysia’s current framework, taking into account its legal and political context. Drawing on comparative insights from four Westminster systems – Australia, New Zealand, the United Kingdom, and Canada, the paper identified best practices that may be adapted for Malaysia:
- Clearly defined caretaker periods covering dissolution, or when the government loses the confidence of the Dewan Rakyat and ends when a new government is appointed or when election result is clear;
- Explicit restrictions on major policy decisions, significant appointments, and large contractual commitments, unless these are urgent and unavoidable;
- Suspension of government advertising campaigns that risk being perceived as partisan, even in the period before parliamentary dissolution;
- Consultation with opposition parties for unavoidable decisions required to be made during the caretaker period;
- Enforcement mechanisms, including public disclosure requirements on potential breaches and legal sanctions against politicians for violations; and
- Provision of pre-election contact between civil service and opposition parties, including costing of election commitments, to facilitate an orderly transition (should power change hands) and to level the playing field.
For further insights and recommendations, read on for best practices on caretaker conventions and recommendations on what such frameworks should entail.
Laporan Dasar IDEAS No. 93: Panduan bagi Kerajaan Sementara di Malaysia: Teladan daripada Empat Perundangan Komanwel
Penulis: Wo Chang Xi
Ketidaktentuan pilihan raya dan ketidakstabilan politik kekal sebagai risiko berulang kepada kerajaan yang memerintah, dengan Malaysia mengalami empat pertukaran kerajaan Persekutuan dalam tempoh enam tahun sejak 2018. Dalam konteks ini, konvensyen kerajaan sementara menjadi semakin penting sebagai sumber panduan kawal selia untuk mengekalkan kestabilan semasa tempoh peralihan politik.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan membayangkan kewujudan kerajaan sementara, kekurangan panduan operasi yang jelas menimbulkan cabaran kepada kesinambungan pentadbiran semasa peralihan di pertengahan penggal serta dalam menetapkan had kepada kerajaan sementara.
Kertas ini meneliti asas konsep konvensyen kerajaan sementara dan menilai kerangka semasa Malaysia dengan mengambil kira konteks perundangan dan politik. Berdasarkan perbandingan dengan empat sistem Westminster — Australia, New Zealand, United Kingdom dan Kanada — kertas ini mengenal pasti amalan terbaik yang boleh disesuaikan untuk Malaysia:
- Tempoh kerajaan sementara ditakrifkan dengan jelas, meliputi pembubaran Parlimen atau apabila kerajaan kehilangan kepercayaan Dewan Rakyat, dan berakhir apabila kerajaan baharu dilantik atau keputusan pilihan raya menjadi jelas;
- Had yang jelas terhadap keputusan dasar utama, pelantikan penting, dan komitmen kontrak berskala besar, kecuali dalam keadaan mendesak dan tidak dapat dielakkan;
- Penggantungan kempen pengiklanan kerajaan yang berisiko dilihat sebagai berpihak, termasuk sebelum pembubaran Parlimen;
- Perundingan dengan parti pembangkang bagi keputusan yang tidak dapat dielakkan semasa tempoh kerajaan sementara;
- Mekanisme penguatkuasaan, termasuk keperluan pendedahan awam terhadap kemungkinan pelanggaran serta tindakan undang-undang terhadap ahli politik yang melanggar peraturan; dan
- Penyediaan ruang interaksi sebelum pilihan raya antara perkhidmatan awam dan parti pembangkang, termasuk pengiraan kos janji pilihan raya, bagi memudahkan peralihan yang teratur (sekiranya berlaku pertukaran kuasa) serta mewujudkan pertandingan yang lebih adil.
Untuk pandangan dan cadangan lanjut, baca perincian mengenai amalan terbaik konvensyen kerajaan sementara serta cadangan tentang kerangka yang wajar dilaksanakan.
