• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS Terbit Laporan Baharu demi Mendorong Reformasi Pendidikan Terangkum untuk Anak-Anak Orang Asli

IDEAS Terbit Laporan Baharu demi Mendorong Reformasi Pendidikan Terangkum untuk Anak-Anak Orang Asli

April 23, 2025
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Inclusive Development
  • Malaysia
  • Orang Asli

Kuala Lumpur, 23 April 2025:  Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), dengan sokongan Yayasan Sime Darby (YSD), telah melancarkan sebuah laporan baharu hasil pelaksanaan projek rintis yang memfokuskan kepada Pendidikan Terangkum untuk Orang Asli. Laporan ini menawarkan pandangan baharu, mengangkat suara Orang Asli, dan mencadangkan sokongan kepada penyelesaian bersadurkan budaya untuk menangani ketidaksamaan pendidikan yang sekian lama wujud dalam kalangan komuniti Orang Asli di Malaysia melalui tiga komponen utama.

Komponen-komponen tersebut ialah:

  • Aktivis di Lapangan: Pemetaan Pemegang Taruh Pendidikan Orang Asli
  • Suara dari Lapangan: Ke Arah Pendidikan Berasaskan Kekuatan dan Peka Budaya untuk Kanak-Kanak Orang Asli
  • Teladan dari Lapangan: Penelitian Pelaksanaan Program Pendidikan Orang Asli

“Pelancaran laporan ini bukan sekadar penutup kepada satu kajian yang penting, tetapi titik mula kepada iltizam baharu demi memastikan tiada anak Orang Asli yang terus tercicir daripada arus pendidikan negara. Kajian ini turut menyerlahkan keperluan mendesak untuk merapatkan jurang antara dasar negara dan realiti pelaksanaan di lapangan. Semua pihak—kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat sivil—perlu berganding bahu, mendengar dengan lebih teliti suara komuniti, dan bertindak secara tuntas serta berkesan,” kata Y.A.M. Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar, Pengerusi YSD. 

Saranan utama daripada laporan ini termasuk merangka semula naratif pendidikan supaya menumpukan kepada kekuatan, budaya, dan nilai anak-anak Orang Asli, serta memastikan komuniti, khususnya ibu bapa, terlibat secara aktif dalam membentuk dan melaksanakan dasar pendidikan. Selain itu, laporan ini turut menekankan kepentingan mewujudkan kerjasama jangka panjang antara semua pemegang taruh, termasuk kerajaan, sektor swasta, masyarakat sivil dan komuniti Orang Asli sendiri, sambil menangani halangan sistemik seperti isu pengangkutan, cabaran sosioekonomi, dan capaian kepada perkhidmatan asas seperti air bersih.

Projek Pendidikan Terangkum untuk Orang Asli ini dijalankan selama lebih lima tahun sejak November 2020 dan berasaskan pendekatan mengutamakan komuniti yang mendalam. Ia dimulakan dengan penilaian keperluan pemegang taruh secara menyeluruh dan berkembang menjadi program rintis yang direka bentuk untuk dilaksanakan bersama komuniti. Para pelaksana projek bekerjasama rapat dengan tokoh tempatan seperti Tok Batin dan ibu bapa bagi memastikan setiap intervensi berasaskan kepercayaan, hubung kait budaya, dan pemilikan bersama.

“Projek ini mencerminkan komitmen IDEAS untuk memastikan pendidikan terangkum bukan sekadar satu istilah dasar, tetapi satu pengalaman sebenar untuk semua kanak-kanak, termasuk mereka daripada komuniti yang telah lama terpinggir. Dengan mendengar dan bekerjasama dengan suara Orang Asli, kami mengambil langkah penting untuk membayangkan semula pendidikan yang adil, berasaskan konteks tempatan, dan bersedia menghadapi masa hadapan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Aira Azhari.

Kajian ini turut menggunakan kaedah penyelidikan melibatkan penyertaan Orang Asli seperti kaedah ‘suara melalui gambar’ (photovoice) dan ‘perkongsian berkelompok’ (sharing circles) untuk membolehkan pelajar dan ibu bapa Orang Asli menyuarakan pandangan mereka. “Di Malaysia, kaedah penyelidikan berteraskan komuniti Orang Asli masih terhad, dan kami berharap untuk mengembangkan kaedah ini supaya suara Orang Asli dimasukkan dalam perancangan dan intervensi yang paling memberi kesan kepada mereka,” terang Dr Suria Angit, Felo Kanan IDEAS dan penyelidik utama projek ini.

“Walaupun laporan Aktivis di Lapangan mengiktiraf bahawa dasar pendidikan telah beralih ke arah intervensi yang lebih bersasar untuk kanak-kanak Orang Asli, laporan Suara dari Lapangan mendapati masih wujud keperluan untuk penyelarasan dan sokongan yang lebih kukuh di peringkat akar umbi bagi meningkatkan keterangkuman, terutamanya dalam konteks komunikasi antara para pendidik dan ibu bapa,” tambah Dr Suria.

IDEAS berharap pandangan yang dikongsi melalui penerbitan ini dapat menjadi sumber penting buat para penggubal dasar, penyumbang dana, pendidik, dan organisasi akar umbi dalam merealisasikan impian pendidikan terangkum, adil, dan berpaksikan komuniti untuk semua.

Layari laman web kami untuk memuat turun laporan ini. (Pautan dibawah)

  • Actors On The Ground
  • Voices On The Ground
  • Lessons On The Ground

— TAMAT —

Mengenai Yayasan Sime Darby (YSD) 

Yayasan Sime Darby merupakan sebuah yayasan korporat yang disokong oleh Sime Darby Berhad, SD Guthrie Berhad dan Sime Darby Property Berhad. Ditubuhkan pada tahun 1982, yayasan ini memberi tumpuan kepada lima teras utama iaitu Pendidikan, Alam Sekitar, Komuniti & Kesihatan, Sukan, dan Seni & Budaya. Di bawah pimpinan Majlis Tadbir Urus, yayasan ini diuruskan oleh pasukan yang berdedikasi dan bekerjasama rapat dengan ketiga-tiga syarikat penderma YSD dalam pelbagai bidang yang menjadi kepentingan bersama. Sejak penubuhannya, yayasan ini telah melebarkan sayapnya daripada menawarkan biasiswa kepada individu yang cemerlang dan berkelayakan, kepada membiayai pelbagai program pemuliharaan alam, pemerkasaan komuniti, dan pembangunan yang berimpak tinggi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.yayasansimedarby.com 

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Ryan Panicker
Penolong Pengurus, Advokasi dan Program
T: 03 – 2070 8881/8882 | E: ryannesh@ideas.org.my

Share

Related posts

August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Cadangan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan Tidak Memadai untuk Melindungi Peruntukan Awam


Read more
August 27, 2025

KDPP Welcomes a Stronger Parliament Committee System in Parliament, Urges States to Emulate these Reforms at the Dewan Undangan Negeri (DUNs)


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)