• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • Peruntukan kepada Pembangkang perlu dikanunkan melalui Akta Peruntukan Pembangunan Kawasan untuk ketelusan dan kesaksamaan

Peruntukan kepada Pembangkang perlu dikanunkan melalui Akta Peruntukan Pembangunan Kawasan untuk ketelusan dan kesaksamaan

April 19, 2024
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Constituency Development Fund (CDF)
  • democracy
  • Malaysia

Kenyataan bersama oleh: 

Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)

Kuala Lumpur, 19 April 2024: Pengumuman daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukan kepada pembangkang merupakan satu langkah positif dalam usaha mematangkan demokrasi Malaysia. Beliau juga mengumumkan bahawa satu deraf memorandum persefahaman (MoU) akan dirangka sebagai langkah seterusnya dalam proses rundingan di antara kerajaan dan pembangkang. 

Langkah yang baru diumumkan ini merupakan perkara yang sudah lama digesa oleh pelbagai pihak, termasuk organisasi masyarakat sivil. Gesaan ini berpandukan prinsip kesaksamaan untuk semua ahli parlimen yang sah dipilih rakyat, dan juga demi mengekalkan kestabilan pentadbiran negara. Pelan untuk merangka satu MoU adalah positif, malah merupakan satu peluang baik untuk memaktubkan sebuah mekanisme peruntukan yang telus, sama rata dan saksama. Kajian IDEAS dan Bersih menunjukkan bahawa sistem peruntukan pembangunan kawasan (Constituency Development Fund, CDF) harus dikanunkan melalui satu Akta Peruntukan Pembangunan Kawasan (Akta CDF). Akta ini merangkumi sistem kawal selia CDF serta perbelanjaan wakil rakyat. 

Kami mencadangkan satu formula pengagihan CDF yang jelas, telus dan saksama, dengan mengambil kira jumlah pengundi di setiap kawasan. Satu Jawatankuasa CDF, di mana ahlinya terdiri daripada wakil rakyat kerajaan dan pembangkang harus ditubuhkan untuk menyemak imbang pengagihan dan pengurusan CDF. Perlu ditekankan bahawa sebuah MoU, walaupun diperlukan sekarang, tidak memadai untuk jangka masa panjang. Ketidakpastian dalam arena politik kita menuntut semua inisiatif reformasi institusi dimaktubkan melalui undang-undang supaya mengikat kerajaan yang bakal berkuasa pada masa hadapan. Amalan pemberian peruntukan secara berat sebelah adalah amalan politik lapuk yang perlu ditinggalkan dalam kerangka membentuk amalan politik negara yang lebih matang, berdaya saing dan progresif.

Justeru, kami berharap penggubalan sebuah Akta CDF dalam penggal Parlimen ini akan menjadi salah satu komitmen kerajaan dan pembangkang dalam MoU yang bakal dirunding demi menamatkan amalan diskriminasi kepada mana-mana parti yang akan menjadi pembangkang kelak. Penggubalan Akta CDF ini juga boleh dimulakan di peringkat negeri, di mana rundingan di antara pihak kerajaan dan pembangkang dilihat lebih terbuka.

— TAMAT —

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Ryan Panicker
Penolong Pengurus
T: 03 – 2070 8881/8882 | E: ryannesh@ideas.org.my
Asraf Sharafi
E:asraf@bersih.org

Share

Related posts

October 12, 2025

IDEAS: Budget 2026 Balances Pressures Prudently but Lacks Serious Fiscal Reform


Read more
October 12, 2025

IDEAS: Belanjawan 2026 Berhemah dalam Imbangi Tekanan Namun Kurang Reformasi Fiskal


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)