• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS: Langkah ketelusan yang lebih baik boleh perkasa JKPK baharu untuk memajukan pengawasan Parlimen

IDEAS: Langkah ketelusan yang lebih baik boleh perkasa JKPK baharu untuk memajukan pengawasan Parlimen

April 7, 2023
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Demokrasi
  • Malaysia
  • Politik

Kuala Lumpur, 7 April 2023: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi mengalu-alukan pengumuman 90 orang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) pada 4 April 2023 sebagai satu langkah yang positif ke arah memajukan pembaharuan Parlimen di Malaysia.

Menurut terma rujukan yang dikeluarkan pada 21 Mac 2023, semua JKPK ditugaskan untuk memeriksa rang undang-undang (RUU) termasuk RUU persendirian, cadangan dan dokumen yang berkaitan dengan portfolio mereka, serta menyiasat sebarang perkara yang berkaitan dengan portfolio mereka dan melaporkannya. JKPK juga diberi kuasa untuk memanggil pakar atau saksi dan meminta sebarang dokumen yang membolehkan mereka menjalankan fungsi mereka.

“Kami mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Parlimen yang dilantik sebagai ahli JKPK. Kami berharap terma rujukan yang baharu dan lebih kukuh akan membolehkan mereka memaksimumkan peranan mereka dalam pengawasan parlimen. Memandangkan kerajaan bercadang untuk membentangkan rang undang-undang baharu yang merupakan kunci kepada penambahbaikan tadbir urus yang baik, seperti rang undang-undang mengenai Tanggungjawab Fiskal, Perolehan Kerajaan dan Pendanaan Politik, tanggungjawab yang diberikan kepada JKPK untuk meneliti rang undang-undang akan membolehkan proses semakan yang rapi terhadap rang undang-undang yang dicadangkan. Kami menantikan untuk melihat ahli menggunakan peluang ini dengan bermakna untuk memastikan rang undang-undang yang dicadangkan akan memberi manfaat kepada negara dalam jangka panjang”, ulas Dr Tricia Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS.

“Kami juga menggalakkan ahli JKPK menggunakan kuasa mereka untuk memanggil pakar dan saksi daripada pelbagai sektor termasuk daripada organisasi masyarakat sivil (CSO), ahli akademik dan pakar industri dalam perbincangan mereka. Entiti lain yang boleh dijemput ke perbincangan JKPK ialah Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM), yang juga merupakan entiti Parlimen yang ditubuhkan untuk memudahkan perbincangan antara Ahli Parlimen dan ahli masyarakat sivil mengenai pelbagai perkara. Dalam sidang Parlimen sebelum ini, terdapat beberapa KRPPM termasuk Pendanaan Politik, di mana IDEAS adalah Sekretariatnya. Penglibatan pakar dan saksi akan meningkatkan ketelusan dan menggalakkan penyertaan orang ramai dalam proses Parlimen,” tambahnya.

“Bagaimanapun, kami juga menggalakkan Parlimen untuk meningkatkan ketelusan dalam JKPK dengan mengumumkan tarikh dan agenda mesyuarat, mengadakan pendengaran awam, menerbitkan hansard mesyuarat, serta mengeluarkan ringkasan penemuan JKPK. Langkah-langkah ini tidak diamalkan dalam JKPK Parlimen terdahulu dan harus dimulakan oleh kerajaan semasa. Di samping itu, kami berharap JKPK diberikan pembiayaan, sumber dan kapasiti yang mencukupi untuk memudahkan aktiviti penyelidikan dan penyiasatan mereka,” kata Dr Yeoh sebagai kesimpulan.

— TAMAT —

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Aira Azhari,
Pengurus Kanan,
Unit Demokrasi dan Tadbir Urus
T: +603 2070 8881/8882 | E: aira@ideas.org.my

Louis Denis, Pengurus Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: louis@ideas.org.my

Share

Related posts

August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Cadangan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan Tidak Memadai untuk Melindungi Peruntukan Awam


Read more
August 27, 2025

KDPP Welcomes a Stronger Parliament Committee System in Parliament, Urges States to Emulate these Reforms at the Dewan Undangan Negeri (DUNs)


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)