• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS alu-alukan Yang di-Pertua Dewan Rakyat baharu dan ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri atas undi percaya tetapi zahirkan rasa bimbang terhadap klausa peletakan jawatan automatik dalam Perjanjian Persefahaman

IDEAS alu-alukan Yang di-Pertua Dewan Rakyat baharu dan ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri atas undi percaya tetapi zahirkan rasa bimbang terhadap klausa peletakan jawatan automatik dalam Perjanjian Persefahaman

December 20, 2022
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Demokrasi
  • Malaysia
  • Politik

Kuala Lumpur, 19 Disember 2022: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengalu-alukan pelantikan Datuk Johari Abdul atas pelantikannya sebagai Yang di-Pertuan Dewan Rakyat. Pelantikan beliau diiringi harapan yang amat tinggi untuk untuk menjalankan tugasnya dengan tegas, saksama dan adil dalam situasi yang dijangkakan akan menjadi  sangat mencabar di Parlimen berikutan jajaran baharu yang dibentuk dalam kalangan parti-parti politik. 

IDEAS juga mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana telah berjaya mendapatkan undi percaya di Dewan Rakyat, yang akan menstabilkan lagi keadaan politik semasa. Mengulas mengenai situasi ini, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Dr Tricia Yeoh berkata, “Kami mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan semasa atas perkembangan hari ini. IDEAS berharap kejayaan undi percaya ini memberikan jaminan kestabilan politik kepada kerajaan dan komuniti pelabur, yang sangat penting dalam memastikan dasar dapat dilaksanakan dengan berkesan.”

Namun begitu, IDEAS ingin menyatakan kebimbangan terhadap klausa peletakan jawatan secara automatik dalam Perjanjian Persefahaman (MOU) kerajaan perpaduan, iaitu Ahli Parlimen daripada parti gabungan dianggap telah meletakkan jawatan mereka sekiranya mereka mengundi mengikut kehendak mereka dalam mana-mana perkara prosedur di Parlimen. “Langkah ini bertentangan dengan prinsip kebebasan berpersatuan dan amat hampir dengan tingkah laku autoritarian, memandangkan Ahli Parlimen perlu menggunakan pertimbangan masing-masing dalam hal dasar dan undang-undang dan mungkin kadang-kadang mengambil pendirian yang berbeza daripada parti politik mereka. Kami bimbang bahawa dalam hasrat kerajaan untuk mencapai kestabilan, ia sebaliknya membawa kepada membendung perbezaan pendapat”, kata Dr Yeoh.

Sehubungan itu, IDEAS ingin mengulangi peranan penting Perikatan Nasional sebagai pembangkang. Pembentukan Kabinet Bayangan harus dimulakan secepat mungkin untuk memastikan semak dan imbang ke atas pihak kerajaan. Berikutan kenyataan awam Perikatan Nasional pada 30 November bahawa mereka sedang membentuk Kabinet Bayangan, jangkaan terhadap menteri kabinet bayangan untuk memenuhi janji dan melaksanakan tanggungjawab mengikut portfolio mereka. 

Melangkah ke hadapan, IDEAS berharap dapat bekerjasama dengan semua parti politik untuk meneruskan reformasi institusi perundangan seperti Akta Pendanaan Politik, Akta Dana Pembangunan Kawasan, Akta Perolehan Kerajaan dan Akta Tanggungjawab Fiskal. Pertemuan dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Menteri Undang-undang dan Pembaharuan Institusi yang baru dilantik khususnya, serta pemimpin pelbagai blok politik, termasuk Ketua Pembangkang, akan menjadi amat penting.

Akhir sekali, IDEAS menyokong penuh kenyataan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir baru-baru ini bahawa cabang eksekutif tidak seharusnya mendapat faedah eksklusif untuk mencalonkan mana-mana daripada sembilan ahli Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman (JAC). . Untuk memperbaiki kelemahan sedia ada serta memastikan kebebasan badan kehakiman yang lebih besar, cadangan untuk menurunkan kuasa tersebut kepada badan institusi lain seperti Badan Peguam Malaysia dan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mesti dipertimbangkan dengan serius.

Dalam hari-hari mendatang, IDEAS akan kekal konsisten dalam meneliti pelantikan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10. Hal ini termasuk pelantikan Peguam Negara, Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya. Kami juga akan terus melaksanakan penjejakan dan pemantauan lantikan politik dalam Badan Berkanun Persekutuan (FSB) dan memperluas untuk memasukkan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) terpilih yang akan tersedia di laman sesawang Pantau Kuasa kami (https://www.pantaukuasa.com).

“Dalam hal ini, adalah mengecewakan apabila melihat pelantikan semula Ahmad Jazlan daripada UMNO sebagai Pengerusi FELCRA beberapa hari selepas komitmen kerajaan untuk menghentikan lantikan politik dalam GLC. Akhirnya, memulihkan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap institusi adalah tanggungjawab sama rata kerajaan dan pembangkang. Kedua-duanya adalah pemain utama dalam melaksanakan pembaharuan yang akan berlaku di Malaysia dalam masa terdekat dan kami menekankan kepentingan semua pihak untuk memainkan peranan ini”, kata Dr Yeoh memberikan kesimpulan.

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Halmie Azrie Abdul Halim, Eksekutif, Demokrasi dan Tadbir Urus
T: +603 2070 8881/8882 | E: halmie@ideas.org.my

Louis Denis, Pengurus Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: louis@ideas.org.my

Share

Related posts

August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Cadangan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan Tidak Memadai untuk Melindungi Peruntukan Awam


Read more
August 27, 2025

KDPP Welcomes a Stronger Parliament Committee System in Parliament, Urges States to Emulate these Reforms at the Dewan Undangan Negeri (DUNs)


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)