• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • Dalam situasi Parlimen tergantung, IDEAS seru kepada rundingan berasaskan dasar, bukannya rundingan berasaskan naungan sebagai asas pembentukan kerajaan

Dalam situasi Parlimen tergantung, IDEAS seru kepada rundingan berasaskan dasar, bukannya rundingan berasaskan naungan sebagai asas pembentukan kerajaan

November 22, 2022
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Demokrasi
  • Malaysia
  • Politik

Kuala Lumpur, 20 November 2022: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) memperakui bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 telah menghasilkan keputusan Parlimen tergantung apabila tiada mana-mana gabungan parti yang berjaya memenangi majoriti mudah. Ketika gabungan-gabungan parti ini sedang berunding sesama sendiri untuk membentuk kerajaan persekutuan, IDEAS menggesa agar rundingan ini dilakukan berasaskan dasar dan bukannya pengagihan pelantikan bersifat naungan. 

Dalam satu pakatan gabungan parti politik, dijangka kedudukan Kabinet, Pengerusi Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Badan Berkanun akan diagihkan sebagai satu bentuk ganjaran kepada seramai mungkin wakil-wakil kanan parti. Sebaliknya, IDEAS menggalakkan parti-parti politik untuk berunding berdasarkan kepada undang-undang dan dasar yang amat diperlukan untuk menangani kedua-dua pembaharuan ekonomi dan institusi pada masa hadapan.

Mengulas situasi ini, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Dr Tricia Yeoh berkata, “Membentuk kerajaan campuran adalah agenda paling penting dalam beberapa hari mendatang, dan kita perlu berwaspada terhadap penggunaan politik wang dalam proses ini, di mana parti-parti yang lebih kecil harus bijak menggunakan kedudukan dan kuasa penentu mereka. Malah, undang-undang penting seperti Akta Pendanaan Politik, Akta Peruntukan Pembangunan Kawasan, Akta Perkhidmatan Parlimen, Akta Tanggungjawab Fiskal dan Akta Perolehan Kerajaan adalah lebih mendesak berbanding sebelum ini, maka kami menantikan untuk melihat parti-parti politik menyatakan pendirian mereka terhadap semua perundangan ini yang benar-benar boleh mengubah pentadbiran.” 

IDEAS juga memuji sebahagian besar mesej antirasuah yang diberikan ketika kempen PRU15. “Jelas sekali, para pengundi di Malaysia sudah letih akan budaya rasuah yang tertanam dalam pentadbiran dan ekosistemnya, dan khususnya pengundi Melayu telah memilih untuk menyatakan pendirian dalam isu ini dengan beralih kepada Perikatan Nasional sebagai satu gabungan alternatif. Maka, jika kita ingin memulihkan semula kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara kita, menangani tadbir urus yang baik perlu menjadi keutamaan segera kerajaan.

Kami menantikan untuk melihat perancangan kukuh berikutan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang akan tamat tempohnya pada tahun 2023. Jelas sekali, bipartisan dalam mana-mana kerajaan akan datang akan memastikan hasil yang paling optimum apabila memperjuangkan tadbir urus yang baik, antirasuah dan pembaharuan institusi. Sehubungan dengan itu, IDEAS sebagai Sekretariat kepada Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPG) mengenai Pendanaan Politik, mengucapkan tahniah kepada ramai mantan ahli KRPPM ini yang berjaya kembali sebagai Ahli Parlimen, dan berharap untuk mewujudkan semula kumpulan ini, termasuk ahli baharu, dalam masa terdekat untuk mempercepatkan pembentangan rang undang-undang pendanaan politik di Parlimen”, ulas Dr Yeoh.   

Akhir sekali, IDEAS juga memberi amaran terhadap kaum dan agama yang digunakan secara politik oleh kerajaan yang bakal dibentuk. Malaysia adalah sebuah masyarakat berbilang etnik dan agama. Dengan mengambil kira secara serius keperluan dan jangkaan yang berbeza-beza semua masyarakat etnik dan agama, termasuk yang berada di Sabah dan Sarawak, adalah amat penting untuk visi kerajaan yang menekankan keterangkuman, persefahaman dan empati terhadap satu sama lain. Semasa tempoh berkempen, malangnya rakyat Malaysia telah  menyaksikan beberapa mesej berunsur perkauman yang mungkin telah melanggar nilai asas perpaduan dan keharmonian negara.

Mengakhiri ulasannya, Dr Yeoh berkata, “PRU15 telah memberikan Malaysia banyak kejutan menarik, dan kami mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Parlimen yang menang, yang kebanyakannya adalah muka baharu yang mewakili semangat pembaharuan politik secara menyeluruh. Dalam beberapa hari akan datang, kami menantikan proses pembentukan kerajaan persekutuan berasaskan peraturan, di mana Yang Di-Pertuan Agong akan memainkan peranan penting dalam memastikannya berlaku. IDEAS berharap pengakhiran kepada proses ini akhirnya akan memberikan kestabilan politik dan ekonomi yang amat diperlukan oleh Malaysia dalam membuat keputusan dasar yang serius untuk masa depan dalam tempoh lima tahun akan datang.”

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Halmie Azrie Abdul Halim, Eksekutif, Demokrasi dan Tadbir Urus
T: +603 2070 8881/8882 | E: halmie@ideas.org.my

Louis Denis, Pengurus Perhubungan Luar, IDEAS Malaysia
T: +603 2070 8881/8882 | E: louis@ideas.org.my

Share

Related posts

August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Cadangan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan Tidak Memadai untuk Melindungi Peruntukan Awam


Read more
August 27, 2025

KDPP Welcomes a Stronger Parliament Committee System in Parliament, Urges States to Emulate these Reforms at the Dewan Undangan Negeri (DUNs)


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)