• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS Mengalu-alukan Usaha Rentas Parti Oleh Perdana Menteri dan Gesa Tindakan Konkrit Untuk Laksana Perubahan

IDEAS Mengalu-alukan Usaha Rentas Parti Oleh Perdana Menteri dan Gesa Tindakan Konkrit Untuk Laksana Perubahan

August 26, 2021
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Demokrasi
  • Malaysia
  • Politik
  • Rentas Parti

Kuala Lumpur, 26 Ogos 2021 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengalu-alukan usaha YAB Perdana Menteri bertemu dengan para pemimpin pembangkang untuk membincangkan langkah seterusnya dalam membendung  COVID-19, pembaharuan institusi dan tadbir urus yang baik. Usaha rentas parti seperti ini diperlukan ketika Malaysia masih menghadapi krisis kesihatan COVID-19 dan kegawatan terburuk sejak Krisis Kewangan Asia 1997.

IDEAS menyambut baik pertemuan tersebut dimana, YAB Perdana Menteri dan pemimpin pembangkang telah memperjelas komitmen mereka ke arah pembaharuan institusi, terutamanya berkenaan institusi Parlimen dan fungsinya sebagai satu semak dan imbang kepada kuasa eksekutif. Hal ini tidak pernah berlaku dan IDEAS berharap usaha ke arah pengurusan COVID-19 akan dapat ditunjukkan dengan berkesan dalam masa terdekat.

Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh, “Komitmen seperti ini dialu-alukan, tetapi haruslah disusuli dengan tindakan yang konkrit. Parlimen perlu dibuka semula agar usul undi percaya dapat dibentangkan dan pelbagai dasar penting seperti Pelan Pemulihan Negara, Rancangan Malaysia Ke-12 dan Belanjawan 2022 dapat dibahaskan.”

IDEAS percaya bahawa persetujuan antara Perdana Menteri dan para pemimpin pembangkang ini akan membuka lebih banyak peluang kepada pembaharuan institusi lebih lanjut yang Malaysia amat perlukan, termasuk: 

  1. Pelaksanaan Pelan Antirasuah Kebangsaan (NACP) untuk membanteras rasuah;
  2. Pembentangan Rang Undang-undang Pendanaan Politik di Parlimen;
  3. Pemisahan fungsi Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya;
  4. Meningkatkan kebebasan SPRM dengan cara menaik taraf menjadi satu badan berperlembagaan;
  5. Proses pelantikan penjawat awam utama dan pengerusi GLC dilakukan dengan telus dan bebas; dan
  6. Satu badan Kehakiman bebas yang diberi kuasa untuk mengadili semua kes rasuah politik.

Seperti yang ditekankan oleh Tricia, “Malaysia amat memerlukan kepimpinan yang jelas dan kukuh setelah hampir 17 bulan di bawah pentadbiran yang tidak berfungsi serta berterusan berpolitik. Para pemimpin harus mengorak langkah dalam mengambil keputusan untuk mengemudi negara ini ke hadapan dalam arah yang betul agar dapat mengembalikan kestabilan sosial dan ekonomi negara.”

“Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam tinjauan World Economic Outlook yang baru diterbitkan pada bulan Julai 2021, telah menurunkan taraf unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak 1.8% ketika ekonomi pada tahun ini dijangka berkembang sebanyak 4.7% sahaja. Tinjauan fiskal yang merosot serta ketidaktentuan politik negara membuatkan para pelabur gelisah, malah akan memberi kesukaran kepada Malaysia untuk menutup kekurangan belanjawannya dalam masa terdekat. Kini, Malaysia amat memerlukan para pemimpinnya untuk mengenepikan segala perbezaan dan menawarkan kepimpinan yang kukuh dan stabil.”

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Zokhri Idris, Ph.D, Pengarah, Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: zokhri@ideas.org.my

Share

Related posts

August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Cadangan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan Tidak Memadai untuk Melindungi Peruntukan Awam


Read more
August 27, 2025

KDPP Welcomes a Stronger Parliament Committee System in Parliament, Urges States to Emulate these Reforms at the Dewan Undangan Negeri (DUNs)


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)