• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS: Petugas Kesihatan Perlu Diutamakan dan Dilindungi, Bukan Ditekan

IDEAS: Petugas Kesihatan Perlu Diutamakan dan Dilindungi, Bukan Ditekan

July 21, 2021
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Code Black dan Black Monday
  • COVID-19

Kuala Lumpur, 17 Julai 2021 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menyeru kerajaan untuk menghentikan ugutan terhadap para petugas kesihatan yang menyertai kempen Code Black dan Black Monday yang bertujuan untuk menyatakan sokongan terhadap kebajikan doktor kontrak. Kempen tersebut hanyalah satu medium kebebasan untuk bersuara dan ekspresi, seperti yang termaktub di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

IDEAS percaya segala keresahan para doktor kontrak harus dipertimbangkan oleh pihak berwajib. Mereka tidak dibekalkan dengan jaminan pekerjaan di dalam sektor perkhidmatan awam dan tidak diberikan kebajikan yang sepatutnya dinikmati oleh doktor yang memegang status “tetap dalam perkhidmatan.”Mereka juga tidak boleh memulakan latihan kepakaran disebabkan status kontrak yang mereka miliki. Pada masa yang sama, khidmat mereka di barisan hadapan (frontliner) tetap diperlukan dan boleh dipindahkan ke seluruh pelusuk negara.

Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Tricia Yeoh menjelaskan, “IDEAS menyeru pihak kerajaan untuk menghentikan segala siasatan terhadap semua doktor yang terlibat dalam kempen Code Black dan Black Monday kerana tindakan mereka selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan untuk berucap dan ekspresi.”

“Kami memandang serius kenyataan daripada Majlis Perubatan Malaysia yang mengatakan kebanyakan doktor yang terlibat mengalami tekanan perasaan rentetan daripada siasatan ini. Memandangkan status petugas kesihatan negara kini mencapai tahap yang membimbangkan, kita perlu memastikan agar motivasi mereka tetap utuh dan tinggi.”

“Sistem perjawatan doktor kontrak harus diperhalusi bagi menjamin keadilan terhadap petugas kesihatan awam di negara kita. Sebagai penyelesaian jangka panjang, penyerapan kepada status “tetap dalam perkhidmatan” harus diselaraskan bagi menjamin perkembangan kerjaya, penyelarasan gaji dan juga kemampanan sistem perkhidmatan kesihatan negara.”

IDEAS tidak bersetuju dengan gertakan oleh mana-mana organisasi kerajaan terhadap petugas kesihatan yang berkongsi situasi sebenar di beberapa hospital baru-baru ini. IDEAS bertanggapan segala perkongsian situasi sebenar seharusnya ditangani dalam bentuk penyelesaian dan penambahbaikan.

Tricia menambah, “Bagi menangani penularan wabak COVID-19, Malaysia seharusnya mengamalkan “whole of society approach” – kerjasama yang erat antara pihak kerajaan dan swasta, termasuklah badan bukan kerajaan (NGO) bagi mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan tindakan negara dalam melawan COVID-19. 

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Zokhri Idris, Ph.D, Pengarah, Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 E: zokhri@ideas.org.my

Share

Related posts

November 14, 2025

IDEAS: ASEAN Must Continue to Streamline Standards and Reduce Regulatory Complexity to Increase Small Business Participation In Regional Markets


Read more
November 14, 2025

IDEAS: ASEAN Perlu Perkemas Piawaian dan Kurangkan Kerumitan Pengawalseliaan untuk Tingkatkan Penyertaan Perniagaan Kecil dalam Pasaran Serantau


Read more
October 31, 2025

IDEAS: US Pact Undercuts Malaysia’s Regional Partnerships and Neutrality while Delivering Little Reassurance for Businesses


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)