Support for Bumiputera enterprise development has increasingly focused on helping small and medium enterprises (SMEs) participate in international trade. Over time, a wide range of programmes has emerged offering financing, training, certification assistance, mentoring, and trade promotion. While these initiatives reflect strong policy commitment, it remains unclear how well they work together to support enterprises as they move from capability building toward export participation.
As Malaysia continues to expand support for Bumiputera SMEs, this paper examines how current trade-related policies are structured and whether they are aligned with the goal of building competitive enterprises capable of participating in international markets. It maps programmes that explicitly target Bumiputera SMEs and include export participation or trade readiness as a stated objective, assessing how enterprises are selected and supported, and how programme success is defined and reported.
Key findings include:
- Trade-related support for Bumiputera SMEs is spread across multiple ministries and programmes, creating a fragmented policy landscape that is difficult for enterprises to navigate.
- Enterprise development pathways from capability-building programmes to export participation are not clearly articulated.
- <Programme success is often measured through participation levels and funding disbursed rather than export participation or enterprise performance.
- Information on enterprise progression across programmes is not sufficiently reported, making it difficult to assess how enterprises move toward international trade.
Malaysia has made significant efforts to expand support for Bumiputera enterprises seeking to participate in international markets, and recent initiatives suggest growing attention to improving coordination and programme monitoring. Building on these efforts, clearer signalling across programmes, stronger continuity between enterprise development and export support, and more consistent reporting of enterprise progression would help ensure that existing initiatives more effectively support enterprises moving toward export participation.
Kertas Dasar IDEAS No 89 – Menterjemahkan Sokongan kepada Kejayaan: Menumpukan Dasar Perdagangan Bumiputera terhadap Hasil Perusahaan
Sokongan terhadap pembangunan perusahaan Bumiputera semakin memberi tumpuan kepada usaha membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai perdagangan antarabangsa. Dari semasa ke semasa, pelbagai program telah diwujudkan yang menawarkan pembiayaan, latihan, bantuan pensijilan, bimbingan, serta promosi perdagangan. Walaupun inisiatif ini mencerminkan komitmen dasar yang kukuh, masih belum jelas sejauh mana program ini saling melengkapi dalam menyokong perusahaan ketika ia beralih daripada pembinaan keupayaan kepada penyertaan dalam pasaran eksport.Di kala Malaysia terus memperluas sokongan kepada PKS Bumiputera, kertas dasar ini meneliti bagaimana dasar berkaitan perdagangan sedia ada disusun serta sama ada ia selaras dengan matlamat membangunkan perusahaan yang berdaya saing dan mampu menembusi pasaran antarabangsa. Kajian ini memetakan program yang secara khusus menyasarkan PKS Bumiputera dan yang menjadikan penyertaan eksport atau kesiapsiagaan perdagangan sebagai objektif utama. Ia juga menilai bagaimana perusahaan dipilih dan disokong, serta bagaimana kejayaan program ditakrif dan dilaporkan.Antara dapatan utama termasuk:
- Sokongan berkaitan perdagangan untuk PKS Bumiputera merentasi pelbagai kementerian dan program, mewujudkan landskap dasar yang berpecah-pecah dan sukar diurus oleh perusahaan
- Laluan pembangunan perusahaan daripada program pembinaan keupayaan kepada penyertaan eksport tidak dihuraikan dengan jelas.
- Kejayaan program sering diukur melalui tahap penyertaan dan jumlah pembiayaan yang disalurkan, berbanding penyertaan eksport atau prestasi sebenar perusahaan.
- Maklumat mengenai perkembangan perusahaan merentasi pelbagai program tidak dilaporkan secara lengkap, menyukarkan penilaian tentang bagaimana perusahaan bergerak ke arah penyertaan dalam perdagangan antarabangsa.
Malaysia telah melaksanakan usaha penting untuk memperluas sokongan kepada perusahaan Bumiputera yang ingin menyertai pasaran antarabangsa, dan beberapa inisiatif terkini menunjukkan peningkatan perhatian terhadap penambahbaikan penyelarasan program serta pemantauan pelaksanaannya. Berdasarkan kepada usaha ini, penyelarasan yang lebih jelas antara program, kesinambungan yang lebih kukuh antara pembangunan perusahaan dan sokongan eksport, serta pelaporan yang lebih konsisten mengenai perkembangan perusahaan akan membantu memastikan inisiatif sedia ada dapat menyokong perusahaan dengan lebih berkesan dalam menuju penyertaan eksport.
