Ditulis oleh YAM Tunku Panglima Besar, Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz, Presiden Pengasas, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).
Saya tidak bermain golf, kecuali di St Andrews, Scotland”. Pengakuan ini mengejutkan rakan-rakan saya yang bermain golf, yang sudah bertahun-tahun cuba mengajak saya sekurang-kurangnya turun ke lapangan sasar.
Namun, di situlah saya berada, mengorbankan sedikit kesetiaan saya kepada sukan raket dengan menghayunkan kayu golf (dan tidaklah gagal sepenuhnya!) sambil menghirup udara segar Fife, tatkala tahap jerebu yang teruk di tanah air kembali muncul dalam suapan berita saya.
Saya berada di pekan kecil itu untuk menghadiri satu kursus latihan korporat yang dirangka bersama oleh University of St Andrews, yang meneroka bagaimana geopolitik, kecerdasan buatan dan perubahan iklim mempengaruhi cara perniagaan dijalankan. Ini merupakan kali pertama saya kembali ke bilik darjah sebagai seorang pelajar sejak pandemik Covid-19.
Permainan golf itu merupakan sebahagian waktu rehat daripada kelas. Dan apabila kita berada di tempat yang terkenal dengan sesuatu perkara, adalah wajar untuk kita mengambil peluang menikmatinya.
Ibarat pepatah Melayu, “masuk kandang kambing, mengembek; masuk kandang harimau, mengaum”. Bagi pemain golf tegar, sukan ini merupakan kemuncak tamadun manusia, jadi saya gembira dapat cuba memahami mengapa ia dianggap sebegitu di tempat asal sukan tersebut.
Saya lebih selesa menikmati beberapa aktiviti bermusim yang ditawarkan Edinburgh. Pertama ialah festival seni Edinburgh Festival Fringe, yang menganjurkan lebih 4,000 acara sepanjang tiga minggu, merangkumi muzik, komedi, teater, puisi, tarian serta pameran dalam pelbagai bentuk dan cita rasa.
Ia bermula pada tahun 1947 sebagai acara sampingan Edinburgh International Festival, yang sehingga kini masih dianjurkan setiap tahun sebagai acara yang lebih tersusun dan dikurasi.
Dalam tempoh dua minggu, saya hanya sempat mengikuti sebahagian kecil daripada apa yang ditawarkan, namun saya kagum bahawa sebuah bandar yang lebih kecil daripada Seremban (baik dari segi jumlah penduduk mahupun saiz fizikal) mampu menganjurkan salah satu festival kebudayaan terpenting di dunia.
Kedua ialah Royal Edinburgh Military Tattoo, yang menyaksikan pancaragam tentera dan polis dari seluruh dunia mempersembahkan kemahiran muzik, koreografi dan ketangkasan fizikal mereka dengan latar belakang Istana Edinburgh.
Digabungkan dengan persembahan penari, penyanyi, pertunjukan piroteknik dan lintas udara, ia merupakan suatu pertunjukan yang menakjubkan, tidak seperti apa-apa yang pernah saya saksikan sebelum ini. Apabila orang Scotland menyebut tentang ‘kumpulan besar pemain bagpipe dan dram’, mereka benar-benar memaksudkannya.
Seminggu kemudian, saya kembali ke Seremban tepat pada masanya untuk menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan. Seperti biasa, ia juga merupakan suatu pertunjukan yang mengagumkan — mujurlah jerebu telah beransur reda — dan bahagian sebelum perarakan menampilkan penghormatan yang amat bertepatan kepada Yamtuan Antah, Raja Melayu terakhir yang secara peribadi memimpin pasukan dalam pertempuran Perang Bukit Putus pada tahun 1875.
Musuh pada ketika itu sememangnya British, yang menggunakan insentif ekonomi untuk memujuk para pemimpin tempatan supaya menjadi sekutu mereka. Inilah strategi klasik “pecah dan perintah” yang telah digunakan oleh empayar sejak zaman-berzaman, dan kini dapat kita lihat digunakan sepenuhnya di Timur Tengah.
Malangnya, Yamtuan Antah tewas dalam peperangan tersebut. Para pewaris baginda, dalam dua generasi berikutnya, menyesuaikan diri dengan geopolitik empayar yang baharu dan akhirnya membantu merundingkan serta membina jalan menuju kemerdekaan melalui Persekutuan Tanah Melayu.
Kisah ini didahului dengan anggota pentadbiran kerajaan negeri yang baharu membaca Rukun Negeri yang diketuai oleh Menteri Besar, dan diikuti lintas hormat yang mempamerkan semangat patriotik yang lazim kita kenali dan hargai.
Persembahan muzik kali ini juga sangat baik, dengan lagu negeri dimainkan secara konsisten dan kemas, manakala pancaragam sekolah menyediakan selingan yang bertenaga.
Atas sebab tertentu, bagpipe lebih menonjol daripada biasa, memainkan sebuah lagu kawad tentera Malaysia yang terkenal. Ia menjadi peringatan yang kuat bahawa walaupun kita sememangnya wajar berbangga dengan institusi yang telah kita bina, dengan matlamat untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia di dalam dan luar negara, kita juga wajar mengiktiraf pelbagai unsur dan pengalaman dari seluruh dunia yang telah memberi inspirasi kepada pembentukannya.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pertama, ketika membuka Parlimen kita buat kali pertama pada tahun 1955, secara jelas menyentuh tentang pemikiran yang telah berkembang selama berabad lamanya dalam pembentukan Dewan Ra’ayat (ejaannya pada ketika itu) dan Dewan Negara. Baginda merujuk kepada tradisi politik yang terkandung dalam adat, serta perkembangan demokrasi berparlimen seperti yang dialami di Britain.
Ketika ahli politik Malaysia daripada pelbagai pihak berdepan dengan suasana skeptisisme pada satu sisi dan tuntutan yang semakin meningkat terhadap penyampaian perkhidmatan pada sisi yang lain, ada kalanya institusi kita dituduh telah dikompromi dan dijadikan senjata untuk tujuan kepartian. Sejak kebelakangan ini, parti politik baharu telah ditubuhkan, manakala beberapa peletakan jawatan dan lompat parti berprofil tinggi turut berlaku.
Di sebalik perkembangan ini, badan kehakiman dan kini sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja memainkan peranan penting dalam menyemak dan mengimbangi tindakan para pemimpin terdahulu dan semasa.
Keyakinan terhadap institusi inilah yang mesti dipelihara — dan penghargaan sewajarnya diberikan — agar negara kita kekal terlindung daripada segala bentuk ekstremisme yang begitu ghairah dimanfaatkan oleh golongan yang gemar mencetuskan provokasi.
This article was featured in the Sinarharian, 5 September 2026
Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan atau pendirian IDEAS Malaysia.
Wadah kebersamaan
Wadah kebersamaan
Ditulis oleh YAM Tunku Panglima Besar, Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz, Presiden Pengasas, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).
Saya tidak bermain golf, kecuali di St Andrews, Scotland”. Pengakuan ini mengejutkan rakan-rakan saya yang bermain golf, yang sudah bertahun-tahun cuba mengajak saya sekurang-kurangnya turun ke lapangan sasar.
Namun, di situlah saya berada, mengorbankan sedikit kesetiaan saya kepada sukan raket dengan menghayunkan kayu golf (dan tidaklah gagal sepenuhnya!) sambil menghirup udara segar Fife, tatkala tahap jerebu yang teruk di tanah air kembali muncul dalam suapan berita saya.
Saya berada di pekan kecil itu untuk menghadiri satu kursus latihan korporat yang dirangka bersama oleh University of St Andrews, yang meneroka bagaimana geopolitik, kecerdasan buatan dan perubahan iklim mempengaruhi cara perniagaan dijalankan. Ini merupakan kali pertama saya kembali ke bilik darjah sebagai seorang pelajar sejak pandemik Covid-19.
Permainan golf itu merupakan sebahagian waktu rehat daripada kelas. Dan apabila kita berada di tempat yang terkenal dengan sesuatu perkara, adalah wajar untuk kita mengambil peluang menikmatinya.
Ibarat pepatah Melayu, “masuk kandang kambing, mengembek; masuk kandang harimau, mengaum”. Bagi pemain golf tegar, sukan ini merupakan kemuncak tamadun manusia, jadi saya gembira dapat cuba memahami mengapa ia dianggap sebegitu di tempat asal sukan tersebut.
Saya lebih selesa menikmati beberapa aktiviti bermusim yang ditawarkan Edinburgh. Pertama ialah festival seni Edinburgh Festival Fringe, yang menganjurkan lebih 4,000 acara sepanjang tiga minggu, merangkumi muzik, komedi, teater, puisi, tarian serta pameran dalam pelbagai bentuk dan cita rasa.
Ia bermula pada tahun 1947 sebagai acara sampingan Edinburgh International Festival, yang sehingga kini masih dianjurkan setiap tahun sebagai acara yang lebih tersusun dan dikurasi.
Dalam tempoh dua minggu, saya hanya sempat mengikuti sebahagian kecil daripada apa yang ditawarkan, namun saya kagum bahawa sebuah bandar yang lebih kecil daripada Seremban (baik dari segi jumlah penduduk mahupun saiz fizikal) mampu menganjurkan salah satu festival kebudayaan terpenting di dunia.
Kedua ialah Royal Edinburgh Military Tattoo, yang menyaksikan pancaragam tentera dan polis dari seluruh dunia mempersembahkan kemahiran muzik, koreografi dan ketangkasan fizikal mereka dengan latar belakang Istana Edinburgh.
Digabungkan dengan persembahan penari, penyanyi, pertunjukan piroteknik dan lintas udara, ia merupakan suatu pertunjukan yang menakjubkan, tidak seperti apa-apa yang pernah saya saksikan sebelum ini. Apabila orang Scotland menyebut tentang ‘kumpulan besar pemain bagpipe dan dram’, mereka benar-benar memaksudkannya.Seminggu kemudian, saya kembali ke Seremban tepat pada masanya untuk menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan. Seperti biasa, ia juga merupakan suatu pertunjukan yang mengagumkan — mujurlah jerebu telah beransur reda — dan bahagian sebelum perarakan menampilkan penghormatan yang amat bertepatan kepada Yamtuan Antah, Raja Melayu terakhir yang secara peribadi memimpin pasukan dalam pertempuran Perang Bukit Putus pada tahun 1875.
Musuh pada ketika itu sememangnya British, yang menggunakan insentif ekonomi untuk memujuk para pemimpin tempatan supaya menjadi sekutu mereka. Inilah strategi klasik “pecah dan perintah” yang telah digunakan oleh empayar sejak zaman-berzaman, dan kini dapat kita lihat digunakan sepenuhnya di Timur Tengah.
Malangnya, Yamtuan Antah tewas dalam peperangan tersebut. Para pewaris baginda, dalam dua generasi berikutnya, menyesuaikan diri dengan geopolitik empayar yang baharu dan akhirnya membantu merundingkan serta membina jalan menuju kemerdekaan melalui Persekutuan Tanah Melayu.Kisah ini didahului dengan anggota pentadbiran kerajaan negeri yang baharu membaca Rukun Negeri yang diketuai oleh Menteri Besar, dan diikuti lintas hormat yang mempamerkan semangat patriotik yang lazim kita kenali dan hargai.
Persembahan muzik kali ini juga sangat baik, dengan lagu negeri dimainkan secara konsisten dan kemas, manakala pancaragam sekolah menyediakan selingan yang bertenaga.
Atas sebab tertentu, bagpipe lebih menonjol daripada biasa, memainkan sebuah lagu kawad tentera Malaysia yang terkenal. Ia menjadi peringatan yang kuat bahawa walaupun kita sememangnya wajar berbangga dengan institusi yang telah kita bina, dengan matlamat untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia di dalam dan luar negara, kita juga wajar mengiktiraf pelbagai unsur dan pengalaman dari seluruh dunia yang telah memberi inspirasi kepada pembentukannya.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pertama, ketika membuka Parlimen kita buat kali pertama pada tahun 1955, secara jelas menyentuh tentang pemikiran yang telah berkembang selama berabad lamanya dalam pembentukan Dewan Ra’ayat (ejaannya pada ketika itu) dan Dewan Negara. Baginda merujuk kepada tradisi politik yang terkandung dalam adat, serta perkembangan demokrasi berparlimen seperti yang dialami di Britain.
Ketika ahli politik Malaysia daripada pelbagai pihak berdepan dengan suasana skeptisisme pada satu sisi dan tuntutan yang semakin meningkat terhadap penyampaian perkhidmatan pada sisi yang lain, ada kalanya institusi kita dituduh telah dikompromi dan dijadikan senjata untuk tujuan kepartian. Sejak kebelakangan ini, parti politik baharu telah ditubuhkan, manakala beberapa peletakan jawatan dan lompat parti berprofil tinggi turut berlaku.
Di sebalik perkembangan ini, badan kehakiman dan kini sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja memainkan peranan penting dalam menyemak dan mengimbangi tindakan para pemimpin terdahulu dan semasa.
Keyakinan terhadap institusi inilah yang mesti dipelihara — dan penghargaan sewajarnya diberikan — agar negara kita kekal terlindung daripada segala bentuk ekstremisme yang begitu ghairah dimanfaatkan oleh golongan yang gemar mencetuskan provokasi.
This article was featured in the Sinarharian, 5 September 2026
Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan atau pendirian IDEAS Malaysia.
Share this post
Related Post
Instruments of common purpose
Berani menyahut seruan
Stepping up to the podium
From Digital Links to Digital Integration: The Next Phase of ASEAN-India Cooperation
IDEAS: MyOBI Shows Terengganu Leading in Budget Transparency, while Selangor Tops Legislative Oversight
IDEAS: Terengganu Terbaik dalam Ketelusan Belanjawan, Selangor Teratas dalam Pemantauan Legislatif