Ditulis oleh YAM Tunku Panglima Besar, Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz, Presiden Pengasas, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).
Rakyat Negeri Sembilan telah pun bersuara! Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung dengan lancar, pihak yang tewas menerima keputusan dengan terbuka, nama calon-calon Menteri Besar dikemukakan oleh ketua parti yang memenangi kerusi terbanyak, Yang di-Pertuan Besar memilih seorang daripada mereka dan kini kerajaan negeri yang baharu sedang dibentuk.
Pilihan raya di Malaysia sememangnya sentiasa dramatik, didorong oleh kerancakan media sosial, personaliti yang berwarna-warni serta pelbagai teori konspirasi. Namun, walaupun mengikut piawaian tersebut, lebih banyak daripada kebiasaan telah diperkatakan menjelang dan selepas PRN kali ini.
Pertama sekali, agak sukar untuk menjelaskan pakatan yang bertanding bersama atau menentang antara satu sama lain, seperti yang perlu saya terangkan kepada beberapa ahli sains politik dari luar negara yang berkunjung ke Malaysia.
Di peringkat Persekutuan, Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah, membentuk kerajaan bersama Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan beberapa parti lain, Gabungan Parti Sarawak (yang menghimpunkan empat parti yang dahulunya merupakan komponen BN), Gabungan Rakyat Sabah (yang terdiri daripada enam parti yang sebelum ini sama ada pernah berada dalam PH, BN atau berpecah daripada parti anggota kedua-dua gabungan tersebut), di samping beberapa parti lain yang tidak menyertai mana-mana gabungan.
Di pihak pembangkang pula ialah Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Pas, Gerakan, MIPP, Pejuang, Wawasan dan secara zahirnya Bersatu serta Muda, sementara terdapat banyak lagi parti lain yang wujud tetapi tidak mempunyai sebarang kerusi, termasuk Bersama yang baru-baru ini disusun semula dan dipimpin oleh dua bekas menteri daripada PKR.
Di peringkat negeri pula, muncul konfigurasi politik yang berbeza. Di Negeri Sembilan, selepas perkembangan awal di Johor, PH bertanding secara bersendirian, manakala BN membentuk pakatan pilihan raya dengan PN, kecuali Bersatu yang turut bertanding secara bersendirian, selain beberapa parti lain yang bertanding di beberapa kerusi.
Keputusan akhir, BN memenangi 18 kerusi, PN tujuh kerusi dan PH 11 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 36 kerusi. Hasilnya ialah BN kini mentadbir bersama rakan gabungan yang berbeza di peringkat yang berbeza. Keadaan ini mungkin kelihatan rumit, namun ia juga berpotensi membawa beberapa manfaat yang tidak dijangka.
Pertama, pelaksanaan dasar awam mungkin menjadi lebih profesional bagi menghormati persefahaman yang telah dipersetujui. Malah, perkataan profesional sering saya dengar diulang oleh Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri daripada UMNO dan DAP ketika mereka bekerjasama dalam kerajaan negeri sepanjang tiga tahun lalu.
Di sebalik retorik perkauman hangat, yang sering dimainkan oleh segelintir penyokong tegar, mereka sebenarnya mampu bekerjasama demi kesejahteraan rakyat. Perkara sama juga semakin saya perhatikan di peringkat Persekutuan, khususnya dalam kalangan ahli yang bekerjasama melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) dan Kumpulan Rentas Parti Parlimen (KRPPM). Perkembangan ini memberi petanda yang baik terhadap profesionalisme politik Malaysia pada masa hadapan.
Satu lagi kesan yang mungkin tidak disengajakan ialah tumpuan yang lebih besar terhadap dasar-dasar unik di peringkat negeri. Kita telah menyaksikan bagaimana kekuatan politik parti-parti berpangkalan di Sarawak telah menghidupkan semula perbincangan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), sekali gus turut mencetuskan tuntutan autonomi di negeri lain.
Walaupun tidak realistik untuk setiap negeri mempunyai syarikat penerbangan atau syarikat minyak dan gas sendiri, adalah munasabah untuk melihat kepelbagaian yang lebih besar dalam penyampaian perkhidmatan awam, penyesuaian kurikulum pendidikan atau pengurusan hospital mengikut keperluan negeri masing-masing.
Minggu hadapan, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) akan melancarkan edisi terbaharu Indeks Belanjawan Terbuka Malaysia (Malaysia Open Budget Index, MyOBI), yang menilai prestasi negeri dari segi ketelusan belanjawan, kebertanggungjawaban dan penglibatan awam. Pada tahun 2024, Terengganu dan Selangor menduduki tempat teratas dan tanpa mengira parti yang memerintah, semua kerajaan negeri mahu mencapai kedudukan yang baik dalam penilaian tersebut.
Namun begitu, perkara sebegini ini bukanlah yang paling mendapat perhatian penganalisis.
Sebaliknya, tumpuan lebih terarah kepada strategi yang membimbangkan iaitu mengeksploitasi perpecahan kaum untuk meraih kemenangan pilihan raya. Retorik yang bersifat memecahbelahkan, ditambah pula dengan naratif ‘mempertahankan adat’, menjadi sebahagian daripada kempen pilihan raya. Momokan bahawa sebuah parti tertentu akan menguasai institusi negara, malah institusi diraja sekali pun, disebarkan tanpa sebarang asas. Ketakutan terhadap ‘orang lain’ diperbesarkan, manakala slogan melindungi ‘orang kita’ dijadikan seruan utama.
Malangnya, strategi itu ternyata berhasil. Namun, sejauh mana keberkesanannya juga menjadi persoalan kerana ramai pengundi turut menolak penyandang atas sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kaum. Walaupun angka pelaburan yang dicatatkan menunjukkan satu gambaran, realiti terpaksa membelanjakan bahagian pendapatan yang semakin besar di pasar dan pasar raya pula memberikan gambaran berbeza.
Selain itu, terdapat juga rasa kecewa terhadap pelbagai janji yang tidak ditunaikan, sama ada berkaitan penambahbaikan setempat, infrastruktur pengangkutan mahupun pembaharuan institusi yang masih belum menjadi kenyataan.
Ia bukanlah suatu perkembangan yang baik apabila hanya terdapat dua wakil bukan Melayu (kedua-duanya berbangsa Cina dan tiada seorang pun berbangsa India) di pihak kerajaan, manakala tiada seorang pun wakil Melayu di pihak pembangkang. Namun begitu, rakyat yang mereka wakili merupakan antara masyarakat paling rencam di mana-mana negeri di Malaysia, sebagaimana yang diingatkan oleh Tuanku Muhriz kepada Datuk Ismail Lasim ketika istiadat mengangkat sumpah beliau sebagai Menteri Besar.
Semoga beliau meneruskan legasi terbaik para pendahulunya, daripada kepimpinan berwawasan Tan Sri Dr Mohamed Said Mohamed daripada UMNO hinggalah kepada pentadbiran berhemah Datuk Seri Aminuddin Harun daripada PKR, serta meninggalkan segala kelemahan yang pernah wujud.
This article was featured in the Sinar Harian, 8 August 2026
Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan atau pendirian IDEAS Malaysia.
Pilihan raya dan bayangan masa hadapan

Share this post
Related Post
Kedaulatan Fiskal Negeri dan Ikhtiar Terengganu
IDEAS: States Should End the Expansion of Appointed ADUNs and Pursue Electoral Reforms to Strengthen Representative Democracy
IDEAS: Negeri-Negeri Harus Menghentikan Perluasan ADUN Lantikan dan Meneruskan Reformasi Pilihan Raya untuk Memperkukuh Demokrasi Berperwakilan
IDEAS: RCI Report on Tabung Haji Reinforces the Need to End Political Appointments to Federal Statutory Bodies
IDEAS: Laporan RCI Tabung Haji Gariskan Keperluan Hentikan Lantikan Politik Badan Berkanun
A summer of sport and politics