Kuala Lumpur, 7 Disember 2020 – Tarikh 6 Disember menandakan 30 tahun telah berlalu semenjak kematian Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. IDEAS mengenang Tunku dengan penuh kasih sayang kerana kami ditubuhkan berasaskan nilai-nilai kebebasan dan keadilan ke atas semua rakyat Malaysia, kata-kata yang diucapkan oleh Tunku ketika prokalamasi kemerdekaan kita 63 tahun yang lalu.
Malaysia telah melangkah jauh semenjak itu, mencapai pelbagai tahap pembangunan, keamanan serta kemajuan yang dicemburui dunia. Hari ini, ketika kita sedang menghadapi cabaran luar biasa dalam kedua-dua bidang ekonomi dan politik, amat penting untuk mengingati bahawa komitmen Tunku terhadap sikap saling menghormati, toleransi ras, dan kesamaan untuk semua rakyat Malaysia yang telah menyediakan satu asas yang kukuh untuk negara kita yang baru diwujudkan.
Bersama para pengasas lain, Tunku Abdul Rahman menjelmakan nilai-nilai integriti, demokrasi liberal, dan kenegaraan yang telah membentuk tahun-tahun awal kita sebagai sebuah negara. Dalam menghadapi kepayahan hari ini, amat penting untuk semangat nilai-nilai tersebut berterusan dijelmakan oleh pemimpin-pemimpin politik, penggubal undang-undang, masyarakat sivil dan juga rakyat.
Global order stands on the brink