Kuala Lumpur, 14 Ogos 2020 – Penguncupan dalam KDNK pada suku kedua 2020 sebanyak 17.1% seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini sebahagian besarnya mencerminkan kos ekonomi yang disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan. Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengakui imbalan yang perlu dihadapi oleh kerajaan apabila melaksanakan perintah kawalan pergerakan sebelum ini untuk menangani wabak Covid-19. Tetapi hal ini tidak memerlukan pelbagai reaksi mengejut dengan melancarkan langkah-langkah rangsangan ekonomi jangka pendek yang lebih agresif. Dasar seharusnya fokus pada rancangan jangka panjang untuk satu pemulihan ekonomi yang menyeluruh dan lestari.
Pengurus Penyelidikan IDEAS, Lau Zheng Zhou, dalam ulasannya mengenai isu ini, berpendapat “Kejayaan Malaysia hari ini dalam meratakan lekuk jangkitan Covid-19 telah memposisikan kita pada satu kedudukan yang kukuh untuk pemulihan. Kini merupakan masa untuk kita melakukan satu pembaharuan strategik untuk menangani kelemahan struktur yang dihadapi oleh pelbagai industri kita, terutamanya IKS, dan membantu mereka beradaptasi dengan lebih berjaya untuk pemulihan dalam jangka masa panjang.” Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara IKS dan universiti-unversiti penyelidikan dalam aspek inovasi proses dan produk. Pelbagai insentif juga boleh disasarkan kepada IKS untuk meningkatkan penyertaan dalam Penilaian Kesediaan Industy4WRD oleh kerajaan.
Kekurangan daya tahan oleh usahawan-usahawan IKS memuncak akibat kejutan yang berlaku disebabkan oleh wabak yang melanda. Kekurangan akses kepada penampan modal dan kewangan, keupayaan yang terhad untuk mengembangkan perniagaan, dan model kos yang berdaya saing telah membuatkan IKS kita lebih terdedah ketika krisis, lalu menyebabkan kadar pengangguran yang tinggi dan ramai pula diberikan cuti, serta muflis. Kejayaan pendekatan yang dipandu oleh pelaburan langsung asing (FDI) untuk mempromosikan pemindahan teknologi dan pengetahuan kepada IKS juga agak bercampur-baur, memberi implikasi kepada kemajuan Malaysia dalam mencapai pertumbuhan berpendapatan tinggi dan naik taraf industri.
Oleh itu, telah tiba masanya untuk pihak kerajaan mengenalpasti dan memberi keutamaan kepada subsektor-subsektor dan aktiviti-aktiviti rantaian nilai penting yang IKS dan pelbagai industri Malaysia boleh menjadi berdaya saing, bukan sahaja pada peringkat domestik, malah para peringkat serantau dan dunia. Pada masa yang sama, wabak ini telah menyerlahkan keperluan untuk segera menangani jurang yang wujud dalam perlindungan sosial, menyasarkan terutamanya IKS yang merupakan majikan terbesar di Malaysia. “Walaupun hal ini dapat difahami bahawa penguncupan ketara pada KDNK suku kedua 2020 boleh menjadi sebab kepada panik, tetapi hal ini juga merupakan satu peluang kepada kita untuk memperbetul semula arah dasar kita supaya dapat menggalakkan ekonomi yang lebih inklusif dan berdaya saing pada masa hadapan,” tambah Lau.
— TAMAT —
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Lau Zheng Zhou di lau@ideas.org.my.
Global order stands on the brink