Kuala Lumpur, 12 Julai 2021 – IDEAS Community Projects (rakan organisasi IDEAS yang berteraskan projek kebajikan) dengan kerjasama Projek Bangsa Malaysia melancarkan Dana Kecemasan Hospital bagi membantu hospital-hospital dan petugas kesihatan negara.
Initiatif ini akan membantu beberapa hospital yang kini beroperasi melangkaui kemampuan kapasiti berikutan pandemik COVID-19 yang berpanjangan. Rentetan itu, hospital mengalami kekurangan fasiliti bagi menampung peningkatan pesakit COVID-19.
IDEAS Community Projects dan Projek Bangsa Malaysia menyeru kepada semua rakyat Malaysia dan organisasi untuk menyalurkan sumbangan kepada Dana Kecemasan Hospital bagi meringankan beban hospital yang terlibat.
Mewakili Lembaga Pengarah IDEAS Community Projects, YAM Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz mengatakan, “hospital di Malaysia mengalami krisis terburuk akibat COVID-19 dan saya berharap sumbangan ini dapat mengurangkan tekanan ke atas petugas kesihatan kita.”
Sumbangan boleh disalurkan berdasarkan maklumat berikut:
Nama: IDEAS BERHAD
No Akaun: 8001367104
Bank: CIMB
Rujukan: Hospital Fund
Semua sumbangan layak untuk mendapat pengecualian cukai. IDEAS adalah sebuah organisasi yang sah untuk meminta dan menerima sumbangan, selaras dengan Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Bagi tujuan pengecualian cukai, sila isi borang pengecualian cukai yang disediakan melalui capaian berikut: https://qr.net/T8ySP4
No Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.7178
Terima kasih diatas sumbangan dan keprihatinan anda.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Dr. Munirah Ibrahim dari Projek Bangsa Malaysia (019 – 920 5011). Sebarang pertanyaan mengenai sumbangan boleh diajukan kepada Ahmad Bashier dari IDEAS (bashier@ideas.org.my).
#kitajagakita
#DanaKecemasanHospital
#IDEASCommunityProjects
#BangsaMalaysia
— TAMAT —
Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Zokhri Idris, Ph.D, Pengarah, Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 E: zokhri@ideas.org.my
Global order stands on the brink