• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS Terbit Kertas Kerja Dasar Baharu, Seru Ketelusan Dana Politik yang Kukuh di Malaysia

IDEAS Terbit Kertas Kerja Dasar Baharu, Seru Ketelusan Dana Politik yang Kukuh di Malaysia

April 22, 2025
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Dana Politik
  • Malaysia
  • political financing

Kuala Lumpur, 22 April 2025: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) hari ini telah menerbitkan kertas kerja dasar terbaharunya bertajuk Pelaporan dan Pendedahan Dana Politik yang Berkesan: Garis Panduan, Amalan Terbaik, Cabaran dan Pengajaran untuk Malaysia, yang mendokong satu sistem pendanaan politik yang telus serta menggariskan cara-cara untuk mencapainya. Kertas kerja dasar ini bertujuan menangani defisit ketelusan yang berlarutan sejak sekian lama serta keyakinan awam yang semakin merosot terhadap sumbangan politik di negara ini.

Kertas kerja dasar ini ditulis bersama oleh Dr Fernando Casal Bértoa, Profesor Madya di Sekolah Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Nottingham (United Kingdom) dan Sri Murniati Yusuf, mantan Pengarah Kanan Penyelidikan di IDEAS. Ia membentangkan norma antarabangsa, amalan ketelusan global, elemen-elemen penting dalam mengawal selia ketelusan dana politik serta menekankan keperluan kepada garis panduan yang jelas dan boleh dikuatkuasakan dalam hal penyimpanan rekod, pelaporan dan pendedahan kepada umum. Dengan mengambil contoh amalan terbaik dari negara-negara seperti United Kingdom, Latvia dan Kanada, kertas kerja dasar ini menggariskan bahawa ketelusan dalam dana politik bukan sahaja membina kepercayaan awam bahkan mengurangkan rasuah politik, mengukuhkan kebertanggungjawaban demokrasi dan memperkukuh institusi parti politik.

Laporan ini turut menjelaskan bahawa walaupun parti politik dan calon pilihan raya di Malaysia dikehendaki mengemukakan laporan kewangan kepada Pendaftar Pertubuhan dan Suruhanjaya Pilihan Raya, laporan-laporan ini tidak diterbitkan dan tiada pemeriksaan yang bermakna. Kertas kerja dasar ini mencadangkan bahawa memandangkan kerajaan merancang untuk menggubal undang-undang pendanaan politik, kekangan ini perlu ditangani dalam undang-undang yang baharu.

Kertas kerja dasar ini mengesyorkan bahawa bagi memastikan pelaporan dana politik yang berkesan, undang-undang yang digubal oleh kerajaan perlu merangkumi elemen-elemen berikut. Pertama, undang-undang tersebut harus mewajibkan sekurang-kurangnya parti politik dan calon pilihan raya untuk menyimpan rekod semua sumbangan secara langsung dan tidak langsung yang diterima daripada individu mahupun entiti sah semasa dan di luar tempoh kempen pilihan raya. Kedua, undang-undang tersebut harus menjelaskan bentuk pelaporan yang diperlukan, pihak yang bertanggungjawab melaporkan, serta bila dan bagaimana pelaporan tersebut harus dilakukan. Akhir sekali, undang-undang ini harus memastikan laporan kewangan boleh diakses oleh masyarakat awam secara “tersusun, menyeluruh dan tepat pada waktunya dalam tempoh masa yang panjang”, sambil mengimbangi antara keperluan minimum untuk pendedahan dan penghormatan terhadap kebimbangan privasi individu. Seksyen 5 dalam kertas kerja dasar ini memperincikan pelbagai cara untuk memenuhi keperluan ini.

“Kertas kerja dasar ini menjawab kebimbangan yang sekian lama dibangkitkan bahawa ketelusan yang semakin besar boleh mendedahkan penderma dan ahli politik pembangkang kepada risiko pemangsaan. Dengan mengetengahkan contoh antarabangsa mengenai pendedahan dana politik yang meminimumkan risiko sebegini, ia menunjukkan bahawa ketelusan yang direka dengan baik boleh menjadi satu bentuk perlindungan berbanding ancaman. Kertas kerja dasar ini juga menekankan pentingnya kewujudan pengawal selia bebas dan berkemampuan yang sentiasa berinteraksi dengan pihak berkepentingan serta menguatkuasakan peraturan secara adil dan saksama. Saya berharap penerbitan ini dapat menjadi sumber rujukan yang berguna kepada para penggubal dasar dalam membina rangka kerja ketelusan dana politik yang praktikal dan berkesan di Malaysia,” kata Aira Azhari, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS.

Kertas kerja dasar ini boleh dimuat turun menerusi laman web IDEAS

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Ryan Panicker
Penolong Pengurus, Advokasi dan Program
T: 03 – 2070 8881/8882 | E: ryannesh@ideas.org.my

Share

Related posts

August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Cadangan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan Tidak Memadai untuk Melindungi Peruntukan Awam


Read more
August 27, 2025

KDPP Welcomes a Stronger Parliament Committee System in Parliament, Urges States to Emulate these Reforms at the Dewan Undangan Negeri (DUNs)


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)