• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • Komitmen pembaharuan institusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tata Kelola Nasional (JKKTN) satu langkah penting ke hadapan untuk kematangan demokrasi Malaysia

Komitmen pembaharuan institusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tata Kelola Nasional (JKKTN) satu langkah penting ke hadapan untuk kematangan demokrasi Malaysia

September 21, 2023
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Demokrasi
  • Independent Institutions
  • Malaysia
  • Procurement
  • public procurement

Kuala Lumpur, 20 September 2023: Reformasi institusi yang diumumkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tata Kelola Nasional (JKKTN) pada 14 September 2023 memberikan peluang besar kepada Malaysia untuk menambah baik tadbir urus dalam pelbagai aspek.

“Komitmen merangka Akta Perolehan Kerajaan (GPA) yang mengutamakan ketelusan melalui mekanisme aduan dan semakan adalah satu langkah positif. Walau bagaimanapun, hal ini adalah keperluan minimum penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Komprehensif dan Progresif Trans-Pasifik (CPTPP). Di samping mewujudkan prosedur semakan yang diperlukan, kerajaan mesti menyelaraskan undang-undang dengan penanda aras antarabangsa seperti seperti UNCITRAL Model Law on Public Procurement dan mengguna pakai piawaian dedahan antarabangsa dan Piawaian Data Kontrak Terbuka, untuk membendung rasuah,” kata Alissa Rode, Pengurus Unit Kewangan Awam, IDEAS.

Terdapat beberapa kelemahan dalam sistem perolehan semasa Malaysia. “Pertama, mekanisme semasa hanya mendedahkan pembida yang menang dan kosnya, sesuatu yang tidak mencukupi untuk kebertanggungjawaban yang berkesan. Perlu juga ada pendedahan sepanjang kontrak berjalan, seperti apabila perubahan harga atau pengubahsuaian berlaku. Pendedahan ini akan memberikan maklumat untuk semak dan imbang yang lebih baik,” kata Alissa Rode.

Kedua, kuasa budi bicara untuk membenarkan rundingan terus harus dimansuhkan. Sekiranya rundingan terus atau kompetitif diperlukan, sebab-sebabnya hendaklah didedahkan dan diberikan justifikasi secara terbuka sebelum penganugerahan kontrak. “Bagi kontrak pertahanan yang sensitif, kerajaan masih perlu memastikan pengawasan yang mencukupi walaupun memerlukan kerahsiaan, yang boleh dicapai melalui pelaporan mandatori kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen”.

Selain itu, IDEAS mengalu-alukan komitmen kerajaan untuk mengkaji semula rangka kerja perundangan sedia ada anak-anak syarikat kepada badan berkanun bagi memastikan ia lebih sejajar dengan prinsip tadbir urus yang baik. Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan harus mempertimbangkan amalan terbaik yang diambil daripada Garis Panduan OECD mengenai Tadbir Urus Korporat Perusahaan Milik Negara.

“Terdapat dua aspek yang perlu dipatuhi: mematuhi piawaian ketelusan yang tinggi dan menjalankan proses pelantikan yang telus dan profesional. Badan berkanun harus tertakluk kepada piawaian dedahan awam, pematuhan dan pengawasan yang lebih tinggi,” kata Alissa.

Tambahan pula, terdapat keperluan untuk proses pelantikan pengarah yang lebih telus dan berasaskan merit, kerana tiada keperluan kualitatif yang ketat pada masa ini. Data Pantau Kuasa kami menunjukkan terdapat 238 pelantikan politik merentasi 72 badan berkanun persekutuan di bawah pentadbiran terdahulu, tidak termasuk pelantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Pembaharuan ini diperlukan untuk mengurangkan potensi penyalahgunaan dan konflik kepentingan, serta risiko pembaziran dan operasi yang tidak cekap dalam syarikat, yang kesemuanya berkhidmat untuk kepentingan awam. Sila rujuk kertas dasar IDEAS dan Bersih, “Reforming The Appointment Process of Directors in GLICs, GLCs and Commercially Related Statutory Bodies” untuk meneliti cadangan-cadangan lain.

Tiada satu pun daripada pembaharuan yang dicadangkan ini akan berkesan melainkan hak untuk mendapatkan maklumat dijamin. Itulah sebabnya komitmen JKKTN untuk menggubal Akta Kebebasan Maklumat (FOI) adalah penting. “Hanya dengan adanya FOI ini, rakyat boleh meneliti tindakan kerajaan, termasuk bagaimana wang kita dibelanjakan. Akhir sekali, komitmen untuk meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) adalah penting, bukan sahaja untuk membolehkan akses yang lebih baik kepada maklumat, tetapi untuk kesihatan demokrasi kita secara amnya. Dengan terlaksananya FOI malah OSA yang kurang membataskan, saya berharap tadbir urus yang terbuka dan telus akan menjadi satu norma dan bukannya pengecualian di Malaysia,” kata Alissa mengakhiri ulasan.

IDEAS juga menyeru satu tempoh perundingan awam mengenai perumusan sebenar rang undang-undang pembaharuan ini sebelum ia dibentangkan. Bertunjangkan semangat mengutamakan ketelusan, adalah perlu untuk memastikan kerajaan memperoleh pandangan dan penglibatan pihak berkepentingan yang mencukupi.

— TAMAT —

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Aira Azhari
Pengurus Kanan
Unit Demokrasi dan Tadbir Urus
T: +603 2070 8881/8882 | E: aira@ideas.org.my

Share

Related posts

August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Cadangan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan Tidak Memadai untuk Melindungi Peruntukan Awam


Read more
August 27, 2025

KDPP Welcomes a Stronger Parliament Committee System in Parliament, Urges States to Emulate these Reforms at the Dewan Undangan Negeri (DUNs)


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)