• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS kemas kini laman sesawang Pantau Kuasa yang menjejaki pelantikan politik dalam Badan Berkanun Persekutuan untuk mencerminkan kerajaan Ismail Sabri, gesa sikap waspada terhadap pelantikan pasca PRU15

IDEAS kemas kini laman sesawang Pantau Kuasa yang menjejaki pelantikan politik dalam Badan Berkanun Persekutuan untuk mencerminkan kerajaan Ismail Sabri, gesa sikap waspada terhadap pelantikan pasca PRU15

October 18, 2022
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • GLC
  • Malaysia
  • Pantau Kuasa

Kuala Lumpur, 18 Oktober 2022: Kemas kini terbaharu oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dalam laman sesawang Pantau Kuasa mencerminkan pelantikan politik terkini dalam Badan Berkanun Persekutuan (FSB) ketika pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri. Susulan pembubaran Parlimen seperti yang diumumkan pada 10 Oktober 2022 dan pilihan raya umum yang bakal menjelang, IDEAS menggesa kerajaan baharu untuk berwaspada dengan sebarang pelantikan pasca PRU15.

Data yang diteliti antara bulan Ogos 2021 hingga September 2022 menunjukkan terdapat peningkatan jumlah pelantikan politik yang menggusarkan dalam FSB di bawah Perdana Menteri ke-9. Secara keseluruhannya, terdapat 234 lantikan dibuat yang menyaksikan 115 daripada pelantikan tersebut dikekalkan daripada pentadbiran sebelum ini manakala sebanyak 119 pelantikan baharu telah dikenal pasti. UMNO mendahului jumlah ahli politik yang dikekalkan iaitu sebanyak 52 lantikan manakala BERSATU mempunyai 28 lantikan dan PAS dengan 11 lantikan. Tambahan pula, lebih separuh daripada lantikan baharu adalah UMNO (61), diikuti BERSATU (19), PBM yang baru ditubuhkan (15), PAS (7) dan MCA (5).

Daripada 133 FSB, dianggarkan 72 badan berkanun ini (54%) menerima kesan langsung daripada pelantikan ini dan melibatkan 22 daripada 27 buah kementerian (81%) di bawah pemerintahan Ismail Sabri. Kementerian yang mempunyai pelantikan politik terbanyak ialah Kementerian Pengajian Tinggi (10 FSB), Kementerian Pengangkutan (8 FSB), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (8 FSB), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (8 FSB). serta Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (7 FSB). Institut Koperasi Malaysia (IKMa) mempunyai jumlah pelantikan tertinggi dalam lembaga pengarahnya iaitu sebanyak 10 orang ahli politik. Kajian juga mendapati bahawa 56 buah FSB sangat terdedah kepada pengaruh politik kerana mempunyai pengerusi yang mempunyai hubungan dengan parti politik, atau sama ada seorang atau mantan Ahli Parlimen, ADUN dan senator. 

“Dapatan Pantau Kuasa ini mendapati terdapat peningkatan ketara dalam pelantikan politik daripada pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga pentadbiran Dato’ Sri Ismail Sabri. Hal ini merupakan beberapa penunjuk ukur kemungkinan kompromi politik yang dilakukan untuk memenuhi kepentingan pelbagai parti dalam satu gabungan serta mengekalkan kestabilan politik pada peringkat kerajaan persekutuan. Mempunyai terlalu banyak figura politik di dalam FSB ketika negara sedang dalam transisi dan pemulihan daripada tempoh COVID-19 yang dahsyat menimbulkan persoalan mengenai aspek penilaian wajar dalam proses lantikan ini,” ulas Dr Tricia Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS.

Isu pelantikan politik telah timbul semula disebabkan kebimbangan awam mengenai pembubaran Parlimen dan ketiadaan kerajaan rasmi. Oleh itu, IDEAS sangat menekankan bahawa situasi semasa Malaysia adalah satu peluang kepada kerajaan sementara untuk merenung secara mendalam prinsip-prinsip demokrasi untuk tadbir urus, keadilan, integriti, kebertanggungjawaban dan ketelusan yang lebih baik. Walaupun mempunyai halangan tiada garis panduan jelas mengenai peranan kerajaan sementara, Perdana Menteri sementara dan penjawat awam sekurang-kurangnya harus mematuhi prinsip tidak berpihak sebagai satu cara mengembalikan kepercayaan terhadap institusi awam negara. 

“Berdasarkan pendedahan oleh hasil kajian ini, adalah mustahak untuk semua parti politik berikrar untuk mengurangkan pelantikan politik sebagai sebahagian daripada manifesto mereka. Lanskap politik pasca PRU15 harus menyaksikan pengurangan pelantikan politik yang tidak mempunyai keperluan, terutamanya jika kita ingin melihat pentadbiran perniagaan yang lebih baik,” kata Dr Yeoh.

Hal ini adalah demi kepentingan semua rakyat Malaysia untuk melihat komitmen lebih baik daripada pihak kerajaan agar dapat melawan tekanan parti politik dari segi memberi ganjaran kesetiaan dengan pelantikan politik. IDEAS menantikan untuk meneruskan usaha Pantau Kuasa sedia ada, memberikan analisis lanjut mengenai pemantauan badan eksekutif, serta mengembangkan lagi skop supaya turut merangkumi pelantikan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang ini di https://www.pantaukuasa.com/.

Lampiran: Carta Data

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Halmie Azrie Abdul Halim, Eksekutif, Demokrasi dan Tadbir Urus
T: +603 2070 8881/8882 | E: halmie@ideas.org.my

Louis Denis, Pengurus Perhubungan Luar, IDEAS Malaysia
T: +603 2070 8881/8882 | E: louis@ideas.org.my

Share

Related posts

October 12, 2025

IDEAS: Budget 2026 Balances Pressures Prudently but Lacks Serious Fiscal Reform


Read more
October 12, 2025

IDEAS: Belanjawan 2026 Berhemah dalam Imbangi Tekanan Namun Kurang Reformasi Fiskal


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)