• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS bertegas kerajaan harus guna Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) nasional baharu untuk agihan bantuan

IDEAS bertegas kerajaan harus guna Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) nasional baharu untuk agihan bantuan

October 8, 2021
Categories
  • Media Statement
Tags
  • COVID-19
  • Malaysia
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)

Kuala Lumpur, 7 Oktober 2021 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menzahirkan kegusaran mengenai kenyataan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff di Parlimen pada 6 Oktober 2021 bahawa bantuan kebajikan yang diagihkan ketika wabak COVID-19 dengan sengaja mengguna pakai metrik lapuk untuk mengukur kemiskinan, iaitu Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) kerana akan mengurangkan beban kewangan pihak kerajaan. IDEAS menegaskan bahawa menggunakan PGK yang telah lapuk untuk mengagihkan bantuan amat bermasalah.

IDEAS menekankan bahawa PGK amat penting kerana ia mengelaskan isi rumah dan jumlah isi rumah yang berada di bawah garis kemiskinan, lantas memerlukan bantuan kerajaan. IDEAS mengambil maklum PGK ini telah dikemas kini dari RM980 kepada RM2,208 pada bulan Julai 2020, dan menggunakan PGK yang telah lapuk adalah amat bermasalah atas beberapa alasan.

Salah satunya adalah IDEAS percaya bahawa jumlah bantuan kebajikan yang diagihkan adalah berdasarkan PGK lapuk yang tidak membayangkan dengan tepat situasi sebenar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia yang sedang mengalami kesusahan dan kemiskinan. Hal ini bermaksud kekurangan jumlah rakyat Malaysia yang sedang bergelut mendapat bantuan mencukupi yang mereka perlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh, mengulas, “Kesukaran fiskal semasa yang dihadapi kerajaan bukan satu alasan untuk mengguna pakai PGK yang telah lapuk. Sumber kerajaan, terutamanya sewaktu krisis seperti wabak yang melanda dunia ketika ini, perlu mengutamakan keperluan dan kesejahteraan rakyat. Malah, kerajaan perlu mengutamakan serta menyasarkan komuniti termiskin yang paling terjejas. Namun, kami mengalu-alukan inisiatif kerajaan seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 untuk menilai semula PGK pada tahun 2022 berdasarkan keadaan pasca wabak. Kami tekankan keperluan untuk melakukan penilaian semula PGK secara berkala untuk mencerminkan harga semasa.” 

IDEAS telah menekankan bahawa keputusan penting sebegini perlu dilakukan dengan penuh ketelusan dan pertanggungjawaban, serta kerajaan tidak seharusnya secara bersendirian mengambil keputusan untuk mengguna pakai metrik lapuk tanpa melakukan perundingan dengan pakar kemiskinan dan ahli akademik. Tambahan pula, tanpa ketelusan terhadap cara keputusan tersebut diambil, tiada pihak luar yang mampu mempertanggungjawabkan kerajaan atas keputusan tersebut disebabkan ia telah pun dilaksanakan. 

Yeoh menegaskan, “Pendedahan oleh pihak kerajaan ini akan hanya menambahkan lagi hakisan kepercayaan rakyat terhadap kemampuan kerajaan untuk memimpin Malaysia keluar daripada bencana wabak ini, serta menjejaskan pertanggungjawaban demokrasi pada ketika kita sangat memerlukannya. Kerajaan berkewajiban untuk mengguna pakai PGK baharu supaya dapat memastikan dasar kebajikan kerajaan mempunyai impak maksimum.”

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Zokhri Idris, Ph.D, Pengarah Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: zokhri@ideas.org.my

Share

Related posts

August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Cadangan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan Tidak Memadai untuk Melindungi Peruntukan Awam


Read more
August 27, 2025

KDPP Welcomes a Stronger Parliament Committee System in Parliament, Urges States to Emulate these Reforms at the Dewan Undangan Negeri (DUNs)


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)