• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS mengalu-alukan pakej bantuan PEMERKASA+, menyeru kepada proses pendanaan dan perolehan yang lebih telus

IDEAS mengalu-alukan pakej bantuan PEMERKASA+, menyeru kepada proses pendanaan dan perolehan yang lebih telus

June 4, 2021
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • COVID-19
  • Procurement

Kuala Lumpur, 4 Jun 2021 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengalu-alukan pakej bantuan PEMERKASA+ tetapi turut menyeru kepada proses pendanaan  serta perolehannya yang lebih telus.

IDEAS memuji tindak balas pantas kerajaan terhadap masalah kewangan yang menimpa rakyat menerusi pakej PEMERKASA+, namun menyeru kepada pendanaan pakej menerusi suntikan fiskal langsung sebanyak RM5 bilion serta proses perolehan yang lebih telus.

Sungguhpun IDEAS amat memahami keperluan pelaksanaannya disebabkan lonjakan jumlah kes COVID-19 dan beban yang ditanggung oleh sistem penjagaan kesihatan Malaysia, kami juga menekankan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKPP) haruslah disertakan bersama satu strategi ekonomi yang menyeluruh dan berjangka panjang agar dapat mengehadkan kesan buruk perintah sekatan pergerakan baharu terhadap golongan B40 dan juga mengekalkan kesihatan fiskal jangka panjang negara.

Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh menyatakan, “Berdasarkan kepada keparahan situasi COVID-19 di Malaysia kini, IDEAS mengalu-alukan tindak balas pantas kerajaan dalam mengurangkan kesan kejatuhan ekonomi akibat perintah sekatan pergerakan yang baru dilaksanakan. Ketika pelaksanaan PKP 1.0 pada awal tahun 2020, nilai kerugian harian telah mencapai  RM2.4 bilion. Kami juga menyambut baik pakej bantuan PEMERKASA+ telah memberikan kemas kini tentang pelaksanaan pakej rangsangan, termasuklah penggunaan Tabung COVID-19 berjumlah RM65 bilion.” 

Namun, IDEAS menyeru agar pendanaan suntikan fiskal langsung pakej bantuan tersebut yang berjumlah RM5 bilion akan lebih telus, termasuk persoalan sama ada ia akan menjadi sebahagian daripada Tabung COVID-19. Walaupun kerajaan telah memberi petunjuk bahawa lanjutan Bantuan Prihatin Rakyat (akan diberikan pada bulan Jun) akan didanai menerusi Tabung COVID-19, sumber kewangan untuk perkara lain dalam pakej tersebut masih belum jelas.

Tambah Yeoh, “Kami menyeru agar lebih banyak pendedahan diberikan dalam perkara ini, kerana jika tambahan RM5 bilion suntikan fiskal itu bukan daripada Tabung COVID-19 maka menjadi kewajipan kepada kerajaan untuk menerangkan implikasi suntikan ini terhadap had hutang Malaysia. Setakat bulan Mac 2021, had hutang negara sudah mencapai 58.5% daripada KDNK.” 

“Perhatian juga harus diberikan bahawa inisiatif di bawah pakej PEMERKASA+ tidak semestinya satu perkara baharu ataupun inovatif, tetapi hanyalah kesinambungan daripada inisiatif terdahulu kerajaan. Timbul pertanyaan tentang kemungkinan capaian serta jenis bantuan fiskal yang disediakan akan diperluaskan jika pakej ini berada di bawah penelitian Parlimen. Sebagaimana seruan yang seringkali IDEAS utarakan sejak awal tahun, Parlimen harus kembali bersidang, walaupun secara maya.”

Akhir sekali, IDEAS menyeru ketelusan dalam proses perolehan untuk semua pakej rangsangan, termasuklah PEMERKASA+. IDEAS mengingatkan bahawa hal ini amat berkaitan dengan sejumlah RM70 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), termasuk sistem janji temu dalam talian untuk pemvaksinan AstraZeneca serta kesukaran teknikal yang dihadapi oleh sistem ketika  pendaftaran sukarela kedua pada 26 Mei 2021. Ketika masyarakat awam mula mempersoalkan penggunaan wang cukai mereka dalam menangani wabak, amat penting untuk pihak kerajaan memastikan ketelusan dalam proses perolehan supaya dapat membantu membina semula kepercayaan masyarakat.

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di sini
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Amir Ridzuan Jamaludin, Pengurus, Sekretariat Program
T: +603 2070 8881/8882 | E: amir@ideas.org.my

Share

Related posts

November 14, 2025

IDEAS: ASEAN Must Continue to Streamline Standards and Reduce Regulatory Complexity to Increase Small Business Participation In Regional Markets


Read more
November 14, 2025

IDEAS: ASEAN Perlu Perkemas Piawaian dan Kurangkan Kerumitan Pengawalseliaan untuk Tingkatkan Penyertaan Perniagaan Kecil dalam Pasaran Serantau


Read more
October 31, 2025

IDEAS: US Pact Undercuts Malaysia’s Regional Partnerships and Neutrality while Delivering Little Reassurance for Businesses


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)