Kuala Lumpur, 5 Disember 2020 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) senada dengan Fitch dalam kerisauan terhadap ketidaktentuan tadbir urus dan politik di Malaysia, susulan penurunan penarafan Malaysia kepada ‘BBB+’ dari ‘A-’ pada 4 Disember 2020. Kami percaya kerajaan Malaysia harus mengambil serius perkara ini dan dengan segera melaksanakan pembaharuan struktural yang boleh menambah baik piawaian tadbir urus, termasuk melalui lebih ketelusan, kawalan terhadap rasuah, dan piawaian data terbuka. Penurunan penarafan ini bererti ia akan menjadi lebih mahal kepada Malaysia untuk membuat pinjaman wang, seterusnya akan memberi satu kesan fiskal, dan kerajaan perlu menyampaikan perancangan untuk merasionalisasi perbelanjaan awam serta pembaharuan sistem percukaian dalam ekonomi pasca wabak.
Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh mengulas, “Saya amat menghargai tindak balas yang diambil kerajaan terhadap wabak COVID-19 dengan satu belanjawan pengembangan dan oleh itu, satu pengukuhan fiskal kewangan awam mungkin tidak dapat segera ditangani. Betul, menyediakan bantuan kepada golongan terjejas merupakan keutamaan terpenting pada masa ini, tetapi sekarang terdapat keperluan mendesak untuk melihat melangkaui langkah-langkah sementara ini dan memberikan penekanan kepada mencari sumber pertumbuhan baharu.
Namun, Perdana Menteri dan pentadbirannya harus sedar bahawa hal ini merupakan satu peristiwa yang memberikan pengajaran: tadbir urus merupakan sesuatu yang penting. Beliau kini perlu mengambil langkah untuk menangani piawaian tadbir urus kita yang semakin merosot. Justeru saya amat mengalu-alukan kenyataan Menteri Kewangan bahawa Malaysia kekal komited terhadap tadbir urus yang baik.”
Berikut merupakan beberapa tindakan segera yang boleh dan perlu diambil oleh kerajaan dalam menangani tadbir urus yang baik:
- Menggubal satu Akta Perolehan Kerajaan yang teguh untuk mencipta satu sistem perolehan berasaskan peraturan.
- Mengguna pakai piawaian antarabangsa untuk infrastruktur mega perkongsian awam-persendirian (PPP) serta menyediakan data perolehan terbuka kepada awam.
- Memperkenal pengawasan, pengawalan, pemantauan, dan penilaian terhadap syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
- Meratifikasi Perjanjian Perkongsian Komprehensif dan Progresif Trans-Pasifik (CPTPP).
- Menggubal Akta Pembiayaan Politik untuk mengawal selia pengumpulan serta perbelanjaan dana politik dalam parti dan ketika kempen, yang menjadi teras kepada rasuah di Malaysia.
- Mengguna pakai Piagam Data Terbuka Antarabangsa yang akan menambah baik cara kerajaan menyediakan data terbuka kepada awam seperti yang telah ditentukan.
Sekuriti kerajaan Malaysia kini sedang menerima manfaat dari lonjakan aliran masuk bersih dan permintaan asing yang kukuh. Kita perlu melakukan pembaharuan yang lebih berani terhadap tadbir urus serta struktur ekonomi sementara masih mempunyai ruang dasar untuk melakukan sedemikian. Pembaharuan tadbir urus dan struktural akan menghadirkan peluang pertumbuhan baharu kepada ekonomi Malaysia, terutamanya susulan penandatanganan RCEP dan kemungkinan ratifikasi CPTPP.
“Malaysia tidak lagi mampu sekadar menjadi penumpang, mengharapkan keajaiban pemulihan ekonomi akan berlaku selepas wabak ini berakhir, sedangkan ketikanya masih tidak dapat diramalkan. Langkah yang tegas harus diambil sekarang atau kita akan mengambil risiko tewas kepada jiran serantau, yang kebanyakannya sejak lebih sedekad yang lalu telah melaksanakan langkah-langkah pembaharuan untuk menambah baik tadbir urus mereka.
Tadbir urus institusi persekitaran kewangan sesebuah negara oleh itu merupakan sesuatu yang mustahak kepada komuniti pelabur antarabangsa. Saya menggesa kerajaan untuk mengambil peluang ini untuk menunjukkan kepimpinan yang kuat dengan menjadikan pembaharuan dasar satu keutamaan dan juga satu realiti ketika kita memposisikan diri untuk kebangkitan semula pada tahun 2021.
Saya menantikan untuk melihat apa yang kerajaan akan lakukan demi mengelakkan penurunan taraf yang negatif dalam masa terdekat”, kata Yeoh.
— TAMAT —
Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi tricia@ideas.org.my
Global order stands on the brink