Policy Paper No 90 – The Bumiputera Vendor Development Programme (VDP) in Practice: Selection, Development and Graduation

Policy Paper No 90 – The Bumiputera Vendor Development Programme (VDP) in Practice: Selection, Development and Graduation

Bumiputera enterprise development programmes operate in specific ways that deserve individual critical assessment. The Vendor Development Programme (VDP), also known as Bumiputera Vendor Development Programme (BVDP), is a supply chain development initiative that connects small and medium enterprises (SMEs) with anchor companies — primarily Government-Linked Companies (GLCs) — in Malaysia. The programme is designed to integrate SMEs into high-value industrial ecosystems through structured procurement relationships, with the objective of nurturing resilient and globally competitive Bumiputera firms.

Despite its scale and longevity, there has been limited systematic evaluation of how VDP has been governed, implemented, and whether it has delivered outcomes for participating vendors. The paper evaluates the governance and implementation covering the programme’s key stages: vendor selection, development and performance, and graduation. Further, it assesses whether the programme advances Bumiputera economic participation while also building firms to become competitive in wider supply chains without continuing assistance. 

The analysis draws on multiple sources, including national development plans and policy documents, VDP guidelines, Government-Linked Companies Transformation (GLCT) Programme report cards, annual reports of selected GLCs over the past five years, historical records tracing the programme’s evolution since the 1980s, and qualitative insights from focus group discussions.

The findings indicate that significant governance and oversight gaps persist that impede the maximisation of vendor outcomes. 

  1. Vendor selection criteria, performance indicators, and graduation requirements have not been consistently applied or disclosed. 
  2. Independent assessment of programme effectiveness is constrained by uneven and limited performance disclosures, with little systematic data on vendor performance, graduation rates, post-graduation trajectories, or participants’ Bumiputera status. 
  3. Unclear and misaligned objectives, inadequate monitoring and suboptimal outcomes undermine a programme of this scale and maturity. 

For VDP to function as an effective and credible policy instrument, four broad recommendations are proposed.

  1. Vendor tracking from entry through to graduation and post-programme outcomes requires significant uplift. Success and impact measurement also requires deeper and more consistent data across participating firms, particularly at the cohort level. 
  2. Clearer graduation pathways, timelines, and post-graduation benchmarks would focus efforts on developing vendor competitiveness. A structured exit and transition framework would also balance continued relationships with high-performing vendors while creating opportunities for new programme entrants to be developed. 
  3. Greater harmonisation across ministries and implementing agencies is necessary. The coexistence of parallel programmes with similar modalities risks duplication, inconsistent reporting, and blurred accountability. 
  4. Transparency and data availability should be enhanced across all stages of the programme lifecycle to support evaluation and accountability. Upgrading the existing centralised vendor database and making it accessible to relevant oversight bodies. With appropriate data anonymisation, the database can be made publicly available to encourage independent monitoring and assessment of programme performance. 

Kertas Dasar IDEAS No 90 – Pelaksanaan Program Pembangunan Vendor (VDP) Bumiputera: Pemilihan, Pembangunan dan Graduasi

Program pembangunan perusahaan Bumiputera beroperasi melalui pendekatan tertentu yang wajar dinilai secara kritikal dan berasingan. Program Pembangunan Vendor (Vendor Development Programme, VDP), yang juga dikenali sebagai Program Pembangunan Vendor Bumiputera (Bumiputera Vendor Development Programme, BVDP), merupakan satu inisiatif pembangunan rantaian bekalan yang menghubungkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan syarikat peneraju — terutamanya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) — di Malaysia. Program ini direka untuk mengintegrasikan PKS ke dalam ekosistem industri bernilai tinggi melalui hubungan perolehan yang berstruktur, dengan matlamat membangunkan syarikat Bumiputera yang berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Walaupun program ini telah dilaksanakan dalam skala besar dan untuk tempoh yang panjang, penilaian sistematik mengenai bagaimana VDP ditadbir, dilaksanakan, serta sejauh mana ia telah menghasilkan hasil yang bermakna kepada vendor yang terlibat masih terhad. Kertas dasar ini menilai tadbir urus dan pelaksanaan program merangkumi peringkat utama program iaitu pemilihan vendor, pembangunan dan prestasi vendor, serta proses graduasi. Selain itu, kajian ini turut menilai sama ada program ini benar-benar memperluas penyertaan ekonomi Bumiputera sambil membangunkan syarikat yang berdaya saing dalam rantaian bekalan yang lebih luas tanpa memerlukan bantuan berterusan.

Analisis ini berasaskan pelbagai sumber, termasuk rancangan pembangunan negara dan dokumen dasar, garis panduan VDP, laporan kad prestasi Program Transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCT), laporan tahunan beberapa GLC terpilih sepanjang lima tahun yang lalu, rekod sejarah yang menjejaki perubahan program sejak tahun 1980-an, serta dapatan kualitatif daripada perbincangan kumpulan berfokus.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa jurang ketara dalam aspek tadbir urus dan pemantauan masih wujud dan menghalang pemaksimuman hasil kepada vendor. 

  1. Kriteria pemilihan vendor, penunjuk prestasi, serta keperluan graduasi tidak dilaksanakan atau didedahkan secara konsisten.
  2. Penilaian bebas terhadap keberkesanan program juga terhad akibat pendedahan prestasi yang tidak sekata dan terhad, dengan kekurangan data sistematik mengenai prestasi vendor, kadar graduasi, laluan vendor selepas tamat program, serta status Bumiputera peserta.
  3. Objektif yang tidak jelas dan kurang selaras, pemantauan yang tidak mencukupi, serta hasil yang kurang optimum menjejaskan keberkesanan sebuah program yang berskala besar dan telah lama dilaksanakan ini.

Bagi memastikan VDP berfungsi sebagai instrumen dasar yang berkesan dan berwibawa, empat cadangan utama telah dikemukakan.

  1. Penjejakan vendor dari peringkat kemasukan hingga graduasi serta hasil selepas tamat program perlu dipertingkatkan dengan ketara. Pengukuran kejayaan dan impak program juga memerlukan data yang lebih mendalam dan konsisten untuk semua syarikat yang terlibat, khususnya pada peringkat kohort.
  2. Laluan graduasi yang lebih jelas, termasuk garis masa dan penanda aras selepas graduasi, akan membantu memfokuskan usaha kepada pembangunan daya saing vendor. Rangka kerja graduasi dan peralihan yang berstruktur juga dapat menyeimbangkan hubungan berterusan dengan vendor berprestasi tinggi sambil membuka peluang kepada penyertaan vendor baharu
  3. Penyelarasan yang lebih kukuh antara kementerian dan agensi pelaksana adalah diperlukan. Kewujudan program selari dengan pendekatan yang hampir serupa berisiko mewujudkan pertindihan, pelaporan yang tidak konsisten, serta kekaburan kebertanggungjawaban.
  4. Ketelusan dan ketersediaan data perlu dipertingkatkan pada setiap peringkat kitaran hayat program bagi menyokong penilaian dan kebertanggungjawaban. Pangkalan data vendor berpusat sedia ada wajar dipertingkatkan serta dibuka kepada badan pemantauan yang berkaitan. Dengan langkah penyahnamaan data yang sesuai, pangkalan data tersebut juga boleh didedahkan kepada umum bagi menggalakkan pemantauan dan penilaian bebas terhadap prestasi program.

Share this post

Related Publications

Search