
Brief IDEAS No. 41 –
Semiconductors: Navigating Supply Chain Resilience and Trade
Authors: Imran Said Shamsunahar, Alissa Marianne Rode and Sharanyah Nair
IDEAS’ paper, “Semiconductors: Navigating Supply Chain Resilience and Trade,” delves into the crucial relationship between multilateral trade integration and supply chain resilience, with the semiconductor industry in the limelight. The paper explores key challenges to supply chain resilience, with a particular focus on Taiwan’s and Malaysia’s respective positions in critical components and as key supporting players in the semiconductor supply chain. Additionally, it provides recent arguments on how multidimensional free trade agreements might enhance supply chain resilience.
As the semiconductor industry is one that is vastly interconnected with multiple countries producing key components of the supply chain, the recent push for more indigenous chip production capabilities to enhance supply chain resilience creates significant hurdles. While policymakers advocate for protectionist measures, industry experts caution against the feasibility of such plans as the challenges include high upfront investments, rising costs for consumers, lack of skilled labour, and security concerns arising from the geopolitical trade issues.
Striving towards resilience means that the robust relationship between Malaysia and Taiwan is one that must not be ignored. As Malaysia targets higher value-added activities and Taiwan continues to lead in semiconductor production, the paper suggests that trade openness, diversification, and collaboration can mitigate the impact of disruptions and enhance supply chain resilience.
Kertas kerja IDEAS, “Semikonduktor: Mengemudi Daya Tahan Rantaian Bekalan dan Perdagangan”, mengupas hubungan penting antara integrasi perdagangan multilateral dan daya tahan rantaian bekalan, dengan tumpuan utama kepada industri semikonduktor. Kertas kerja ini meneroka cabaran utama terhadap daya tahan rantaian bekalan, dengan fokus khusus pada kedudukan Taiwan dan Malaysia dalam komponen kritikal serta peranan mereka sebagai pemain sokongan utama dalam rantaian bekalan semikonduktor. Di samping itu, ia memberikan hujah terkini tentang bagaimana perjanjian perdagangan bebas multidimensi dapat meningkatkan daya tahan rantaian bekalan.
Industri semikonduktor yang sangat saling berkaitan dengan banyak negara yang menghasilkan komponen utama rantaian bekalan, kini menghadapi desakan untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran cip domestik bagi meningkatkan daya tahan rantaian bekalan, yang menimbulkan halangan yang ketara. Walaupun penggubal dasar menganjurkan Langkah perlindungan, pakar industri memberi amaran tentang keberkesanan perancangan tersebut kerana cabaran yang dihadapi termasuk pelaburan awal yang tinggi, peningkatan kos untuk pengguna, kekurangan tenaga kerja mahir, dan kebimbangan keselamatan yang timbul daripada isu perdagangan geopolitik.
Berusaha ke arah daya tahan bermakna hubungan kukuh antara Malaysia dan Taiwan tidak boleh diabaikan. Tatkala Malaysia menyasarkan aktiviti bernilai tambah yang lebih tinggi dan Taiwan terus memimpin dalam pengeluaran semikonduktor, kertas kerja ini mencadangkan bahawa keterbukaan perdagangan, kepelbagaian, dan kerjasama dapat mengurangkan impak gangguan dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan.