Perincian penuh PERKUKUH diperlukan untuk pembaharuan GLICPerincian penuh PERKUKUH diperlukan untuk pembaharuan GLICPerincian penuh PERKUKUH diperlukan untuk pembaharuan GLICPerincian penuh PERKUKUH diperlukan untuk pembaharuan GLIC
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Democracy and Governance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • Perincian penuh PERKUKUH diperlukan untuk pembaharuan GLIC

Perincian penuh PERKUKUH diperlukan untuk pembaharuan GLIC

August 25, 2021
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • GLC
  • GLIC
  • perolehan

Kuala Lumpur, 25 Ogos 2021 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengalu-alukan pengumuman kerajaan tentang program Perkukuh Pelaburan Rakyat (PERKUKUH) pada 12 Ogos, dalam masa yang sama menyeru untuk pendedahan maklumat yang lebih mendalam berkaitan program tersebut. PERKUKUH direka untuk memperbaharui mandat dan peranan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) Malaysia supaya sejajar dengan agenda nasional serta menyokong pelan pemulihan ekonomi negara.

Kajian oleh IDEAS berkenaan pegangan saham GLIC dalam 100 syarikat disenarai awam teratas di Malaysia menyerlahkan peranan GLIC yang terlalu besar dalam ekonomi negara. Laporan bertajuk “GLIC Footprint in the Private Economy: Sectoral Concentration and Policy Dilemma” mendapati bahawa GLIC memegang saham ekuiti yang tinggi dalam sektor berintensifkan modal seperti telekomunikasi dan media, pengangkutan dan logistik serta utiliti.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh, “Penumpuan pegangan saham GLIC yang tinggi dalam pelbagai syarikat yang sama, seperti 78.6% pegangan saham terkumpul oleh Khazanah, KWSP, KWAP, LTH dan PNB dalam syarikat telekomunikasi Axiata, atau pegangan saham hampir majoriti dalam Malaysia Airports, menimbulkan kebimbangan sama ada keterlibatan GLIC yang terlalu besar dalam industri tersebut akhirnya akan menghadirkan risiko  kepada pendeposit mereka kerana wang simpanan mereka terdedah kepada pelaburan dalam syarikat berprofil sama.”

IDEAS oleh itu mengalu-alukan langkah yang diperkenalkan di bawah PERKUKUH demi membezakan sovereign wealth funds (SWF) dan pelabur institusi. Hal ini akan membenarkan pelabur institusi memaksimumkan pulangan pelaburan, termasuk mempelbagaikan pelaburan luar negara. Manakala SWF pula akan dapat melabur dalam pelbagai sektor strategik di samping bertindak sebagai penstabil di dalam pasaran kewangan tempatan. Kajian semula ke atas saham kencana juga dialu-alukan demi meningkatkan ketelusan dalam tadbir urus GLIC.

Tricia Yeoh berkata, “GLIC telah lama menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia, namun prestasi dan sumbangan syarikat-syarikat ini tidak diukur, diawasi dan ditambah baik dengan secukupnya. PERKUKUH adalah satu inisiatif kerajaan yang perlu disambut baik kerana  dapat memperkemas serta memperkukuhkan GLIC dan ekosistem GLIC di Malaysia secara strategik. Walaupun begitu, kami menekankan bahawa kesungguhan politik diperlukan untuk membebaskan semua entiti berkaitan kerajaan daripada pengaruh politik yang tidak wajar. Jika tidak, semua langkah pembaharuan akan menjadi sia-sia.”

IDEAS juga menyeru agar pengumuman program ini akan disusuli dengan satu dokumen dasar yang akan memperincikan kaedah mencapai hasil-hasil penting dan pelaksanaan 20 inisiatif utama menjelang tahun 2024.

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Zokhri Idris, Ph.D, Pengarah, Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: zokhri@ideas.org.my

Share

Related posts

November 23, 2021

IDEAS launches ‘50 Years of New Economic Policy’ to assess impact and shortcomings of policy


Read more
November 16, 2021

IDEAS: Ikrar untuk promosi kestabilan dan ketelusan dalam PRN Melaka satu perkara positif, tetapi perlu diinstitusikan


Read more
November 16, 2021

IDEAS: Pledges to promote stability and transparency in Malacca state election positive, but institutional changes required


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2021 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)