Laporan IDEAS Mencerminkan Kesan Pelaksanaan Dasar Perolehan Awam Malaysia Terhadap Pembangunan Kontraktor BumiputeraLaporan IDEAS Mencerminkan Kesan Pelaksanaan Dasar Perolehan Awam Malaysia Terhadap Pembangunan Kontraktor BumiputeraLaporan IDEAS Mencerminkan Kesan Pelaksanaan Dasar Perolehan Awam Malaysia Terhadap Pembangunan Kontraktor BumiputeraLaporan IDEAS Mencerminkan Kesan Pelaksanaan Dasar Perolehan Awam Malaysia Terhadap Pembangunan Kontraktor Bumiputera
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Democracy and Governance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • Laporan IDEAS Mencerminkan Kesan Pelaksanaan Dasar Perolehan Awam Malaysia Terhadap Pembangunan Kontraktor Bumiputera

Laporan IDEAS Mencerminkan Kesan Pelaksanaan Dasar Perolehan Awam Malaysia Terhadap Pembangunan Kontraktor Bumiputera

September 29, 2021
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Malaysia
  • public procurement

Kuala Lumpur, 29 September 2021 – Laporan baharu yang dihasilkan oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berkenaan perolehan awam dan pembangunan syarikat Bumiputera dalam industri pembinaan, meneliti dasar-dasar perolehan awam dan keutamaan syarikat Bumiputera yang telah diwujudkan sejak tahun 1970-an serta usaha-usaha dengan tujuan menggalakkan kesaksamaan dan meningkatkan daya saing dalam industri pembinaan yang telah dilaksanakan dari masa ke masa.

IDEAS mendapati bahawa Malaysia, seperti negara-negara lain di seluruh dunia, menggunakan perolehan awam bagi tujuan pembangunan dengan memberikan keutamaan kepada golongan-golongan tertentu dalam pemberian kontrak.

Namun, dasar Malaysia memberi tumpuan yang lebih banyak kepada operasi berskala kecil yang membenarkan akses mudah kepada syarikat-syarikat awalan (start-up) dalam kalangan golongan Bumiputera,  tidak seperti kebanyakan negara lain yang memberikan keutamaan kepada golongan minoriti di negara masing-masing.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh, “Hasil kajian laporan ini menunjukkan bahawa dasar-dasar pro-Bumiputera yang sedia ada dalam perolehan awam tidak semestinya memastikan kontraktor Bumiputera diberi peluang sama rata. Sebagai contoh, amalan penipuan dalam bentuk pemilikan bermanfaat atau pengaruh politik dalam pemberian kontrak telah menghalang persaingan antara para kontraktor untuk memenangi tender secara adil. Kajian ini telah mengesahkan keperluan perubahan struktur dari segi  ketelusan serta penekanan terhadap peningkatan kemahiran dan profesionalisasi untuk mengangkat dan meningkatkan prestasi kontraktor-kontraktor Bumiputera. Kami berharap bahawa hasil kajian ini dapat membantu kerajaan kerana kajian ini mempertimbangkan cara-cara untuk meningkatkan prestasi ekonomi Bumiputera dengan lebih efektif, sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-12 yang diumumkan baru-baru ini.

Seperti yang diperhatikan oleh penulis laporan, Dr. Lee Hwok Aun, “Usaha Malaysia dalam membangunkan syarikat-syarikat Bumiputera melalui dasar perolehan awam mengemukakan potensi serta kelompangan.  Pendekatan tersebut, dengan pengkhususan khas kesemua kontrak skala kecil serta kuota dan keutamaan semasa membuat tawaran harga bagi kontrak sederhana dan kontrak besar khas kepada kontraktor Bumiputera amat unik.

Laporan ini menyediakan gambaran umum dan perkembangan dasar-dasar pro-Bumiputera dalam perolehan awam melalui pembentangan hasil kajian dan implikasi projek penyelidikan yang telah dilakukan dari bulan April hingga Ogos 2021.  Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan menilai pengagihan serta ciri-ciri kontraktor Bumiputera bagi mengkaji kesan perolehan awam terhadap pembangunan syarikat Bumiputera.

Berdasarkan tinjauan data dan temu bual yang luas, laporan ini mendapati kepadatan kontraktor Bumiputera yang konsisten pada gred G1, yang merupakan gred terendah daripada tujuh gred yang lain serta kadar pendaftaran kontraktor G1 yang lebih tinggi di negeri-negeri berpendapatan rendah dan di kawasan luar bandar.   Bilangan kontraktor Bumiputera G1 bertambah banyak apabila pendaftaran dibuka semula setelah dibekukan selama 14 tahun.  Sehingga akhir bulan Ogos 2021, terdapat 66,906 kontraktor Bumiputera yang berdaftar bersama Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan G1 menyumbang 63.3% daripada jumlah keseluruhan kontraktor Bumiputera.  

Sesi temubual bersama para kontraktor dan sesi perjumpaan bersama pihak-pihak berkepentingan menambah lagi pengetahuan mengenai halatuju berbeza yang menggalakkan pembangunan kontraktor.  Peningkatan gred daripada G1 bukan satu-satunya halatuju bagi pertumbuhan syarikat.  Kajian menunjukkan bahawa dalam kalangan G1, syarikat yang mempunyai bidang pengkhususan yang lebih luas mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk memenangi kontrak dengan lebih kerap. Sesetengah syarikat didapati menggunakan kaedah penyertaan perolehan dimana mereka mendaftar bidang pengkhususan yang terperinci, namun kaedah ini mendatangkan peluang yang lebih tipis dengan ganjaran kewangan yang lebih memuaskan bagi setiap kontrak.

Kajian ini telah mengenal pasti beberapa kekurangan dari segi pelaksanaan dasar-dasar perolehan awam yang sedia ada.  Antaranya adalah amalan penipuan terutamanya pendaftaran syarikat proksi di bawah satu pemilik bermanfaat dalam aktiviti cabut undi atau sebut harga kontrak serta cabaran dalam mengesan dan mendakwa amalan penipuan akibat pihak berkuasa yang tidak diberi sumber yang mencukupi.

Dr. Lee Hwok Aun turut menambah bahawa “Kajian kami terhadap pandangan kontraktor terhadap perolehan awam amat berguna bagi para pembuat dasar untuk perkembangan lanjut. Hasil daripada sesi temubual bersama beberapa peserta MRT Young Entrepreneur Programme (MYEP) telah menunjukkan bahawa program latihan dan aprentis, pendedahan kepada standard profesional yang tinggi, akses kepada pembiayaan kewangan dan menjalin hubungan dan kepercayaan antara kontraktor utama dan subkontraktor menyumbang besar kepada pertumbuhan syarikat.  Di samping itu, pengaruh politik dalam pemberian kontrak boleh mengurangkan motivasi di kalangan syarikat yang dikecualikan, atau dalam sesetengah kes, mendorong kontraktor untuk beralih ke GLC atau sektor swasta.

Antara saranan dasar yang dikemukakan oleh IDEAS berdasarkan kajian ini termasuk:

  • Berkenaan dasar pengkhususan dan kuota, lokaliti boleh dipertimbangkan atau ditentukan secara lebih spesifik daripada daerah, sebagai lapisan tambahan semasa memberi keutamaan dalam pemberian kontrak. 
  • Kewujudan margin keutamaan harga atau sistem skor dengan tahap keutamaan yang berkurang mengikut tempoh atau kontrak seterusnya untuk menggalakkan peningkatan gred. 
  • Berkenaan peraturan pemilikan dan sistem pemberian kontrak, pengisytiharaan pemilikan bermanfaat boleh diperkenalkan dimana pemilik harus bertanggungjawab jika melanggar peraturan.
  • Menambah sumber serta peruntukkan untuk agensi penguatkuasaan yang berkaitan dan menyediakan saluran pemberi maklumat.
  • Pelaksanaan sistem skor yang diperkuatkan oleh halatuju pertumbuhan. Dengan memberi skor tertinggi kepada kontraktor baharu diikuti skor yang semakin berkurang berdasarkan tempoh atau jumlah kontrak, peningkatan gred dapat digalakkan.  Skor juga boleh diberikan bagi pendaftaran gred atau bidang pengkhususan tertentu, atau penggunaan teknologi serta berdasarkan golongan minoriti selain golongan Bumiputera.

Laporan tersebut telah dilancarkan dalam sebuah webinar pada 29hb September 2021. Anda boleh mendapatkan laporan tersebut di sini.

— TAMAT —

Download Media Statement PDF File Here

For enquiries, please contact:
Zokhri Idris, Ph.D, Director, External Relations
T: +603 2070 8881/8882 | E: zokhri@ideas.org.my

Share

Related posts

November 23, 2021

IDEAS launches ‘50 Years of New Economic Policy’ to assess impact and shortcomings of policy


Read more
November 16, 2021

IDEAS: Ikrar untuk promosi kestabilan dan ketelusan dalam PRN Melaka satu perkara positif, tetapi perlu diinstitusikan


Read more
November 16, 2021

IDEAS: Pledges to promote stability and transparency in Malacca state election positive, but institutional changes required


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2021 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)