IDEAS ucap tahniah kepada Kementerian Kewangan atas terbitan Kenyataan Pra-BelanjawanIDEAS ucap tahniah kepada Kementerian Kewangan atas terbitan Kenyataan Pra-BelanjawanIDEAS ucap tahniah kepada Kementerian Kewangan atas terbitan Kenyataan Pra-BelanjawanIDEAS ucap tahniah kepada Kementerian Kewangan atas terbitan Kenyataan Pra-Belanjawan
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Democracy and Governance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS ucap tahniah kepada Kementerian Kewangan atas terbitan Kenyataan Pra-Belanjawan

IDEAS ucap tahniah kepada Kementerian Kewangan atas terbitan Kenyataan Pra-Belanjawan

September 1, 2021
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Belanjawan
  • Kementerian Kewangan
  • Pra-Belanjawan

Kuala Lumpur, 1 September 2021 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Malaysia mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan terbitan kali pertama Kenyataan Pra-Belanjawan (PBS) Malaysia oleh Kementerian Kewangan pada 31 Ogos 2021. Kenyataan tersebut mengandungi kemas kini pelaksanaan belanjawan tahun 2021 dan termasuk pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi, kemajuan kutipan hasil dan perbelanjaan tahun 2021, serta kadar pertumbuhan tahun 2021 yang disemak semula. Lebih utama, dokumen ini mengandungi jangkaan kadar pertumbuhan dan keutamaan perbelanjaan untuk tahun 2022.

Seperti yang dinyatakan oleh IDEAS, kenyataan pra-belanjawan adalah salah satu daripada lapan dokumen berkaitan belanjawan yang sering disarankan oleh organisasi antarabangsa seperti International Budget Partnership (IBP) agar tersedia untuk tatapan awam. Proses ini penting bagi menjamin ketelusan dalam penyediaan belanjawan dan perbelanjaan belanjawan negara. Dokumen jenis ini biasanya menerangkan strategi belanjawan kerajaan untuk satu atau dua tahun belanjawan dan menggalakkan perbincangan antara kementerian dan pemegang taruh. PBS juga dapat membantu menetapkan jangkaan awam terhadap belanjawan.

Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh, mengulas, “Sekian lama IDEAS menyeru pelbagai tindakan diambil agar Kementerian Kewangan dapat menambah baik kedudukannya dalam Open Budget Survey di peringkat antarabangsa, yang mengukur ketelusan belanjawan setiap negara. Seperti yang ditunjukkan di dalam PBS ini, Malaysia hanya mendapat pemarkahan yang rendah sebanyak 47 markah berbanding negara-negara jiran serantau iaitu Filipina (76), Indonesia (70), dan Thailand (61). Menyediakan Kenyataan Pra-Belanjawan untuk tatapan awam bermula daripada sekarang sememangnya akan meningkatkan skor Malaysia. Kami telah menggalakkan pihak kerajaan untuk melaksanakan perkara ini sejak beberapa tahun yang lalu, oleh itu kami amat gembira melihat langkah ini akhirnya dilaksanakan. Kami berterima kasih kepada Menteri Kewangan, serta Pejabat Belanjawan Negara terutamanya, kerana responsif terhadap cadangan kami.”

“PBS memberikan pencapaian baharu kepada Malaysia dalam usaha berterusan meningkatkan ketelusan dan kebertanggungjawaban belanjawan. IDEAS juga mengalu-alukan perancangan untuk menerbitkan kertas perundingan tentang Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) yang akan memberikan satu arah strategik terhadap perancangan fiskal masa hadapan Malaysia.”

Dokumen PBS ini mempunyai banyak elemen dokumen penilaian pertengahan tahun, termasuk kemas kini tentang pelaksanaan belanjawan semasa. Ini merupakan satu langkah yang baik. Negara lain seperti Afrika Selatan biasanya menggabungkan kenyataan pra-belanjawan dan penilaian pertengahan tahun mereka menjadi satu dokumen. IDEAS percaya bahawa hal ini wajar dirangkumkan ke dalam FRA jika ini merupakan mekanisme yang ingin diambil oleh Malaysia.

Seperti yang dikatakan oleh Pengurus Kanan Penyelidikan di Unit Kewangan Awam IDEAS Sri Murniati Yusuf, “Walaupun kenyataan pra-belanjawan ini merupakan satu perkembangan yang menggalakkan, kami percaya bahawa dokumen ini masih boleh ditambah baik dengan memasukkan lebih banyak maklumat mengenai Belanjawan 2022 serta unjuran hasil, perbelanjaan dan takat hutang untuk dua atau tiga tahun yang akan datang. Tindakan ini akan menaikkan kita ke tahap piawai ketelusan belanjawan antarabangsa. Hal ini juga akan menunjukkan sama ada pihak kerajaan mempunyai perancangan yang jelas tentang pengukuhan fiskal pada masa hadapan.”

“Kami juga mengalu-alukan rancangan untuk menilai semula perbelanjaan awam. Kebanyakan negara ekonomi maju telah mempunyai mekanisme ini dan ia akan menjadi satu alat penting kerajaan dalam usaha meluaskan ruang fiskal.”

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Zokhri Idris, Ph.D, Pengarah, Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: zokhri@ideas.org.my

Share

Related posts

November 23, 2021

IDEAS launches ‘50 Years of New Economic Policy’ to assess impact and shortcomings of policy


Read more
November 16, 2021

IDEAS: Ikrar untuk promosi kestabilan dan ketelusan dalam PRN Melaka satu perkara positif, tetapi perlu diinstitusikan


Read more
November 16, 2021

IDEAS: Pledges to promote stability and transparency in Malacca state election positive, but institutional changes required


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2021 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)