Kuala Lumpur, 14 November 2024: Institut untuk Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menyeru pengukuhan pelan reformasi untuk Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) di seluruh negara bagi memastikan pengoperasian yang telus dan sejajar dengan objektif ekonomi dan kebajikan masyarakat di Malaysia. Berikutan kebimbangan terhadap amalan pelaburan GLC dan GLIC kebelakangan ini, IDEAS mencadangkan reformasi tadbir urus yang menyeluruh agar entiti ini lebih bertanggungjawab, telus dan berfokus dalam kepentingan awam.
“Kita perlu memastikan GLC bukan sahaja pemegang amanah dana awam tetapi juga tunjang kemajuan ekonomi dan sosial negara. Entiti ini perlu ditadbir urus oleh peraturan yang jelas dan terperinci serta tertakluk kepada pemantauan yang bebas, di samping perlindungan sewajarnya untuk pemberi maklumat,” ulas Aira Azhari, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS.
IDEAS menyarankan lima langkah rangka kerja reformasi:
“Melalui inisiatif Pantau Kuasa, kami dapat melihat pemantauan yang kukuh dan pelantikan bebas adalah amat penting demi tadbir urus yang bertanggungjawab. Satu Carta Prestasi yang tersusun berserta objektif yang jelas, pelaporan yang telus, dan tadbir urus yang bebas mampu memberikan keyakinan terhadap GLC dalam kebertanggungjawaban awam, bukan menambat kumpulan GLC dalam kebertanggungjawaban masyarakat awam berbanding agenda politik,” tambah Aira.
“IDEAS tidak menyokong tindakan Kabinet atau Parlimen yang secara langsung meluluskan pelaburan atau keputusan pemberian imbuhan oleh GLC, kerana akan memburukkan lagi campur tangan politik,” kata Alissa Rode, Pengurus Kanan Penyelidikan di IDEAS. “Sebaliknya, kerajaan harus bertindak sebagai pemilik aktif, menetapkan dasar panduan untuk pemberian imbuhan lembaga pengarah dan carta prestasi yang terperinci. Parlimen mempunyai peranan penting untuk meneliti pematuhan GLC terhadap dasar, menyemak dasar tadbir urus, dan mengukuhkan pemantauan. Memasukkan piawaian ini dalam undang-undang akan memastikan ketelusan GLC, melindungi dana awam, dan memastikan GLC berkhidmat untuk kepentingan rakyat secara mampan.”
— TAMAT —
Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Ryan Panicker
Penolong Pengurus, Advokasi dan Program
T: 03 – 2070 8881/8882 | E: ryannesh@ideas.org.my