IDEAS alu-alukan Belanjawan 2022 kerana menyeluruh, beri peringatan tentang pelaksanaan dan risiko jangka panjangIDEAS alu-alukan Belanjawan 2022 kerana menyeluruh, beri peringatan tentang pelaksanaan dan risiko jangka panjangIDEAS alu-alukan Belanjawan 2022 kerana menyeluruh, beri peringatan tentang pelaksanaan dan risiko jangka panjangIDEAS alu-alukan Belanjawan 2022 kerana menyeluruh, beri peringatan tentang pelaksanaan dan risiko jangka panjang
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Democracy and Governance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS alu-alukan Belanjawan 2022 kerana menyeluruh, beri peringatan tentang pelaksanaan dan risiko jangka panjang

IDEAS alu-alukan Belanjawan 2022 kerana menyeluruh, beri peringatan tentang pelaksanaan dan risiko jangka panjang

November 2, 2021
Categories
  • Media Statement
Tags
  • 2022
  • Bahasa Melayu
  • Belanjawan
  • Malaysia

Kuala Lumpur, 02 November 2021 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengalu-alukan belanjawan baharu untuk tahun 2022 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada hari Jumaat yang lalu, mengambil perhatian bahawa ia satu belanjawan yang menyeluruh dari segi pengagihan yang diperlukan kepada sektor-sektor yang memerlukan. IDEAS juga menghargai perundingan yang berlaku antara kerajaan dan semua pemegang taruh, termasuk rundingan dengan Ahli-ahli Parlimen pembangkang serta melalui mekanisme penyertaan awam. IDEAS mengakui bahawa belanjawan sebanyak RM332.1 bilion ini merupakan yang terbesar dan diperlukan di kala pandemik, namun turut memberi peringatan agar pelaksanaan belanjawan kelak memerlukan pengawasan dan juga pelan tindakan yang berkesan dalam semua prosesnya.

Tricia Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, mengulas, “Belanjawan tahunan negara akan menjadi lebih baik jika mempunyai satu kad laporan yang mendokumentasikan semua pencapaian seperti yang diumumkan dalam kitaran belanjawan lalu. Contohnya, masyarakat awam selayaknya mengetahui status kemas kini 150,000 buah laptop yang dijanjikan akan untuk pengagihan serta 50,000 peluang pekerjaan yang sepatutnya disediakan di bawah Belanjawan 2021. Hal ini akan meningkatkan keyakinan awam dalam pentadbiran kerajaan.” IDEAS juga mengalu-alukan kemasukan liabiliti luar jangka dan liabiliti implisit pihak kerajaan dalam Laporan Tinjauan Fiskal berkenaan perkongsian awam-persendirian (PPP), inisiatif kewangan swasta (PFI), dan PBLT tetapi juga menyeru agar lebih banyak pendedahan mengenai pemberian konsesi bina – pajak – senggara – pindah milik (BLMT) kepada beberapa pihak yang menjadi pilihan. Ketelusan dan pertanggungjawaban awam perlu menjadi satu ciri kekal dalam semua pengumuman kerajaan, terutamanya untuk dokumen sepenting belanjawan yang menetapkan hala tuju perbelanjaan kerajaan berdasarkan kepada bayaran cukai rakyat.

Memandangkan belanjawan kali ini merangkumi jumlah terbesar yang pernah diperuntukkan bagi tujuan berkaitan pembangunan, iaitu hampir 23% daripada keseluruhan perbelanjaan, IDEAS mempersoalkan kemampuan pihak kerajaan untuk melaksanakan semua perbelanjaan yang telah ditetapkan memandangkan kerajaan Malaysia dalam tempoh 10 tahun lepas tidak mampu melaksanakan segala perbelanjaan berkaitan pembangunan. IDEAS percaya bahawa Akta Tanggungjawab Fiskal yang dijadualkan akan dibentangkan pada tahun 2022 dan usaha ke arah melaksanakan Penyata Perbelanjaan Cukai serta Semakan Perbelanjaan Awam merupakan langkah yang baik serta berharap dokumen-dokumen ini akan disediakan untuk awam. Perundingan awam juga perlu diadakan bersama badan-badan pemikir dan organisasi penyelidikan yang bersesuaian untuk menerbitkan dokumen-dokumen tersebut.

Yeoh berkata, “Kami menyambut baik perancangan ini and percaya bahawa ia merupakan langkah yang perlu diambil untuk pengukuhan fiskal dan perancangan fiskal jangka panjang. Namun, selain daripada ini, sebahagian besar pengumuman Belanjawan menumpukan kepada langkah-langkah jangka pendek, dan lebih banyak boleh dilakukan untuk memberi penekanan kepada pemulihan ekonomi jangka panjang dan pertumbuhan, terutamanya terhadap sektor swasta sebagai enjin kepada pertumbuhan. Langkah ke arah kemampanan diterima dengan baik, walaupun lebih komitmen untuk bergerak menjauhi kebergantungan terhadap arang batu dan beralih kepada tenaga boleh diperbaharui dalam dasar campuran tenaga negara adalah sesuatu yang ideal. Sungguhpun Cukai Makmur adalah satu langkah sekali beri yang diperlukan untuk jangka pendek ke jangka sederhana, kerana hasilnya akan dikutip bermula tahun 2023, pelaksanaan cukai sebegini pada masa hadapan perlu diseimbangkan dengan kesan potensinya terhadap sektor swasta.”

Walaupun dengan perbelanjaan sebesar RM32.4 bilion, IDEAS menzahirkan kegusaran tentang peningkatan yang agak rendah untuk Kementerian Kesihatan lantaran keperluan untuk terus mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan awam ketika pandemik berlangsung dan persediaan untuk apa-apa krisis kesihatan tak dijangka pada masa hadapan. 

IDEAS mengalu-alukan skim jaminan pekerjaan Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja) yang akan menyediakan 600,00 jaminan pekerjaan tetapi menegaskan bahawa hal ini seharusnya cuma satu langkah jangka pendek. Kerajaan perlu memastikan pihak yang digajikan akan menyumbang produktiviti kepada ekonomi negara berbanding hanya menjadi pencari sewa. IDEAS menyambut baik bantuan tunai yang lebih besar kepada kumpulan B40. Namun, ketika Malaysia menuju ke arah pemulihan, IDEAS menekankan bahawa perlu ada perubahan ke arah mencipta peluang pekerjaan dan membantu golongan yang kehilangan kerja untuk kembali memasuki pasaran kerja berbanding hanya memberikan bantuan tunai. “Penciptaan peluang pekerjaan memerlukan satu persekitaran yang merangsang dan menggalakkan persaingan serta mengurangkan beban kawal selia terhadap perniagaan dicapai. Ini merupakan cara paling semula jadi dalam mencipta pekerjaan, pada masa yang sama mengekalkan dasar membuat keputusan berasaskan data dalam menghadapi pandemik akan datang agar dapat mengelakkan penutupan keseluruhan ekonomi”, tambah Yeoh.

Walaupun IDEAS menyatakan persetujuan bahawa sektor pendidikan menerima peruntukan terbesar di bawah belanjawan terbaharu ini, kami mengambil maklum akan kekurangan peruntukan dan pelaburan dalam pendidikan digital, terutamanya kepada golongan yang tidak mempunyai capaian terhadap pendidikan digital. IDEAS ambil maklum inisiatif JENDELA menyediakan RM700 juta untuk prasarana dan pembangunan kemudahan, termasuk RM300 juta diperuntukkan kepada kawasan kurang membangun dalam usaha untuk mempromosi pendigitalan ekonomi Malaysia. Namun, IDEAS menekankan bahawa kita perlu memastikan peruntukan ini seiring dengan aspirasi penduduk terhadap pembangunan ekonomi.

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Zokhri Idris, Ph.D,  Pengarah Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: zokhri@ideas.org.my

Share

Related posts

November 23, 2021

IDEAS launches ‘50 Years of New Economic Policy’ to assess impact and shortcomings of policy


Read more
November 16, 2021

IDEAS: Ikrar untuk promosi kestabilan dan ketelusan dalam PRN Melaka satu perkara positif, tetapi perlu diinstitusikan


Read more
November 16, 2021

IDEAS: Pledges to promote stability and transparency in Malacca state election positive, but institutional changes required


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2021 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)