Ditulis oleh YAM Tunku Panglima Besar, Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz, Presiden Pengasas, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).
<pSejak kecil, saya belajar untuk tidak mudah mempercayai ahli politik. Kursus mengenai politik dunia dan politik British, serta falsafah politik, mengajar saya bahawa sejak awal tamadun manusia, mereka yang memegang tampuk kuasa (sama ada melalui pewarisan, penaklukan atau pilihan raya) sering menggadaikan prinsip moral mereka apabila semakin dahagakan kuasa.
Interaksi saya dengan ahli politik dalam kehidupan sebenar juga sering membuktikan bahawa ia benar.
Namun, sekali-sekala, di tengah-tengah dinasti politik, kroni dan golongan yang menumpang pengaruh, akan muncul permata berharga, insan yang mampu memancarkan sifat baik hati, keupayaan dan inspirasi sedemikian rupa sehingga bukan sahaja dapat menyatukan kem politik yang bertentangan, malah melangkaui dunia politik itu sendiri.
Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali ialah insan sedemikian. Sebelum saya mengenali beliau, saya sudah mengetahui reputasinya sebagai seorang yang penuh belas kasihan, mempunyai ketajaman pemikiran, serta memancarkan ketenangan yang seolah-olah kebal daripada gelora yang melingkungi suaminya.
Saya pernah membaca tentang peranan besar yang dimainkan oleh isteri Perdana Menteri pertama (yang juga berasal dari Kedah) dalam kerjaya politik beliau. Kisah bagaimana Sharifah Rodziah menyerahkan barang kemasnya secara sukarela pada satu perhimpunan UMNO bagi mengumpul dana supaya Tunku Abdul Rahman dapat ke London untuk berunding mengenai kemerdekaan ialah kisah yang patut diketahui oleh setiap pelajar sekolah di Malaysia. Nah, itu barulah sesuatu yang berbaloi untuk dibuat secara sumbangan dana awam!
Saya mengenali Dr Hasmah melalui muzik. Pada tahun 2014, saya diminta menjadi salah seorang Pemegang Amanah Persatuan Chopin Malaysia, yang konsert mereka sering saya hadiri ketika Allahyarham ibu saudara saya, Tunku Munirah, menjadi presiden, bersama-sama ahli jawatankuasa seperti Datuk Ruslan Khalid dan Puan Sri Sarina Shah yang sangat ceria (kedua-duanya juga telah meninggal dunia), Datuk Dr Zaha Rina dan Profesor Snezana Panovska.
Saya menerima pelawaan tersebut dengan syarat bahawa saya tidak diwajibkan untuk memainkan mana-mana etude yang sukar, apatah lagi karya ballade yang penuh emosi.
Namun, bonus yang tidak ternilai ialah peluang untuk berinteraksi dengan penaung pertubuhan tersebut, Dr Hasmah. Kami berkongsi kecintaan terhadap Chopin ketika duduk bersama di pelbagai konsert dan majlis resepsi.
Kemudian bermulalah sesi bermain muzik bersama. Sepanjang dekad berikutnya, apabila jadual mengizinkan, menjadi satu kebiasaan untuk saya mengunjungi Dr Hasmah di rumahnya dan kami bermain pelbagai karya bersama-sama.
Beliau gemar memainkan ‘Songs From a Secret Garden’, dan semakin lancar memainkannya walaupun penglihatannya semakin merosot. Beliau mengajar saya beberapa lagi lagu klasik Melayu dan lagu rakyat selain lagu-lagu P Ramlee dan Ayam Den Lapeh yang biasa kami mainkan (yang mengingatkan kami kepada susur galur Minangkabau kami), dan pasti akan ada juga sebuah lagu jazz klasik diselitkan.
Jika saya berada di rumahnya sehingga waktu makan tengah hari, suaminya sering pulang dari pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana untuk makan bersama. Kali pertama perkara ini berlaku agak mengejutkan: di hadapan saya ialah seorang lelaki yang dasar-dasarnya telah saya kecam sejak menulis esei A Level saya.
Mungkin rakan-rakan aktivis saya akan kecewa, tetapi ketika makan tengah hari, kami tidak membincangkan pembatasan kuasa badan kehakiman, media bebas, institusi diraja dan badan berkanun pada tahun 1990-an. Saya juga tidak menceritakan penglibatan saya dalam kempen membebaskan tahanan politik, mahupun penglibatan saya dalam Gerakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika di universiti.
Seperti yang saya ketahui kemudian, perkara ini sebenarnya merupakan sesuatu yang biasa dalam keluarga tersebut dan dalam kalangan rakan-rakan mereka: politik jarang dibincangkan, dan sememangnya umum mengetahui bahawa dalam kalangan anak-anak dan cucu-cucu mereka terdapat kepelbagaian pandangan politik. Sudah tentu, saya juga agak kerap berinteraksi dengan Datin Paduka Marina Mahathir dalam acara- acara masyarakat sivil.
Malah, jika perkara ini diperluaskan ke peringkat nasional, adalah baik untuk kita mempunyai figura keibuan yang menjadi titik pertemuan, yang membolehkan rakyat dengan pandangan berbeza tetap bersatu di sekelilingnya, serta menemukan sebab untuk hidup dan bekerja bersama secara aman.
Mungkin itulah sebabnya tidak menghairankan apabila hanya enam jam selepas pemergiannya, ribuan orang memenuhi Masjid As Syarif di Taman Sungai Besi Indah untuk memberikan penghormatan terakhir. Ketika saya tiba, saya melihat para pemimpin politik yang saling membenci, serta mereka yang mempunyai pandangan yang agak unik tentang Negeri Sembilan, tetapi sekali lagi, ini bukan masa mahupun tempatnya untuk kita membongkar persoalan tersebut.
Pada tahun 2018, dalam satu Konsert Gala di Sunway University, Dr Hasmah dan saya bersama-sama mempersembahkan tiga buah lagu. Salah satunya ialah Berceuse, lagu kegemaran saya daripada Dolly Suite karya Fauré, satu lagi daripada Songs From a Secret Garden yang merupakan kegemaran beliau, dan satu lagi karya kegemaran kami bersama, Nocturne op 9 no 2 oleh Chopin.
Selepas menerima tepukan gemuruh daripada para penonton yang begitu menghargai persembahan kami, beliau memberitahu bahawa beliau sebenarnya sangat gementar dan malu untuk membuat persembahan. Syukurlah beliau memberitahu saya selepas persembahan, kerana seperti jutaan rakyat Malaysia yang lain, dialah tempat saya bersandar, seseorang yang tenang dan teguh.
Al-Fatihah.
This article was featured in the Sinar Harian, 3 Oktober 2026
Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan atau pendirian IDEAS Malaysia.
Selamat pulang ke negeri abadi Dr Hasmah
Selamat pulang ke negeri abadi Dr Hasmah
Ditulis oleh YAM Tunku Panglima Besar, Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz, Presiden Pengasas, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).
<pSejak kecil, saya belajar untuk tidak mudah mempercayai ahli politik. Kursus mengenai politik dunia dan politik British, serta falsafah politik, mengajar saya bahawa sejak awal tamadun manusia, mereka yang memegang tampuk kuasa (sama ada melalui pewarisan, penaklukan atau pilihan raya) sering menggadaikan prinsip moral mereka apabila semakin dahagakan kuasa.Interaksi saya dengan ahli politik dalam kehidupan sebenar juga sering membuktikan bahawa ia benar.
Namun, sekali-sekala, di tengah-tengah dinasti politik, kroni dan golongan yang menumpang pengaruh, akan muncul permata berharga, insan yang mampu memancarkan sifat baik hati, keupayaan dan inspirasi sedemikian rupa sehingga bukan sahaja dapat menyatukan kem politik yang bertentangan, malah melangkaui dunia politik itu sendiri.
Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali ialah insan sedemikian. Sebelum saya mengenali beliau, saya sudah mengetahui reputasinya sebagai seorang yang penuh belas kasihan, mempunyai ketajaman pemikiran, serta memancarkan ketenangan yang seolah-olah kebal daripada gelora yang melingkungi suaminya.
Saya pernah membaca tentang peranan besar yang dimainkan oleh isteri Perdana Menteri pertama (yang juga berasal dari Kedah) dalam kerjaya politik beliau. Kisah bagaimana Sharifah Rodziah menyerahkan barang kemasnya secara sukarela pada satu perhimpunan UMNO bagi mengumpul dana supaya Tunku Abdul Rahman dapat ke London untuk berunding mengenai kemerdekaan ialah kisah yang patut diketahui oleh setiap pelajar sekolah di Malaysia. Nah, itu barulah sesuatu yang berbaloi untuk dibuat secara sumbangan dana awam!
Saya mengenali Dr Hasmah melalui muzik. Pada tahun 2014, saya diminta menjadi salah seorang Pemegang Amanah Persatuan Chopin Malaysia, yang konsert mereka sering saya hadiri ketika Allahyarham ibu saudara saya, Tunku Munirah, menjadi presiden, bersama-sama ahli jawatankuasa seperti Datuk Ruslan Khalid dan Puan Sri Sarina Shah yang sangat ceria (kedua-duanya juga telah meninggal dunia), Datuk Dr Zaha Rina dan Profesor Snezana Panovska.
Saya menerima pelawaan tersebut dengan syarat bahawa saya tidak diwajibkan untuk memainkan mana-mana etude yang sukar, apatah lagi karya ballade yang penuh emosi.
Namun, bonus yang tidak ternilai ialah peluang untuk berinteraksi dengan penaung pertubuhan tersebut, Dr Hasmah. Kami berkongsi kecintaan terhadap Chopin ketika duduk bersama di pelbagai konsert dan majlis resepsi.
Kemudian bermulalah sesi bermain muzik bersama. Sepanjang dekad berikutnya, apabila jadual mengizinkan, menjadi satu kebiasaan untuk saya mengunjungi Dr Hasmah di rumahnya dan kami bermain pelbagai karya bersama-sama.
Beliau gemar memainkan ‘Songs From a Secret Garden’, dan semakin lancar memainkannya walaupun penglihatannya semakin merosot. Beliau mengajar saya beberapa lagi lagu klasik Melayu dan lagu rakyat selain lagu-lagu P Ramlee dan Ayam Den Lapeh yang biasa kami mainkan (yang mengingatkan kami kepada susur galur Minangkabau kami), dan pasti akan ada juga sebuah lagu jazz klasik diselitkan.
Jika saya berada di rumahnya sehingga waktu makan tengah hari, suaminya sering pulang dari pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana untuk makan bersama. Kali pertama perkara ini berlaku agak mengejutkan: di hadapan saya ialah seorang lelaki yang dasar-dasarnya telah saya kecam sejak menulis esei A Level saya.
Mungkin rakan-rakan aktivis saya akan kecewa, tetapi ketika makan tengah hari, kami tidak membincangkan pembatasan kuasa badan kehakiman, media bebas, institusi diraja dan badan berkanun pada tahun 1990-an. Saya juga tidak menceritakan penglibatan saya dalam kempen membebaskan tahanan politik, mahupun penglibatan saya dalam Gerakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika di universiti.
Seperti yang saya ketahui kemudian, perkara ini sebenarnya merupakan sesuatu yang biasa dalam keluarga tersebut dan dalam kalangan rakan-rakan mereka: politik jarang dibincangkan, dan sememangnya umum mengetahui bahawa dalam kalangan anak-anak dan cucu-cucu mereka terdapat kepelbagaian pandangan politik. Sudah tentu, saya juga agak kerap berinteraksi dengan Datin Paduka Marina Mahathir dalam acara- acara masyarakat sivil.
Malah, jika perkara ini diperluaskan ke peringkat nasional, adalah baik untuk kita mempunyai figura keibuan yang menjadi titik pertemuan, yang membolehkan rakyat dengan pandangan berbeza tetap bersatu di sekelilingnya, serta menemukan sebab untuk hidup dan bekerja bersama secara aman.
Mungkin itulah sebabnya tidak menghairankan apabila hanya enam jam selepas pemergiannya, ribuan orang memenuhi Masjid As Syarif di Taman Sungai Besi Indah untuk memberikan penghormatan terakhir. Ketika saya tiba, saya melihat para pemimpin politik yang saling membenci, serta mereka yang mempunyai pandangan yang agak unik tentang Negeri Sembilan, tetapi sekali lagi, ini bukan masa mahupun tempatnya untuk kita membongkar persoalan tersebut.
Pada tahun 2018, dalam satu Konsert Gala di Sunway University, Dr Hasmah dan saya bersama-sama mempersembahkan tiga buah lagu. Salah satunya ialah Berceuse, lagu kegemaran saya daripada Dolly Suite karya Fauré, satu lagi daripada Songs From a Secret Garden yang merupakan kegemaran beliau, dan satu lagi karya kegemaran kami bersama, Nocturne op 9 no 2 oleh Chopin.
Selepas menerima tepukan gemuruh daripada para penonton yang begitu menghargai persembahan kami, beliau memberitahu bahawa beliau sebenarnya sangat gementar dan malu untuk membuat persembahan. Syukurlah beliau memberitahu saya selepas persembahan, kerana seperti jutaan rakyat Malaysia yang lain, dialah tempat saya bersandar, seseorang yang tenang dan teguh.
Al-Fatihah.
This article was featured in the Sinar Harian, 3 Oktober 2026
Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan atau pendirian IDEAS Malaysia.
Share this post
Related Post
Malaysia needs a sustainable budget, not a sugar hit
Meneladani ketabahan masyarakat Balkan
IDEAS Budget 2027 Recommendations
Concert season brings serious waste challenges but real sustainability solutions missing
IDEAS: Malaysia’s Green Transition Must Deliver Growth, Jobs and Inclusion
IDEAS: Peralihan Hijau Malaysia Harus Hasilkan Perkembangan, Peluang Pekerjaan dan Keterangkuman