Kuala Lumpur, 17 Disember 2025: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dan Pusat Autisme IDEAS (IAC) hari ini menerbitkan kertas laporan ringkas tentang kesan-kesan kursus kepakaran guru IAC dan peluang selanjutnya untuk bantu menyokong pendidikan kanak-kanak yang mengalami autisme. Kertas laporan ringkas yang bertajuk, Advancing Outcomes for Children with Autism through Educator Training menyenaraikan dapatan awal melalui Projek Sinar yang meneroka bagaimana sesebuah kursus boleh menambah baik pengalaman bilik darjah dan apa yang boleh ditambah untuk menangani keperluan yang sama untuk para guru dan kanak-kanak di seluruh negara.
Projek Sinar – sebuah inisiatif di bawah IAC yang dinaung oleh Yayasan Sime Darby dan Kementerian Pendidikan, setakat ini sudah melatih lebih 400 guru-guru di sekolah khas yang bertempat di lima buah negeri dan sebuah wilayah. Latihan ini melengkapkan para guru dengan ilmu dan kemahiran-kemahiran praktikal untuk memberikan sokongan yang lebih baik kepada kanak-kanak autisme dalam pengalaman pembelajaran. Pengajaran pembelajaran kanak-kanak autisme yang didapati secara hands-on oleh IAC ini berbaloi untuk dikonsolidasi, dikongsi dan diselaraskan secara sistematik bagi membantu guru-guru dan pelajar tentang perjalanan pendidikan bersama.
Dapatan yang diperolehi untuk ketika ini kelihatan sangat positif. Peserta kursus menunjukkan tambahan pengetahuan dan mengaplikasikan kemahiran praktikal yang dipelajari di dalam bilik darjah. Pengetahuan para guru di beberapa negeri dan wilayah juga terlihat lebih setara selepas menjalani kursus, menambahbaik penyelarasan dan keterangkuman di Malaysia.
Maklum balas yang diterima oleh pelatih, ibu bapa dan pihak berkepentingan di kalangan sistem pendidikan secara luas telah mengenalpasti peluang untuk keterlanjutan dan penambahbaikan kursus serta tuntutan yang banyak untuk meluaskan jangkauannya. Terdapat keperluan untuk meluaskan kursus ini ke kawasan-kawasan lain di Malaysia, khususnya kepada pihak-pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan, guru-guru aliran am dan kanak-kanak yang lebih tua.
“Projek Sinar menunjukkan pembuktian konsep bagi kursus kepakaran yang boleh diadaptasi untuk menyokong ribuan guru dan kanak-kanak di seluruh Malaysia,” menurut Dr Stewart Nixon, penulis kertas laporan ringkasan dan Pengarah Penyelidikan di IDEAS.
Terdapat peluang dalam penyelidikan dan advokasi yang wajar diberi pelaburan sama rata bagi mengenalpasti peluang selanjutnya untuk memajukan pendidikan autisme. Ringkasan ini menekankan keperluan mendesak untuk memahami kelaziman autisme, kekurangan pelatih professional, dan bagaimana untuk memajukan pendidikan holistik yang disokong ibu bapa, guru-guru dan pegawai kesihatan. Selain itu, pengalaman pembelajaran dan laluan untuk kanak-kanak autisme tahap tinggi.
“Ini merupakan satu penghormatan tinggi untuk menyaksikan bagaimana perjalanan pendidikan yang direka dengan tujuan tertentu dapat meningkatkan kehidupan individu autisme dan keluarga mereka. Projek Sinar telah membolehkan IAC mula menyebarkan pengalaman terkumpul kami kepada lebih ramai pendidik dengan harapan untuk mencapai lebih ramai kanak-kanak,” kata Sanne Jansen, Pengarah Pengumpulan Dana & Perhubungan di IAC.
Untuk maklumat lanjut dan kertas laporan ringkasan penuh, sila layari laman web IDEAS – bit.ly/4p3lj2i
— TAMAT —
Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Ryan Panicker
Penolong Pengurus, Advokasi dan Program
T: 03 – 2070 8881/8882 | E: ryannesh@ideas.org.my

Will KL have an elected mayor?