IDEAS: Belanjawan 2024 menunjukkan sumber hasil yang menggalakkan, tapi usaha mewujudkan ruang fiskal perlu diteruskan

IDEAS: Belanjawan 2024 menunjukkan sumber hasil yang menggalakkan, tapi usaha mewujudkan ruang fiskal perlu diteruskan

Kuala Lumpur, 13 Oktober 2023: IDEAS mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan atas pembentangan Belanjawan Madani kedua lebih awal daripada tahun belanjawan kali ini. Langkah ini memberi masa yang cukup untuk semua ahli parlimen memperhalusi program, dasar dan sasaran fiskal untuk tahun 2024. Sumber hasil baharu adalah menggalakkan, tetapi usaha serius dan berterusan untuk menambah ruang fiskal harus dilaksanakan dalam jangka masa sederhana dan panjang.

“Unjuran kadar pertumbuhan Malaysia sebanyak 4% ke 5%. KDNK bagi belanjawan kali ini kelihatan realistik, begitu juga dengan sasaran defisit fiskal KDNK. Kerajaan menyasarkan pencapaian defisit fiskal KDNK berjumlah 3% dalam masa tiga hingga lima tahun lagi. Kadar ini juga diperincikan dalam Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (PFFR) yang berpotensi untuk dicapai, terutamanya apabila sumber bagi meraih hasil diumumkan. Misalnya, Cukai Keuntungan Modal, Cukai Barangan Mewah dan kenaikan nilai pada Cukai Perkhidmatan daripada 6% ke 8%,” kata Dr Tricia Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS.

Walau bagaimanapun, kerajaan juga boleh mempertimbangkan pengenalan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada jangka masa panjang. Langkah ini bertujuan untuk meluaskan asas cukai memandangkan prestasi nisbah KDNK Malaysia agak rendah berbanding negara-negara di rantau ini.

“Lebih penting lagi, sumbangan kewangan bagi sumber cukai baharu ke jumlah hasil tidak diumumkan semasa ucapan belanjawan pada hari ini. Maklumat ini juga tidak disertakan di dokumen-dokumen belanjawan lain yang diterbitkan pada hari ini. Bagi memperkasakan proses pengurusan kewangan awam yang lebih telus, kami menyeru pihak kerajaan untuk menerbitkan perincian sasaran hasil dan perbelanjaan untuk tempoh tiga hingga lima tahun lagi bagi mengenal pasti sama ada sasaran kadar defisit fiskal pada tempoh pertengahan boleh dicapai.

“Dalam pada itu, pengurangan pada kadar peruntukan subsidi elektrik dan diesel adalah pada kadar minimum dan tidak mencukupi bagi mewujudkan ruang fiskal untuk dilaburkan untuk tujuan pembangunan dalam kadar masa panjang. 

Belanjawan 2024 memperuntukkan sebanyak RM58.1 bilion untuk subsidi, namun perbelanjaan subsidi untuk tahun 2023 dilaporkan hanya mencecah RM77.7 bilion setakat 12 Oktober. Memandangkan hasil petroleum merupakan penyumbang terbesar dalam pertambahan subsidi, kami agak bimbang dengan ketetapan kadar sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan untuk simpanan subsidi. 

Maka, kerajaan perlu memaparkan andaian sasaran ini. Tambahan lagi, kerajaan juga perlu mengumumkan kadar untuk penggal pertengahan yang tepat serta mekanisme untuk melaksanakan subsidi yang bersasar. Hal ini bertujuan untuk memberikan kebolehjangkaan dalam fasa transisi rasionalisasi subsidi. 

Walaupun terdapat sambutan baik dalam pengumuman infrastruktur projek, penting diingatkan kepada pihak kerajaan untuk mengutamakan pembentangan Akta Perolehan Awam pada tahun hadapan. Menurut Dr Tricia lagi, “kami menyambut baik komitmen Perdana Menteri atas pembentangan Akta Perolehan pada tahun 2024 kelak. 

“Langkah ini adalah mustahak bagi memastikan proses perolehan dijalankan secara telus, bertanggungjawab dan efisyen. Pelaksanaan Akta ini juga dapat bantu menambah keyakinan pelabur memandangkan ia mampu memperkuatkan komitmen negara terhadap peraturan perundangan.” 

Dalam penentuan ekonomi negara, Pengarah Penyelidikan Dr. Juita Mohamad berkata, “selaras dengan arah strategik Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, salah satu tiang utama belanjawaan adalah untuk menstruktur semula ekonomi bagi memudahkan pertumbuhan dan kompleksiti ekonomi. 

“Belanjawan 2024 mempunyai aspek yang menggalakkan dengan menumpukan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), terutamanya dalam meningkatkan daya saing, pembangunan bakat tempatan dan meningkatkan akses kepada pembiayaan kewangan. Seperti tahun-tahun lalu, peruntukan yang besar telah diperuntukan bagi industri automasi dan transformasi digital PMKS. Sehingga kini, usaha dalam bidang automasi dan transformasi digital adalah sama. Tanpa usaha yang baharu, fokus harus diberikan kepada pengagihan dana yang efektif, supaya penerimaan untuk PMKS dalam bidang digitalisasi dan automasi dapat ditingkatkan secara signifikan.”

— TAMAT —

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Aira Azhari
Pengurus Kanan
T: +603 2070 8881/8882 | E: aira@ideas.org.my

Share this post

Related Post

Search