Ditulis oleh YAM Tunku Panglima Besar, Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz, Presiden Pengasas, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).
Jarang sekali sesuatu yang tersenarai dalam senarai impian tercapai secara kebetulan dan dalam tempoh yang begitu singkat. Hanya tiga hari sebelum Konsert Diraja Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika sesi latihan diadakan untuk menentukan sama ada saya akan membuat persembahan atau tidak, konduktor entah bagaimana tiada di podium ketika latihan Lagu Negeri Sembilan hendak dimulakan.
Seorang pemain biola memberi isyarat supaya saya mengendalikan orkestra dan satu langkah ke hadapan yang separuh bergurau (yang mungkin mencetuskan tepukan separuh menyindir) membawa kepada satu episod agak kelam-kabut ‘alah bisa tegal biasa’.
Seperti ramai orang yang menyanyi di bilik mandi tanpa pernah berniat untuk membuat persembahan di khalayak, ramai peminat muzik klasik juga ‘mengendalikan’ orkestra sambil mendengar simfoni kegemaran mereka. Kini, ketepatan saya mengendalikan orkestra pula diuji.
Syukurlah, saya sudah terbiasa dengan lagu Berkatlah Yang di-Pertuan Besar yang terdiri daripada 16 bar melodi penuh kebesaran, digubah lebih seabad lalu oleh Pegawai Daerah Jelebu, Andrew Caldecott (yang kemudiannya menjadi Gabenor Hong Kong) dengan lirik ditulis oleh Setiausaha Sulit kepada Tuanku Muhammad Shah iaitu Tunku Zakaria bin Tunku Mambang yang merupakan moyang saudara saya.
Dalam tempoh menjelang dan selepas Istiadat Pertabalan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, saya bekerjasama dengan Datuk Johari Salleh dan Chong Yew Boon untuk menghidupkan semula lagu negeri tersebut, yang kemudiannya dirakamkan bersama Orkestra Filharmonik Malaysia dan gabungan beberapa kumpulan koir pada 6 Julai 2010.
Saya tidak pernah menjangka bahawa 16 tahun kemudian, lagu negeri itu akan dijadikan senjata dalam suatu pemberontakan terhadap institusi beraja!
Sejak itu, saya telah membuat persembahan dalam setiap Konsert Diraja UKM — sama ada memainkan karya piano secara solo, berduet dengan sepupu atau bersama orkestra. Namun, tiada konsert sebegitu dianjurkan sejak 2019, jadi agak mendebarkan untuk kembali ke pentas dan membuat persembahan bersama gabungan pemuzik profesional daripada Orkestra DBKL serta para pelajar dan alumni UKM.
Saya kini lebih selesa memberikan ucapan dan ditemu bual, tetapi rasa berdebar-debar menunggu di tepi pentas — apatah lagi di Dewan Filharmonik Petronas! — tidak pernah hilang.
Pada akhirnya, saya mengendalikan lagu negeri tersebut (dengan berhenti sejenak penuh penghayatan sebelum baris (Musuhnya habis binasa) dan bermain piano untuk mengiringi orkestra bagi lagu Getaran Jawa karya P Ramlee serta mengiringi Datuk Zainal Abidin untuk dua lagu popular beliau Hijau dan Manis. Mujurlah saya pernah ada sesi bermain muzik bersama beliau sebelum ini,
Pengalaman yang datang secara tiba-tiba itu ternyata menjadi persediaan yang baik untuk persembahan seterusnya apabila saya dijemput untuk menyertainya pada hujung minggu berikutnya.
Ia merupakan edisi sulung Nine Arts Festival yang diasaskan oleh pemain piano kelahiran Seremban yang berpangkalan di United Kingdom, Foo Mei Yi — sebagai caranya membawa sesuatu pulang ke tanah air.
Pada Ogos tahun lalu, saya menjadi narator pada pelancaran awalnya di Istana Lama Seri Menanti dan pada April lalu, saya membuat persembahan dalam acara kutipan dana di London.
Malam pembukaan Navarasa pada 14 Ogos menghimpunkan Sutra Dance Foundation bersama Noghori Arts School dalam persembahan caklempong serta para pemuzik klasik untuk sebuah persembahan yang benar-benar mengesankan berlatarbelakangkan perbukitan berhampiran Seremban. Keesokan harinya pula menyaksikan Charlie Chaplin, wayang kulit dan pelbagai bengkel yang melibatkan komuniti ini menghidupkan tiga lokasi di seluruh ibu negeri.
Acara penutupnya pula berbentuk kuiz, dengan Chacko Vadaketh dan Beza Cabeza muncul sebagai watak-watak berbeza, lengkap dengan kostum, loghat dan selingan muzik yang salah satunya saya turut sertai.
Saya amat berbesar hati melihat para penggiat seni dan tradisi Negeri Sembilan — khususnya caklempong — dipersembahkan kepada para penonton yang begitu berminat, lebih-lebih lagi selepas saya mendapat inspirasi beberapa hari sebelumnya ketika mengunjungi Sahabat Gamelan (SAGA) Warisan Sari buat kali kedua semasa lawatan singkat ke Kuala Terengganu.
Perkara yang menarik tentang kemunculan semula penggiat seni tradisional ialah perbincangan sihat yang tercetus berhubung pelbagai falsafah yang saling bersaing: adakah matlamatnya untuk memelihara seni tersebut dan mengekalkannya supaya seasli dan sejati mungkin? Atau haruskah matlamatnya membawa sebanyak mungkin inovasi radikal yang diperlukan — malah mencabar kebiasaan — demi menarik khalayak baharu?
Seperti yang sentiasa berlaku dalam dunia seni, ada ruang untuk kedua-duanya dan begitu banyak pandangan yang berada di antaranya — tetapi hanya jika terdapat penggiat seni yang sanggup mengambil risiko, serta pasaran yang mampu dan bersedia meluangkan masa dan wang untuk menghayati hasil seni tersebut.
Seperti yang saya sebut dalam ucapan saya pada Malam Pembukaan Nine Arts Festival amat menyentuh hati bahawa dalam dunia yang begitu sarat dengan perpecahan, ketegangan politik tempatan dan pergolakan geopolitik, masih terdapat cukup ramai peminat, penaja dan penyokong yang mampu mengekalkan dan malah memperluas peluang untuk masyarakat menghayati seni.
Impaknya terhadap generasi akan datang tidak boleh dipandang ringan… dan saya menggalakkan para penyanyi, pemain piano dan konduktor yang pemalu untuk turut keluar daripada zon selesa mereka dan menyumbang!
This article was featured in Sinar Harian, 22 August 2026
*Tunku Zain Al-‘Abidin merupakan Penaung kepada Nine Arts Festival dan Felo Diraja UKM
Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan atau pendirian IDEAS Malaysia.
Berani menyahut seruan

Share this post
Related Post
Stepping up to the podium
From Digital Links to Digital Integration: The Next Phase of ASEAN-India Cooperation
IDEAS: MyOBI Shows Terengganu Leading in Budget Transparency, while Selangor Tops Legislative Oversight
IDEAS: Terengganu Terbaik dalam Ketelusan Belanjawan, Selangor Teratas dalam Pemantauan Legislatif
Pilihan raya dan bayangan masa hadapan
Kedaulatan Fiskal Negeri dan Ikhtiar Terengganu