Pantau Wang Kita: Memahami Proses Belanjawan Negara

Pantau Wang Kita: Memahami Proses Belanjawan Negara

Latar belakang program

Bengkel ini diadakan untuk orang ramai, aktivis NGO dan aktivis politik yang bersemangat untuk memberi sumbangan dan impak melalui dasar awam dan berminat dengan proses kitaran belanjawan. Matlamat bengkel ini adalah:

  1. Untuk membangunkan pemahaman asas tentang cara belanjawan digunakan sebagai alat dasar awam dan proses yang terlibat dalam merangka belanjawan.
  2. Untuk menekankan kepentingan proses belanjawan yang telus.
  3. Untuk membangunkan langkah-langkah kebertanggungjawaban dalam kalangan orang awam melalui pembinaan kapasiti pada tahap analisis asas belanjawan.

 

Program ini direka untuk melengkapkan inisiatif yang telah dijalankan oleh IDEAS sejak tahun 2021 iaitu membina kapasiti untuk memahami dan menganalisis proses belanjawan di samping menggalakkan orang ramai untuk lebih terlibat dalam proses penggubalan dasar.

Peserta dari luar Kuala Lumpur boleh menghubungi pihak sekretariat melalui zuhdi@ideas.org.my untuk permohonan pembiayaan kos perjalanan. Elaun perjalanan hanya akan diberikan kepada peserta yang mempunyai kehadiran penuh.

Venue

Tulips Meeting Room, Holiday Inn Express Kuala Lumpur City Centre

Date & Time

January 28, 2023

10:00

- 17:00

1674864000

Share this post

Related Events

Search