• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS: Laporan Ketua Audit Negara Tekankan Keperluan Mendesak untuk Reformasi Perolehan dan Perusahaan Milik Negara

IDEAS: Laporan Ketua Audit Negara Tekankan Keperluan Mendesak untuk Reformasi Perolehan dan Perusahaan Milik Negara

July 25, 2025
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Malaysia
  • Procurement
  • transparency

Kuala Lumpur, 25 Julai 2025: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera susulan penerbitan Laporan Ketua Audit Negara 2/2024, yang sekali lagi mendedahkan isu pematuhan garis panduan dalam perolehan awam.

Laporan tersebut mendedahkan kelemahan dalam pelaksanaan proses tender prakelayakan terpilih yang baru diperkenalkan, ketidakteraturan dalam pemilihan pemenang bidaan, dan ketidakteraturan dalam keputusan lembaga pengarah terhadap pemerolehan besar dalam kes FELCRA Berhad. Proses melibatkan sejumlah dana awam yang besar memerlukan langkah tadbir urus dan ketelusan yang lebih kukuh dalam urusan perolehan. Jika tidak, kelewatan, ketirisan, pelanggaran syarat kontrak, dan kelemahan pemantauan yang merugikan rakyat akan terus berulang.

IDEAS sekali lagi menegaskan keperluan mendesak untuk menggubal Akta Perolehan Kerajaan, sebagaimana yang diumumkan pada tahun 2023 dan dinanti-nantikan pelaksanaannya tahun lalu. Undang-undang ini perlu menetapkan piawaian undang-undang yang jelas berkenaan ketelusan dan kaedah perolehan yang berdaya saing bagi memastikan nilai terbaik untuk wang awam. Ia juga perlu mewajibkan pendedahan secara proaktif terhadap rancangan perolehan, notis tender, kriteria pemilihan, dan kontrak akhir melalui platform perolehan kerajaan yang berpusat. Selain itu, akta ini harus memperuntukkan satu mekanisme semakan bebas bagi memastikan pematuhan terhadap prosedur perolehan. Akta perolehan itu perlu merangkumi bukan sahaja kementerian, tetapi juga semua entiti sektor awam yang menggunakan dana awam, memandangkan isu pematuhan yang ketara dalam audit tahunan entiti-entiti tersebut.

Proses tender prakelayakan terpilih yang dilaksanakan bertujuan mewujudkan penilaian tender yang lebih cekap dan adil. Namun berdasarkan kelemahan yang dikenal pasti, proses ini masih gagal menangani masalah manipulasi bidaan oleh kartel dan proksi. IDEAS menyokong cadangan Ketua Audit Negara agar proses ini menggunakan satu pangkalan data pusat yang dikemas kini bagi peserta tender yang diintegrasikan dengan sistem e-perolehan, bagi memastikan proses prakelayakan dan pemilihan tender yang lebih adil.

IDEAS turut menekankan keperluan untuk menggubal satu undang-undang yang menetapkan piawaian tadbir urus bagi entiti awam dan perusahaan milik negara (SOE) sementelah ketidakteraturan dalam mesyuarat lembaga pengarah FELCRA Berhad. SOE menguruskan aset awam bernilai berbilion ringgit, namun beroperasi dalam ruang yang kabur dengan kebertanggungjawaban awam yang terhad. Satu undang-undang yang kukuh perlu menetapkan peranan SOE dalam kepentingan awam, memperkenalkan pelantikan ahli lembaga pengarah yang telus dan berdasarkan merit, serta memperkasakan Parlimen untuk memastikan entiti-entiti ini dipertanggungjawabkan. 

“Masalah yang sama ditegur saban tahun, namun sistem ini masih tidak berubah. Ketidakteraturan prosedur menunjukkan budaya mengutamakan kepantasan melaksanakan projek berbanding keperluan pembaharuan struktur untuk memastikan projek awam memberi pulangan terbaik kepada rakyat. Akta Perolehan Kerajaan yang mantap tidak akan menyelesaikan segala-galanya serta-merta, tetapi ia adalah asas penting untuk memulihkan kepercayaan awam terhadap sistem. Kita memerlukan sebuah kerajaan yang menjaga wang rakyat dengan kesungguhan yang sama seperti ketika mengutipnya,” kata Aira Azhari, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS.

— TAMAT —

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Ryan Panicker
Penolong Pengurus, Advokasi dan Program
T: 03 – 2070 8881/8882 | E: ryannesh@ideas.org.my

Share

Related posts

August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Cadangan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan Tidak Memadai untuk Melindungi Peruntukan Awam


Read more
August 27, 2025

KDPP Welcomes a Stronger Parliament Committee System in Parliament, Urges States to Emulate these Reforms at the Dewan Undangan Negeri (DUNs)


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)