Kuala Lumpur, 1 Julai 2021 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) akan menganjurkan sebuah perbincangan dalam talian bertajuk ‘ASEAN’s Digital Economy and the Post-COVID Recovery’. Perbincangan ini akan berkisar tentang transformasi digital ASEAN dan wabak COVID-19 yang telah memaksa transformasi tersebut.
Perbincangan ini akan diadakan pada 7 Julai 2021 dan merupakan sebahagian daripada ASEAN Prosperity Initiative (API) oleh IDEAS, iaitu satu inisiatif untuk mengenal pasti peluang dan cabaran utama berkaitan kesejahteraan masa hadapan ASEAN.
Perbincangan ini akan menyentuh kemungkinan kesan transformasi digital terhadap ketidaksamaan dalam rantau ini dan mengenal pasti kaedah untuk memanfaatkan teknologi digital baharu dalam mempromosi sebuah ekonomi ASEAN yang lebih inklusif dan mampan. Antara ahli panel berwibawa serta mempunyai kepakaran dalam hal ehwal dasar dan persekitaran sosioekonomi ASEAN berkaitan teknologi dan juga cara menyediakan peluang yang sama rata untuknya adalah:
Sesi ini bertepatan dengan ASEAN yang sedang bergelut dengan kedua-dua wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia dan juga kemunculan Revolusi Industri Keempat (4IR). 4IR ini telah menyebabkan pembangunan dan penyebaran pantas teknologi digital baharu.
Walaupun masa hadapan digital ASEAN mempunyai potensi ekonomi yang besar, pakar telah menyatakan kegusaran mereka terhadap jurang digital di kebanyakan negara ASEAN yang akan menyebabkan apa-apa transformasi digital memburukkan lagi ketidaksamaan sedia ada.
Berdasarkan salah satu langkah, sehingga bulan Januari 2021 terdapat kira-kira 30% daripada keseluruhan penduduk ASEAN tidak mempunyai sambungan internet. Kebanyakan daripada mereka bertumpu dalam beberapa komuniti dan kawasan bergeografi terpinggir.
Sesiapa yang berminat untuk menyertai perbincangan ini, boleh mendaftar di sini.
— TAMAT —
Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di sini
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Zokhri Idris, Ph.D, Pengarah, Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: zokhri@ideas.org.my