• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • IDEAS menyeru kepada penambahbaikan terhadap dasar pendidikan kanak-kanak Orang Asli

IDEAS menyeru kepada penambahbaikan terhadap dasar pendidikan kanak-kanak Orang Asli

October 22, 2020
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Education
  • Masyarakat Orang Asli berterusan menghadapi halangan kepada pendidikan, mengakibatkan kadar keciciran sekolah yang lebih tinggi daripada kadar purata keciciran sekolah peringkat kebangsaan.
  • Dasar dan program kerajaan sedia ada kini tidak mencukupi untuk menangani permasalahan yang ada.
  • IDEAS menyeru kepada usaha yang lebih giat termasuklah penilaian program sedia ada yang lebih sistematik dan memasukkan lebih banyak nilai serta budaya Orang Asli ke dalam kurikulum.

Kuala Lumpur, 22 Oktober 2020 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) hari ini telah menerbitkan satu kertas cadangan dasar bertajuk “Dasar Pendidikan untuk Mengatasi Halangan yang Dihadapi oleh Kanak-kanak Orang Asli: Pendidikan untuk semua”. Kertas cadangan ini ditulis oleh Pengurus Penyelidikan untuk Dasar Sosial IDEAS, Wan Ya Shin.

Kertas ini mengkaji beberapa dasar serta program dan mendapati program-program kerajaan tidak menghasilkan keputusan yang setimpal dengan pelbagai usaha dan sumber yang telah dicurahkan untuk membangunkan dan melaksanakan langkah tersebut.

Walau pun terdapat pengurangan jurang antara pelajar Orang Asli dengan kadar purata kebangsaan mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), namun cabaran-cabaran utama seperti kekurangan peluang menghadiri pra-sekolah dan kurikulum serta pedagogi yang mengikut konteks tidak ditangani dengan secukupnya. Cabaran-cabaran penting tersebut telah mengakibatkan kadar keciciran sekolah yang lebih tinggi berbanding kadar purata kebangsaan. Contohnya, dari tahun 2016 hingga 2018, kadar keciciran sekolah kebangsaan secara konsisten di bawah paras 4% sementara kadar keciciran pelajar Orang Asli melebihi 17% dan meningkat dengan ketara kepada 26% pada tahun 2017.

Ramai kanak-kanak Orang Asli menunjukkan prestasi yang teruk dan berhenti sekolah kerana berhadapan dengan cabaran sosio-ekonomi, geografi, bahasa serta budaya. Kementerian Pelajaran semenjak tahun 1995telah memperkenalkan pelbagai dasar dan program untuk meningkatkan hasil pendidikan kanak-kanak Orang Asli. Dasar dan program ini telah mengalami perubahan dari integrasi ke dalam pendidikan arus perdana kepada pendidikan berteraskan orang asal. Namun, kertas ini menyimpulkan bahawa tindakan lanjut perlu diambil untuk memastikan dasar ini menyamai keadaan dan skala cabaran yang dihadapi oleh Orang Asli.

Berikut merupakan cadangan berdasarkan dapatan kajian:

  • Dasar-dasar perlu mengenalpasti dan menangani cabaran yang ada, bukan hanya gejala
  • Penilaian berkala dan analisis impak dasar dan program diperlukan untuk memastikan keberkesanan dan menangani isu dan juga jurang baharu yang muncul ketika pelaksanaan
  • Meneliti keperluan kanak-kanak Orang Asli yang tidak pernah ke sekolah serta mengenalpasti dan menangani cabaran yang mereka hadapi
  • Menghormati suara masyarakat Orang Asli dan hak menentukan nasib sendiri ketika merangka dasar dan program
  • Mengkontekskan kurikulum dan memasukkan nilai dan budaya orang asal supaya ia relevan kepada kehidupan para pelajar
  • Menyediakan latihan mencukupi kepada para guru dan menyokong mereka dengan program pembangunan profesional
  • Mengkaji semula teras sistem pendidikan Malaysia dan bergerak ke arah pendidikan holistik

Mengulas mengenai pelancaran kertas cadangan ini, Wan Ya Shin berkata, “Pemerhatian dan cadangan di dalam kertas ini diharapkan dapat menyumbang kepada penambahbaikan dasar dan program  secara berterusan untuk manfaat kanak-kanak Orang Asli. Hal ini bukan hanya isu yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli bahkan merupakan isu pendidikan nasional, dan kita perlu memastikan semua kanak-kanak di Malaysia mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.”

Ketua Pegawai Eksekutif IDEA, Tricia Yeoh memberi komen, “Kanak-kanak Orang Asli terus menghadapi halangan yang besar dalam mengakses pendidikan berkualiti yang diperlukan untuk keluar dari kitaran kemiskinan. Sistem pendidikan harus memberi khidmat yang lebih baik kepada masyarakat orang asal untuk membolehkan mereka terus berkembang maju dan mengambil bahagian dalam hidup bermasyarakat di Malaysia.”

Salinan Kertas Dasar IDEAS No.66 boleh dimuat turun di sini http://bit.ly/OAeducation.

— TAMAT —

Untuk pertanyaan media, sila hubungi Ewanina Effandie di ewanina@ideas.org.my

Share

Related posts

November 14, 2025

IDEAS: ASEAN Must Continue to Streamline Standards and Reduce Regulatory Complexity to Increase Small Business Participation In Regional Markets


Read more
November 14, 2025

IDEAS: ASEAN Perlu Perkemas Piawaian dan Kurangkan Kerumitan Pengawalseliaan untuk Tingkatkan Penyertaan Perniagaan Kecil dalam Pasaran Serantau


Read more
October 31, 2025

IDEAS: US Pact Undercuts Malaysia’s Regional Partnerships and Neutrality while Delivering Little Reassurance for Businesses


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)