Kuala Lumpur, 22 Oktober 2020 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) hari ini telah menerbitkan satu kertas cadangan dasar bertajuk “Dasar Pendidikan untuk Mengatasi Halangan yang Dihadapi oleh Kanak-kanak Orang Asli: Pendidikan untuk semua”. Kertas cadangan ini ditulis oleh Pengurus Penyelidikan untuk Dasar Sosial IDEAS, Wan Ya Shin.
Kertas ini mengkaji beberapa dasar serta program dan mendapati program-program kerajaan tidak menghasilkan keputusan yang setimpal dengan pelbagai usaha dan sumber yang telah dicurahkan untuk membangunkan dan melaksanakan langkah tersebut.
Walau pun terdapat pengurangan jurang antara pelajar Orang Asli dengan kadar purata kebangsaan mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), namun cabaran-cabaran utama seperti kekurangan peluang menghadiri pra-sekolah dan kurikulum serta pedagogi yang mengikut konteks tidak ditangani dengan secukupnya. Cabaran-cabaran penting tersebut telah mengakibatkan kadar keciciran sekolah yang lebih tinggi berbanding kadar purata kebangsaan. Contohnya, dari tahun 2016 hingga 2018, kadar keciciran sekolah kebangsaan secara konsisten di bawah paras 4% sementara kadar keciciran pelajar Orang Asli melebihi 17% dan meningkat dengan ketara kepada 26% pada tahun 2017.
Ramai kanak-kanak Orang Asli menunjukkan prestasi yang teruk dan berhenti sekolah kerana berhadapan dengan cabaran sosio-ekonomi, geografi, bahasa serta budaya. Kementerian Pelajaran semenjak tahun 1995telah memperkenalkan pelbagai dasar dan program untuk meningkatkan hasil pendidikan kanak-kanak Orang Asli. Dasar dan program ini telah mengalami perubahan dari integrasi ke dalam pendidikan arus perdana kepada pendidikan berteraskan orang asal. Namun, kertas ini menyimpulkan bahawa tindakan lanjut perlu diambil untuk memastikan dasar ini menyamai keadaan dan skala cabaran yang dihadapi oleh Orang Asli.
Berikut merupakan cadangan berdasarkan dapatan kajian:
Mengulas mengenai pelancaran kertas cadangan ini, Wan Ya Shin berkata, “Pemerhatian dan cadangan di dalam kertas ini diharapkan dapat menyumbang kepada penambahbaikan dasar dan program secara berterusan untuk manfaat kanak-kanak Orang Asli. Hal ini bukan hanya isu yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli bahkan merupakan isu pendidikan nasional, dan kita perlu memastikan semua kanak-kanak di Malaysia mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.”
Ketua Pegawai Eksekutif IDEA, Tricia Yeoh memberi komen, “Kanak-kanak Orang Asli terus menghadapi halangan yang besar dalam mengakses pendidikan berkualiti yang diperlukan untuk keluar dari kitaran kemiskinan. Sistem pendidikan harus memberi khidmat yang lebih baik kepada masyarakat orang asal untuk membolehkan mereka terus berkembang maju dan mengambil bahagian dalam hidup bermasyarakat di Malaysia.”
Salinan Kertas Dasar IDEAS No.66 boleh dimuat turun di sini http://bit.ly/OAeducation.
— TAMAT —
Untuk pertanyaan media, sila hubungi Ewanina Effandie di ewanina@ideas.org.my