
Brief IDEAS No. 42 –
Malaysia Open Budget Index 2024
Authors: Nischal Ranjinath Muniandy and Alissa Marianne Rode
The Malaysia Open Budget Initiative (MyOBI) is a report that provides an assessment of budget transparency and oversight in all Malaysian state governments. It is an IDEAS initiative to create greater demand for accountability at the state level by ensuring that the public and civil society is better equipped to push for greater transparency and accountability at the state government level, with mechanisms in place that encourage public participation in the budget process. Citizens must be participants, not just spectators, and we hope that the MyOBI can be a tool in this endeavour.
The current results indicate that state governments can do more to ensure that key budget documents are made available to the public and to strengthen the oversight capacity by the state legislative assemblies. In addition, state governments should do more to create mechanisms to enable the public to meaningfully participate in the budget process. Several reform actions have been identified that can be undertaken to improve budget transparency, strengthen oversight by the state legislative assembly, and provide mechanisms for meaningful public participation.
Indeks Belanjawan Terbuka Malaysia (MyOBI) adalah satu laporan yang menilai ketelusan dan proses pemantauan belanjawan untuk semua kerajaan negeri di Malaysia. Inisiatif ini dilakukan untuk mewujudkan permintaan yang lebih besar terhadap akauntabiliti di peringkat negeri. Inisiatif ini akan memastikan orang awam dan masyarakat sivil lebih bersedia untuk mendesak ketelusan dan akauntabiliti yang lebih besar di peringkat kerajaan negeri, dengan mekanisme yang ada untuk menggalakkan penglibatan awam dalam proses belanjawan. Warganegara mesti terlibat sama dalam proses belanjawan, bukan sekadar menjadi penonton, dan kami berharap MyOBI dapat menjadi alat dalam usaha ini.
Hasil semasa menunjukkan bahawa lebih banyak usaha oleh dilakukan oleh kerajaan negeri untuk memastikan dokumen belanjawan utama disediakan kepada orang awam dan untuk memperkukuh kapasiti pemantauan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN). Selain itu, lebih banyak usaha juga perlu dilakukan untuk mewujudkan mekanisme yang membolehkan orang awam menyertai proses belanjawan dengan bermakna. Beberapa tindakan pembaharuan telah dikenal pasti yang boleh diambil untuk meningkatkan ketelusan belanjawan, memperkukuhkan pemantauan oleh DUN, dan menyediakan mekanisme untuk penglibatan awam yang bermakna.