• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Opinion
  • Pertahan tadbir urus perdagangan global, bebas ancaman tarif

Pertahan tadbir urus perdagangan global, bebas ancaman tarif

May 30, 2025
Categories
  • Opinion
Tags
  • Economy
  • Tariffs
  • Trade

Ditulis oleh Dr Stewart Nixon, Timbalan Pengarah Penyelidikan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).


PERBINCANGAN mengenai kesan dasar ekonomi pentadbiran Presiden Donald Trump terutama peningkatan tarif terhadap semua negara, lebih-lebih lagi China sering tertumpu kepada kos ekonomi.

Kos kepada perniagaan dan pengguna, termasuk kenaikan harga barang dagangan, pengalihan pengeluaran ke lokasi kurang cekap dan pilihan berkurangan apabila barangan tidak lagi dihasilkan atau diperdagangkan, perlu juga diambil kira.

Fokus terhadap kos ekonomi mengabaikan perubahan lebih memberi kesan dan membimbangkan dalam tadbir urus perdagangan dunia serta pertukaran barangan di bawahnya.

Syarikat multinasional selama ini berjaya dalam sistem ini kini berdepan ketidaktentuan belum pernah berlaku sebelum ini dan pilihan sukar antara mempertahankan sistem atau dipintas pesaing yang terpaksa menyimpang daripada sistem berkenaan.

Perniagaan terbabit dalam perdagangan dan pelaburan antarabangsa sudah lama bergantung kepada peraturan, prinsip dan norma diwujudkan di bawah Perjanjian Umum mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT) pada 1948 dan diperkukuhkan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sejak 1995.

Sistem antarabangsa di bawah GATT dan WTO menyokong perdagangan dengan menghapuskan halangan perdagangan seperti tarif, kuota dan subsidi, menegakkan prinsip layanan saksama serta menyediakan mekanisme penyelesaian pertikaian antara negara dan syarikat.

Namun, kepercayaan berterusan perniagaan terhadap peraturan perdagangan pelbagai hala dan liberalisasi kini semakin bercanggah dengan pendirian pelbagai negara.

Krisis kewangan dunia 2007-2008, kebangkitan pesat China sebagai pengeluar global dominan sejak menyertai WTO pada 2001 serta kebimbangan tentang pengagihan manfaat perdagangan dalam sesebuah negara menyumbang kepada tentangan rakyat terhadap perdagangan bebas.

Kebangkitan syarikat dunia berkuasa dan lebih mementingkan keuntungan berbanding kepentingan negara turut menimbulkan kebimbangan pelbagai negara yang berasakan mereka kehilangan kuasa kawal selia akibat liberalisasi.

Dalam suasana ini, dunia kini dilanda kejutan besar semakin kerap – sama ada berpunca daripada manusia, mahupun bencana alam. Perniagaan dan negara berdepan perang perdagangan, wabak penyakit, konflik ketenteraan dan kejadian cuaca semakin ekstrem, sama ada secara berasingan mahupun serentak.

Wacana lazimnya menyatukan semua kejutan ini bagi memberikan gambaran ketidaktentuan, penurunan keyakinan dan gangguan sementara terhadap aktiviti ekonomi.

Namun, untuk benar-benar memahami kesan jangka panjang terhadap perdagangan, pengaruh setiap kejutan besar perlu dikaji secara mendalam.

Perang perdagangan ketika pentadbiran Trump pertama pada 2018 menjadi titik tolak peralihan utama dan simbolik daripada liberalisasi perdagangan kepada sekatan.

Ia memberikan tamparan awal kepada model ‘dibuat di China, dijual di Amerika’ dan membangkitkan perbincangan di bilik lembaga pengarah seluruh dunia mengenai keperluan mengurangkan kebergantungan kepada pengeluaran di China.

Namun, pelabur umumnya enggan mengabaikan kelebihan kos daya saing China dengan pendekatan utama adalah mengeksport semula barangan melalui negara ketiga, terutama di Asia Tenggara. Perdagangan masih diteruskan dalam kerangka tadbir urus antarabangsa.

Pandemik COVID-19 sejak awal 2020 mencetuskan keretakan lebih nyata antara perniagaan dan kerajaan dalam tadbir urus perdagangan.

Institusi antarabangsa gagal menggerakkan tindak balas kesihatan dan ekonomi berkesan serta selaras, dengan gangguan perniagaan diburukkan tindakan berbeza oleh banyak negara.

Tindakan keras China terhadap pandemik menjejaskan reputasinya sebagai lokasi pengeluaran yang boleh dipercayai. Walaupun ahli ekonomi dan perniagaan mengagumi keanjalan rantaian bekalan dunia, kerajaan melihat kelemahan ini sebagai ancaman keselamatan negara memerlukan campur tangan.

Pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada awal 2022 memburukkan lagi keadaan dengan memperlihatkan perbezaan ketara antara kepentingan perniagaan dan negara.

Sekatan perdagangan diketuai AS terhadap Russia bertujuan memecahkan pasaran mengikut garis geopolitik tanpa mengambil kira kesan terhadap perniagaan.

Kelemahan tadbir urus antarabangsa

Keupayaan syarikat dari Russia, China, India dan negara lain untuk mengelak sekatan tidak dikuatkuasakan secara berkesan mendedahkan kelemahan tadbir urus antarabangsa dan nasional dalam menegakkan sekatan perdagangan.

Syarikat dari AS, Eropah dan tempat lain terpaksa memilih antara menyokong sekatan atau mengekalkan keuntungan dan banyak yang mengambil jalan mengelak sekatan.

Pasaran lebih cekap dalam mengurus sekatan dan peperangan berbanding kerajaan menggubal sekatan memperkukuh keretakan antara perniagaan dan kerajaan sewaktu pandemik dan menjejaskan kepercayaan terhadap tadbir urus perdagangan dunia.

Dalam konteks ini, Trump 2.0 perlu dilihat sebagai ancaman sebenar terhadap harapan memulihkan keyakinan terhadap sistem ini. AS kini menjadi punca utama ketidaktentuan dasar ekonomi dan penentang utama kepada institusi antarabangsa, mengenakan dan menggunakan tarif sebagai ugutan kepada negara kecil serta melumpuhkan WTO.

Perniagaan yang dibiasakan dengan gangguan pandemik dan sekatan tidak berkesan, kini sekali lagi berdepan pilihan antara menanggung kos tarif atau dipintas pesaing tidak beretika.

Mengekalkan sokongan terhadap perdagangan antarabangsa berasaskan peraturan, formal dan beretika bermakna mereka harus berdepan rangkaian pemain industri tidak rasmi yang semakin tangkas dan luas, melebihi kemampuan penguatkuasaan pihak berkuasa perdagangan.

Proses sempadan diringkaskan dan dinyahkawal selama beberapa dekad bagi menggalakkan perdagangan lancar dan boleh dipercayai tidak boleh serta-merta bertukar menjadi mekanisme penguatkuasaan yang menghukum.

Trump mahupun negara yang menjadi sasarannya juga tidak menunjukkan kesungguhan untuk melabur dalam pengawalseliaan perdagangan yang lebih ketat, apatah lagi memiliki visi mengenai bentuk penguatkuasaan itu.

Menghentikan kemerosotan institusi perdagangan mungkin kelihatan mustahil dalam suasana geopolitik semasa, namun alternatifnya ialah masa depan di mana kerajaan di seluruh dunia menyerahkan kawalan terhadap peraturan perdagangan berkesan.

Dalam dunia sebegitu, keupayaan institusi antarabangsa dan negara untuk menegakkan piawaian produk dan keselamatan, daya tahan rantaian bekalan dan amalan beretika akan terjejas.

Kapasiti kerajaan untuk memungut hasil dan mengurus ekonomi makro juga semakin tergugat akibat pertumbuhan sektor tidak formal. Akhirnya, perniagaan dan pengguna akan membayar harga tambahan akibat risiko dalam perdagangan kurang dikawal selia.

Dunia tanpa AS perlu segera bertindak memperkukuh sistem antarabangsa, termasuk memperkuatkan institusi seperti WTO. Ruang kepemimpinan lebih besar perlu diberikan kepada kuasa ekonomi membangun utama untuk membentuk pendekatan tadbir urus kolektif merangkumi pelbagai negara di seluruh spektrum pembangunan.

Menangani kerosakan sistemik adalah lebih penting dan lebih besar kesannya secara ekonomi berbanding sekadar mengatasi kesan segera tarif Trump. Dunia yang perdagangan berlaku di luar rangka kerja tadbir urus yang baik akan menjadikan semua pihak lebih miskin.


This article was featured in Berita Harian

Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan atau pendirian IDEAS Malaysia.

Share

Related posts

October 21, 2025

Kicked around in the ugly game


Read more
October 15, 2025

Hidup dalam 2 dunia – renungan 15 tahun penubuhan IDEAS


Read more
August 27, 2025

Conflicting mandates dilute effectiveness of our retirement pension scheme


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)