• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • Pemisahan kuasa Peguam Negara telah lama tertangguh, komitmen Menteri dialu-alukan

Pemisahan kuasa Peguam Negara telah lama tertangguh, komitmen Menteri dialu-alukan

August 22, 2023
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Demokrasi
  • Malaysia

Kuala Lumpur, 22 Ogos 2023 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berbesar hati dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Dato’ Sri Azalina Othman mengenai pengasingan jabatan Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PP). Kami menggesa kerajaan mempercepat proses itu kerana organisasi masyarakat sivil (CSO) telah membuat gesaan sedemikian selama beberapa tahun dan pentadbiran sebelum ini juga berjanji untuk melakukan reformasi institusi ini, dengan Menteri Undang-undang terdahulu membuat kenyataan serupa hampir setahun yang lalu.

“Kami ambil maklum daripada kenyataan Menteri bahawa kerajaan bercadang untuk menjalankan kajian empirikal yang komprehensif dalam tempoh satu tahun sebelum pemisahan boleh dimuktamadkan. Untuk itu, IDEAS bersedia bekerjasama dengan kerajaan untuk menawarkan pandangan dan cadangan kami dalam mempercepat proses tersebut. IDEAS telah menerbitkan satu kertas dasar bertajuk ‘Separating the Attorney-General and Public Prosecutor: Enhancing Rule of Law in Malaysia’ pada tahun 2016. Kertas kerja Bersih yang diterbitkan pada tahun 2021 juga merupakan rujukan penting dalam usaha pembaharuan ini,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Dr Tricia Yeoh.

Sebagaimana yang dibahaskan dalam kertas itu, mengasingkan peranan AG dan PP adalah langkah yang perlu ke arah mempertingkat kedaulatan undang-undang di Malaysia. Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh beberapa pihak di negara ini yang mendakwa pendakwaan terpilih dan komitmen kerajaan terhadap pembaharuan institusi, kedaulatan undang-undang, dan menangani rasuah, adalah penting bagi pemisahan itu dilakukan secepat mungkin.

“Sebuah Jabatan Peguam Negara yang bebas adalah sebahagian daripada pakej pembaharuan yang perlu dilakukan oleh kerajaan, yang juga termasuk Akta Pendanaan Politik, Akta Tanggungjawab Fiskal serta Akta Dana Pembangunan Kawasan Pilihan raya. Semua pembaharuan ini akan mengukuhkan pelbagai institusi negara, memastikan kebebasan institusi tersebut daripada campur tangan politik, serta meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia,” tambah Dr Yeoh.

Memandangkan seruan untuk mengasingkan peranan adalah konsisten dan hampir universal, kami menggesa kerajaan untuk mempercepat proses membuat pindaan perundangan dan perlembagaan yang diperlukan. IDEAS mengulangi komitmen untuk membantu dalam mempercepat proses melaksanakan pembaharuan institusi yang penting ini.

— TAMAT —

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Aira Azhari
Pengurus Kanan Penyelidikan
T: +603 2070 8881/8882 | E: aira@ideas.org.my

Share

Related posts

October 12, 2025

IDEAS: Budget 2026 Balances Pressures Prudently but Lacks Serious Fiscal Reform


Read more
October 12, 2025

IDEAS: Belanjawan 2026 Berhemah dalam Imbangi Tekanan Namun Kurang Reformasi Fiskal


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)