Publications > Media Statements

Pembaharuan industri padi dan beras tidak akan lemahkan kebajikan pesawah padi

Kuala Lumpur, 24 Februari 2021 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) telah menerbitkan Policy IDEAS No. 71 bertajuk “Paddy and Rice Sector Policy Roadmap: Towards Equity and Sustainability”. Kertas ini telah ditulis secara bersama oleh Felo Kanan IDEAS Prof. Datin Paduka Fatimah Mohamed Arshad, Kusairi Mohd. Noh dan Emmy Farha Alias.

Selama lebih daripada 50 tahun, industri padi dan beras telah dilindungi dari pasaran luar. Langkah-langkah perlindungan ini telah memberikan hasil yang merugikan seperti pasaran yang disalah tafsir, ketidakcekapan peruntukan dan pertumbuhan yang perlahan. Industri ini tidak berkembang melangkaui penghasilan padi dan beras. Kebanyakan pesawah padi tidak dapat mendaki tangga rantaian nilai beras, tidak mampu menambah baik mata pencarian mereka, dan mereka masih merupakan antara golongan paling miskin dalam masyarakat kita. Justeru, laporan terkini IDEAS mengemukakan satu perancangan untuk melakukan satu pembaharuan yang diperlukan supaya dapat melakukan peralihan yang lancar terhadap industri padi dan beras ke arah satu industri yang lebih adil, saksama, berdaya saing, dan mampan dengan gangguan sosial yang minimum.

Perancangan dasar ini membayangkan kedua-dua nyahkawal selia subsidi sawah dan monopoli import oleh BERNAS dan juga beberapa cadangan institusi lain. Kertas ini mengakui bahawa liberalisasi industri harus dilaksanakan secara berperingkat kerana para pesawah masih belum berdikari dan tidak mampu bingkas. Pemansuhan segera subsidi sawah juga tidak akan membantu kepentingan kebajikan mereka. Oleh itu, kertas ini menyarankan transformasi secara beransur-ansur subsidi sawah semasa yang disalah tafsir kepada satu bentuk area-based decoupled payment (ABDP) yang kurang salah tafsiran yang tidak berkaitan dengan keputusan penghasilan pesawah. Tambahan pula, ABDP mencipta kurang salah tafsiran pada pasaran, dan para pesawah dapat menentukan bagaimana untuk menguruskan sawah masing-masing supaya dapat mengoptimumkan keuntungan, lalu membuka kreativiti dan sifat keusahawanan mereka. Simulasi laporan ini mencadangkan bahawa pendapatan dan hasil pesawah dapat dikekalkan apabila beralih kepada bentuk subsidi yang lebih optimum.

Disebabkan pihak kerajaan telah melanjutkan konsesi monopoli import Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) sehingga tahun 2030, IDEAS menyeru kerajaan menggunakan tempoh 10 tahun ini untuk melaksanakan pembaharuan-pembaharuan yang diperlukan agar dapat menyediakan pesawah untuk menyesuaikan diri kepada satu pasaran terbuka di mana import beras dinyahkawal selia. Dalam situasi yang betul, nyahkawal selia import beras akan menggalakkan daya saing, kecekapan, dan inovasi dalam pasaran tempatan. Tanpa kefahaman dan persediaan yang diperlukan, meliberalisasikan peranan BERNAS yang telah berakar umbi dalam sektor ini akan membawa kepada akibat yang tidak disengajakan, seperti pasaran yang tidak berdaya saing dan tidak cekap.

Kertas laporan ini menyeru kepada sokongan institusi yang lebih hebat untuk meningkatkan kapasiti pesawah dan menjana lebih banyak peluang agribisnes agar dapat menuai manfaat penuh sebuah pasaran ekonomi yang dinamik. Tindakan secara kolektif diperlukan untuk memudahkan usaha-usaha keusahawanan pesawah. Peranan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam meningkatkan produktiviti melalui teknologi dan teknik canggih harus disegerakan. Cadangan institusi lain yang dikemukakan oleh kertas laporan ini ialah menubuhkan satu Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) baharu yang akan merangkul satu pendekatan sistem dan proses perundingan bersama pemegang taruh untuk merumuskan pelbagai dasar dan strategi. Laporan ini turut menyarankan dengan lebih lanjut model pengurusan simpanan stok Singapura sebagai rujukan dan penanda aras.

Ketua pengarang kertas laporan, Fatimah mengulas, “Kitaran kebuntuan yang berlaku selama beberapa dekad lamanya terhadap industri beras ini boleh diubah kepada sesuatu yang baik dengan memperkenalkan beberapa elemen nyahkawal selia untuk memacu daya saing, pertumbuhan beserta keterangkuman, dan kelestarian.”

Tricia Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS menyimpulkan, “Pesawah akan sentiasa dalam kerugian sekiranya status quo berterusan kerana mata pencarian mereka tidak meningkat. Satu perancangan kukuh diperlukan untuk menggalakkan persaingan dalam industri ini agar dapat mendorongnya ke arah pertumbuhan dan inovasi. Apabila potensi kreativiti dan keusahawanan pesawah dapat diteroka, hal ini akan memberi manfaat kepada kebajikan mereka dalam jangka masa panjang.”

IDEAS akan menganjurkan satu webinar untuk membincangkan isu ini pada esok hari  (Khamis, 25 Feb 2021) pukul 10 pagi. Acara ini boleh ditonton secara langsung di Zoom melalui pautan (https://us02web.zoom.us/webinar/register/WN_Kn6IHdD-QT-EMrSy5Z3v9A) atau di laman Facebook IDEAS www.facebook.com/IDEASMalaysia/live.

Laporan ini boleh dimuat turun di https://bit.ly/PaddyRiceSectorPolicy

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di  sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

Amir Ridzuan Jamaludin, Penolong Pengurus, Perhubungan Luar

T: +603 2070 8881/8882 E: amir@ideas.org.my

2021-02-24T22:50:58+08:00 24th February 2021|Media Statements|Comments Off on Pembaharuan industri padi dan beras tidak akan lemahkan kebajikan pesawah padi