• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • Pemarkahan Malaysia dalam Tinjauan Belanjawan Terbuka (Open Budget Survey, OBS) 2023 Garis Keperluan untuk Tingkatkan Ketelusan Fiskal

Pemarkahan Malaysia dalam Tinjauan Belanjawan Terbuka (Open Budget Survey, OBS) 2023 Garis Keperluan untuk Tingkatkan Ketelusan Fiskal

May 30, 2024
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • Malaysia
  • Open Budget Survey (OBS)
  • Procurement

Kuala Lumpur, 30 Mei 2024: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menyeru kepada penerapan maklumat belanjawan yang lebih komprehensif dan pengawasan Parlimen yang lebih kuat berikutan penerbitan hasil pemarkahan Tinjauan Belanjawan Terbuka (OBS) 2023 oleh International Budget Partnership (IBP). OBS, alat penting untuk menilai ketelusan belanjawan, penyertaan awam, dan pengawasan di 125 buah negara, menunjukkan bahawa kemajuan yang ditunjukkan Malaysia masih tidak mencukupi, menekankan keperluan mendesak untuk peningkatan ketara dalam tadbir urus belanjawan. Walaupun terdapat sedikit peningkatan dalam skor ketelusan kepada 48/100 daripada 47 pada tahun 2021, Malaysia masih ketinggalan berbanding negara jiran seperti Filipina (75), Indonesia (70), Thailand (60) dan Vietnam (51), mengisyaratkan keperluan mendesak untuk meningkatkan capaian maklumat belanjawan, terutamanya melalui penerbitan dokumen penting dalam talian secara tepat pada masanya. Usaha untuk meningkatkan penglibatan awam dan pengawasan belanjawan juga hanya menunjukkan peningkatan kecil, dengan skor masing-masing 28 dan 43, yang hanya meningkat sedikit daripada 26 dan 39 pada tahun 2021, menunjukkan cabaran besar yang berterusan dalam hal ini.

“Walaupun skor ketelusan Malaysia kekal stabil dengan peningkatan hanya 1 mata, kami menjangkakan beberapa peningkatan pada pusingan seterusnya kerana Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (PFFRA) telah diperkenalkan tahun lepas, yang mewajibkan beberapa keperluan ketelusan penting, seperti menerbitkan laporan prestasi perbelanjaan pertengahan tahun. Kami menjangkakan proses belanjawan tahun ini akan melaksanakan disiplin yang disebutkan ini. Walau bagaimanapun, dokumen belanjawan juga perlu menyediakan maklumat yang lebih substantif kepada orang awam, terutamanya mengenai perbandingan antara anggaran pinjaman dan hasil sebenar, serta maklumat lanjut mengenai dana luar belanjawan. Kenyataan pra-belanjawan yang lebih komprehensif dan pelaporan pertengahan tahun akan membolehkan Ahli Parlimen bersedia untuk perbahasan belanjawan yang lebih bermaklumat dan memastikan akauntabiliti terhadap hasil sebenar daripada perbelanjaan yang dicadangkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Dr Tricia Yeoh.

Pengawasan legislatif yang lemah, yang dizahirkan melalui skor 43 daripada 100, menunjukkan keperluan untuk memperkasakan dan mengaktifkan lebih banyak jawatankuasa parlimen untuk meneliti belanjawan. “Walaupun kami mengakui kemajuan beransur-ansur dalam aspek tertentu tadbir urus belanjawan, kedudukan Malaysia dalam OBS menekankan keperluan mendesak untuk pembaharuan institusi yang menyeluruh, terutamanya dalam pengawasan parlimen yang sangat lemah. Jawatankuasa parlimen harus diperkasakan untuk meneliti cadangan belanjawan dan harus memeriksa serta melaporkan pelaksanaan belanjawan.”

Walaupun terdapat inisiatif seperti cadangan pra-belanjawan, peluang untuk penglibatan awam tetap terhad. Selain itu, dengan skor penglibatan awam hanya 28 daripada 100, Malaysia menghadapi rintangan dalam memudahkan penglibatan awam yang bermakna dalam proses belanjawan. Alissa Rode, Pengurus Kanan Penyelidikan di IDEAS dan penyelidik utama untuk OBS Malaysia 2023, menambah, “Ketelusan bukan semata mata tentang ucapan belanjawan sekali setahun di Parlimen. Ia mengenai menyediakan cara yang bermakna dan substantif untuk orang awam turut serta dengan menyediakan saluran untuk masyarakat sivil dan orang awam memberi maklum balas melalui Parlimen, memastikan kumpulan masyarakat rentan dirundingkan, dan melaporkan hasil bermakna daripada rundingan tersebut.”

Maklumat belanjawan yang dinilai untuk Tinjauan Belanjawan Terbuka 2023 diambil sehingga tarikh akhir 31 Disember 2022. Tinjauan ini merangkumi 125 buah negara yang didiami oleh 7.5 bilion orang dan menilai keterbukaan dan akauntabiliti belanjawan yang berjumlah lebih daripada $33.5 trilion dalam perbelanjaan untuk tahun kewangan 2022. Ketelusan membantu orang awam memahami keutamaan belanjawan kerajaan; mekanisme penglibatan awam membolehkan mereka menyumbang kepada keutamaan ini; dan pengawasan belanjawan oleh badan legislatif membimbing dan meneliti pilihan belanjawan sementara institusi audit menilai kesahihan, kecekapan, dan keberkesanan perbelanjaan awam.

Untuk ringkasan keputusan pemarkahan 2023 OBS Malaysia, sila layari: https://internationalbudget.org/open-budget-survey/country-results/2023/malaysia

— TAMAT —

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Ryan Panicker
Penolong Pengurus, Advokasi dan Program
T: 03 – 2070 8881/8882 | E: ryannesh@ideas.org.my

Share

Related posts

August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Cadangan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan Tidak Memadai untuk Melindungi Peruntukan Awam


Read more
August 27, 2025

KDPP Welcomes a Stronger Parliament Committee System in Parliament, Urges States to Emulate these Reforms at the Dewan Undangan Negeri (DUNs)


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)