Mahasiswa UM bantu murid-murid hadapi masalah keciciran

First published on Utusan Malaysia 4 February 2017

Oleh Insitut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mendapati masalah keciciran adalah antara masalah utama yang membelenggu pelajar sekolah, terutamanya mereka yang berada dalam fasa peralihan ke seolah menengah.

Hasil kajian ity juga mendapati wujudnya kaitan paling ketara iaitu antara keciciran pelajar dengan factor pendapatan isi rumah yang rendah.

Menyedari hakikat itu, mahasiswa Universiti Malaya (UM) telah menganjurkan Projek Yusuff iaitu satu program khidmat masyarakat anjuran mahasiswa dari olej Kediaman Tunku Bahiyaj UM dalam usaha membantu murid-murid yang behadapan masalah tersebut.

Antara usaha yang dilakukan melalui Projek Yusuff adalah dengan mengadakan program kelas tuisyen percuma untuk 16 organ anak-anak keciciran dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria Kuala Lumpur.

Apa yang menarik, Projek Yusuff diilhamkan bukan bertujuan semata-mata untuk melihat murid-murid tu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan, sebaliknya bagi memastikan mereka terus berminat meneruskan pelajaran di sekolah. Dalam erti kata lain, program itu meletakkan semula murid terbabit dalam arus pembelajaran bersama rajan-rakan sebaya dan tidak tercicir lagi.

Baru-baru ini murid-murid yang terlibat dengan Projek Yusuff telah di bawa ke Petrosains, Kuala Lumpur untuk membolehkan mereka merasai keseronokan dunia sains dan teknologi di Petrosains.

“Kami percaya proses pembelajaran boleh dilaksanaken melalui pelbagai cara termasuk pendedahan secara praktikal melalui aktiviti yang menyeronokkan.

“Motivasi inilah yang ingin kita pupuk dalam diri murid-murid ini agar mereka terus berusaha dan kekal berada di dalam alam persekolahan,” kata Pensyarah Fakulti Kejuruteraan UM yang juga penasihat Projek Yusuff, Dr Khairunnisa Hasikin.

Perosains dipilih kerana ia menawarkan pelbagai bahan pameran dan aktiviti bekaitan industry minyak dan gas di Malaysia yang telah diolah ke dalan bentuk yang mesra kanak-kanak.

Melalui lawatan itu, murid-murid boleh mempelajari proses terhasilnya petroleum bermula daripada mendapan fosil hidupan masa lampau sehingga kepada industry hiliran yang menghasilkan pelbagai barangan berguna yang digunkan seharian. Bahan parmean yang disediakan turut menggunakan warna dan pencahayaan yang menarik dan memudahkan pemahaman pelawat yang berkunjun.

Murid-murid Projek Yusuff dilihat teruja melwati setiap bahan pameran yang disediakan, termasuklah replica pelantar minyak yang turut menempatkan contoh bilik tidur dan kawasan trehat untuk para pekerja Petronas, membuatkan pelawat seolah-olah berada di tengah lautan.

Satu lagi bahan pameran yang mendapat perhatian para pelajar ini adalah sudut interkattif bersama pancaran kmputer, di mana bentuk baying-baying tubuh pelawat boleh beringteraksi dengan imej yang dipancarkan di dinding dan lantai.

 

2017-03-01T08:50:11+08:00 4th February 2017|News, Advancing a Competitive Economy, Human capital|Comments Off on Mahasiswa UM bantu murid-murid hadapi masalah keciciran