• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • Laporan IDEAS Soroti Halangan Rumit Perdagangan yang Halang PMKS ASEAN dan Seru Tindakan Dasar Segera

Laporan IDEAS Soroti Halangan Rumit Perdagangan yang Halang PMKS ASEAN dan Seru Tindakan Dasar Segera

November 20, 2024
Categories
  • Media Statement
Tags
  • ASEAN
  • Bahasa Melayu
  • International trade
  • Malaysia

Kuala Lumpur, 20 November 2024 – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Malaysia telah menerbitkan Laporan Integrasi ASEAN terbaharu bertajuk “Perdagangan Terangkum: Perspektif terhadap Cabaran Peraturan untuk PMKS di ASEAN“. Laporan ini mengkaji halangan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) dalam mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa—terutamanya kesan tidak seimbang daripada langkah bukan tarif (NTMs)—walaupun ia amat penting dalam ekonomi ASEAN.

Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) merangkumi 97% daripada perniagaan dan menyumbang sebanyak 85% daripada tenaga kerja di ASEAN, tetapi peratusannya dalam perdagangan rentas sempadan hanyalah 18%—angka yang jauh lebih rendah daripada potensi sebenar. Cabaran struktur seperti capaian terhad kepada pembiayaan, infrastruktur digital yang tidak mencukupi, dan kekurangan keupayaan tenaga kerja diperburukkan lagi oleh halangan luaran seperti rangkaian perniagaan yang lemah dan maklumat perdagangan yang sukar dicapai.

Perubahan geopolitik, termasuk perang perdagangan antara AS dan China serta pandemik Covid-19, telah mengubah rantaian bekalan dunia, dengan lebih banyak perniagaan mempelbagaikan operasi mereka ke Asia Tenggara. Eksport ASEAN dijangka meningkat sebanyak 90% menjelang tahun 2031, memberikan peluang besar kepada PMKS untuk menyertai pasaran dunia. Walau bagaimanapun, peningkatan NTMs seperti keperluan pembungkusan dan pensijilan, terutamanya dalam sektor makanan, telah menjadi halangan utama. Langkah ini, walaupun penting untuk keselamatan awam, mencipta kos tambahan yang menghalang perniagaan kecil daripada terlibat dalam perdagangan.

“NTMs boleh melindungi kesihatan dan keselamatan awam, tetapi peraturan yang tidak dilaksanakan dengan baik mencipta halangan yang tidak simbang terhadap PMKS, yang beroperasi dengan sumber yang terhad dan margin keuntungan yang kecil,” ulas Sharmila Suntherasegarun, penulis bersama laporan dan Penolong Pengurus Unit Ekonomi & Perniagaan di IDEAS. “Mengharmonikan peraturan perdagangan dan memastikan penguatkuasaan yang konsisten adalah penting untuk mengurangkan kos pematuhan, memperkemas proses, dan mewujudkan peluang yang sama rata,” tambah Sharmila.

Walaupun ASEAN telah mencapai kemajuan yang boleh dipuji dalam mengurangkan tarif dan menyelaraskan peraturan dalam sektor seperti elektronik, sektor yang didominasi oleh PMKS seperti pertanian dan makanan menghadapi kemajuan yang lebih perlahan dan tidak seimbang akibat pecahan peraturan dan persaingan kepentingan nasional. Syarikat besar, yang dilengkapi dengan sumber yang lebih baik, terus mendapat manfaat daripada status quo, meninggalkan PMKS dalam keadaan yang kurang berdaya saing.

Ketika Malaysia bersiap sedia untuk mempengerusikan ASEAN pada tahun 2025, laporan ini menggesa pembuat dasar untuk memberi keutamaan kepada usaha mengharmonikan peraturan perdagangan dan melaksanakan polisi terangkum yang memperkasakan PMKS ASEAN. Memberikan sokongan kepada perusahaan ini adalah penting untuk membuka pertumbuhan mampan, memupuk pembangunan yang saksama, dan mendorong integrasi ekonomi yang lebih mendalam di seluruh rantau ini.

— TAMAT —

Muat Turun Fail PDF Kenyataan Media Di Sini

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Ryan Panicker
Penolong Pengurus, Advokasi dan Program
T: 03 – 2070 8881/8882 | E: ryannesh@ideas.org.my

Share

Related posts

August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Cadangan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan Tidak Memadai untuk Melindungi Peruntukan Awam


Read more
August 27, 2025

KDPP Welcomes a Stronger Parliament Committee System in Parliament, Urges States to Emulate these Reforms at the Dewan Undangan Negeri (DUNs)


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)