• About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • About Us
    • Our History
    • Our People
    • Our Funding
    • Work With Us
    • Contact Us
  • Research
    • Democracy and Governance
    • Economics and Business
    • Public Finance
    • Social Policy
  • Events
    • Future Events
    • Previous Events
  • News & Opinion
  • Digital Media
  • Publications
  • Home
  • All Posts
  • News & Opinion Media Statement
  • Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Mengenai Pendanaan Politik di Malaysia ditubuhkan seperti yang diluluskan oleh Dewan Rakyat, disertai oleh 9 Ahli Parlimen dan 1 Senator

Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Mengenai Pendanaan Politik di Malaysia ditubuhkan seperti yang diluluskan oleh Dewan Rakyat, disertai oleh 9 Ahli Parlimen dan 1 Senator

April 22, 2022
Categories
  • Media Statement
Tags
  • Bahasa Melayu
  • PENDANAAN POLITIK
  • politics

Kuala Lumpur, 22 April 2022: Penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Mengenai Pendanaan Politik di Malaysia telah diluluskan oleh Setiausaha Dewan Rakyat pada 20 April 2022. Sembilan orang Ahli Parlimen dari sembilan parti berbeza serta seorang Senator telah bersetuju untuk menjadi ahli KRPPM ini. KRPPM juga dianggotai oleh enam organisasi masyarakat sivil (CSOs) serta dua individu pakar, seperti dalam senarai di bawah. IDEAS berperanan sebagai Sekretariat KRPPM, akan turut memberikan sokongan intelektual dan pentadbiran kepada kumpulan ini.

Kami merasa bangga dan teruja kerana berjaya menubuhkan KRPPM Mengenai Pendanaam Politik di Malaysia ini, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia. Tujuan utama KRPPM ini adalah untuk mewujudkan satu saranan supaya para penggubal undang-undang dan CSOs dapat mengadakan perbincangan serta mempertimbangkan isu pendanaan politik sebagai rakan kongsi setara, dengan tujuan meluluskan satu Akta Pendanaan Politik.

Kami berharap penubuhan KRPPM ini akan dapat mencetuskan semula perbincangan mengenai pendanaan politik dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen dan para Senator dari kedua-dua belah pihak. Pendekatan rentas parti ini amat penting apabila memperjuangkan perkara sepenting ketelusan dalam pendanaan politik ini. Harapan kami adalah KRPPM ini akan mempercepat pembaharuan pendanaan politik di Malaysia, kerana hampir tiada apa-apa kemajuan berkenaan perkara ini sejak dua tahun lalu. Kami percaya pembaharuan pendanaan politik merupakan satu tunjang dalam usaha transformasi politik Malaysia. Pembaharuan ini adalah satu langkah penting dalam perjuangan memerangi rasuah dan membasmi penyalahgunaan dana awam. Malah, ketelusan juga diperlukan untuk membuang pengaruh sektor swasta terhadap politik.   

Cubaan untuk memperkenalkan perundangan mengenai pendanaan politik bukan suatu perkara baharu. Usaha telah bermula pada tahun 2008, diterajui oleh Transparency International-Malaysia. Pada tahun 2015, satu lagi usaha dilakukan oleh G25 bersama-sama dengan kira-kira 70 CSOs. Berdasarkan pengetahuan kami, usaha terkini dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan apabila satu rang undang-undang telah dirangka namun tidak dibentangkan. RUU ini dirangka sebagai satu respons kepada tekanan oleh pihak CSOs.

Kami ini mengambil kesempatan ini untuk menyeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Parlimen dan Undang-undang), Dato’ Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar untuk memberikan status terkini draf RUU Pendanaan Politik serta berkongsi draf tersebut dengan KRPPM Mengenai Pendanaan Politik di Malaysia. Amat penting untuk kami mengetahui dan memahami perkara yang telah dibincangkan sebelum ini pada tahun 2018 agar kami dapat memberikan maklum balas serta jika perlu, memberikan beberapa cadangan baharu. Kami secara khusus menanti untuk bekerjasama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) ke arah Undang-undang Pendanaan Politik yang dipersetujui bersama supaya dapat menambah baik kebertanggungjawaban parti politik di negara ini.

Kami ingin mengingatkan pihak kerajaan bahawa membentangkan Akta Pendanaan Politik kekal menjadi keutamaan kami berdasarkan kepada Semakan Semula Separuh Penggal Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang menyatakan bulan Disember 2022 sebagai penanda “untuk menjalankan satu kajian mengenai penggubalan undang-undang baharu berkaitan sumbangan dana politik.” Malah, masyarakat awam berhak untuk mengetahui komitmen kerajaan dalam mempertingkat ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam sistem politik negara. Hal ini amat penting ketika negara semakin menghampiri Pilihan Raya Umum ke-15. 

Sebagai KRPPM yang baru ditubuhkan, kami amat mengalu-alukan sokongan, saranan dan sumbangan dari para penggubal undang-undang, agensi kerajaan, pihak CSOs serta masyarakat awam. Kami mengambil serius usaha pembaharuan pendanaan politik ini dan menyatakan kesanggupan kami untuk bekerjasama ke arah mencapai matlamat bersama. Kami juga akan sentiasa memaklumkan aktiviti kami kepada masyarakat awam dari masa ke masa.  

Ditandatangani bersama oleh ahli KRPPM seperti berikut:

Ahli Parlimen

1.   YB Tuan Ahmad Fadhli bin Saari (PAS – Pasir Mas)

  • Pengerusi

2.   YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (PKR – Lembah Pantai)

  • Timbalan Pengerusi

3.   YB Puan Wong Shu Qi (DAP – Kluang)

  •  Setiausaha

4.   YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran)

  •  Bendahari

5.   YB Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah (PPBM – Indera Mahkota)

6.   YB Dato’ Seri Utama Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir (Pejuang – Jerlun)

7.   YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (UMNO – Pontian)

8.   YB Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (MUDA – Muar)

9.   YB Tuan Larry Soon@Larry Sng Wei Shien (Parti Bangsa Malaysia – Julau)

Senator

 YB Puan Fadhlina binti Dato’ Sidek, Pulau Pinang (PKR) 

Ahli CSO

  1. IDEAS (Sekretariat)
  2. Agora Society
  3. Bait Al-Amanah
  4. Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4)
  5. Engage Network
  6. G25 Malaysia
  7. Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH)
  8. Rasuah Busters
  9. Transparency International-Malaysia (TI-M)
  10. Puan Maha Balakrishnan (Pakar)
  11. Prof. Wong Chin Huat (Pakar)

— TAMAT —

Muat Turun Kenyataan Media PDF Fail Di Sini
Surat Kelulusan Penubuhan APPGM Pendanaan Politik

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Zokhri Idris, Ph.D, Pengarah Perhubungan Luar
T: +603 2070 8881/8882 | E: zokhri@ideas.org.my

Share

Related posts

August 27, 2025

IDEAS: Proposed Government Procurement Bill Falls Short of Safeguards Needed to Protect Public Funds


Read more
August 27, 2025

IDEAS: Cadangan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan Tidak Memadai untuk Melindungi Peruntukan Awam


Read more
August 27, 2025

KDPP Welcomes a Stronger Parliament Committee System in Parliament, Urges States to Emulate these Reforms at the Dewan Undangan Negeri (DUNs)


Read more

Comments are closed.

Categories

  • Digital Media
    • Infographic
    • Podcast
    • Video
  • News & Opinion
    • Blog
    • Media Statement
    • News
    • Opinion

Follow Us

Contact Us

  • +603 – 2070 8881 / 8882
  • +603 – 2070 8883
  • admin@ideas.org.my

Sign up for our newsletter

© Copyright - 2025 | ideas.org.my | Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)